Mangsa Sosial Media

Hye thanks admin kalau siarkan confession aku ni. Aku mun, bukan nama sebenar. Singkatan bagi munafiq barangkali. Aku seorang suri rumah & ada la buat bisnes sampingan kecik-kecik. Boleh la kalau setakat nak buat duit kopi. Alhamdulillah syukur.

Aku sorang mangsa media sosial. Aku rasa masa aku banyak jugak dihabiskan dengan main henpon disebabkan aku buat bisnes. Dah alang-alang tu selalu la melencong scroll instagram, layan fb orang. Pastu murung sorang-sorang kejap lagi. Paling sadis sampai termenangis, sebab aku rasa diri aku ni paling useless. Takda kerja stabil, income tak stabil, bisnes masih baru dan suam-suam kuku. Aku rasa semua orang yang buat bisnes pun rasa macam ni mula-mula. Tapi apa yang aku nak kongsikan bukan lah pasal susahnya nak bisnes. Tapi pasal aku salah seorang mangsa media sosial.

Kenapa mangsa?

Sebab aku jadikan kejayaan & kebahagiaan orang lain sebagai pengukur di mana kah aku ‘berdiri’ ketika ini. Di zaman media sosial ni hampir semua benda orang akan share. Zuriatlah, buat ibadat lah, sweet laki bini, masakan dan sebagainya. Kadang- kadang aku rasa kesian dengan diri aku yang dulu. Kenapalah perlu aku membandingkan diri sendiri dengan orang lain? Keji sangat ke jadi suri rumah ni?Ingatlah kalian yang sama seperti aku, aku faham kadang kala kita rasa down. Tipu lah tak down dengan penat kerja rumah yang tak pernah habis. Melayankan kerenah anak lagi dan sebagainya.

Jadi cukuplah jadikan media sosial dan pandangan orang itu sebagai kayu pengukur. Kita tak perlu pun nak impress kan orang lain. Jangan lah kita sibuk ingin mempertontonkan kejayaan kita dan kebahagiaan kita kepada orang ramai seolah-olah kita perlukan validation dari mereka sehingga kita lupa yang kita perlu risaukan adalah PANDANGAN ALLAH semata-mata.

Tahukah kalian, hatta bisnes anda juta-juta sekalipon tapi tidak diniatkan kerja dan ibadat kerana Allah serta menyalurkan ke jalan Allah hanyalah sia- sia semata-mata. Tak kiralah kita ni suri rumah ke atau perkerjaan apa sekali pun hendaklah kita niatkan kerana Allah SWT. Hatta kita bernafas di muka bumi ni hanyalah untuk DIA. Jika kita suri rumah atau ada bisnes sendiri mahu pun dapat kerja yang fleksibel, marilah kita bersyukur dan gunakan masa yang ada sebaiknya untuk beribadat kepada Allah dan berbakti kepada keluarga dan agama.

Di akhirat nanti yang kita bawa adalah redha Allah, amalan dan pahala2 kita. Kita tak bawa wang ringgit, dan jumlah followers yang ramai bahkan akan dipersoalkan serta dipertanggungjawabkan setiap satunya. Jangan kita rasa kecewa dan rendah diri akan urusan dunia. Muslim itu hebat, jika dia seorang Engineer, dia adalah engineer terhebat di lapangannya dan jika dia seorang Doktor Muslim, dia adalah seorang doktor terhebat yang membawa Islam bersama-sama. Biarlah apa pun profession kita, sama-sama lah kita lakukan yang terbaik dan niatkan kerana Ibadat kepada Allah semata-mata.

Ya aku luahkan coretan ini untuk peringatan buat aku yg selalu kisah akan pandangan orang terhadap aku sehinggakan aku lupa pandangan Allah adalah lebih utama. Jadi aku tuliskan luahan ini buat mereka yang sama seperti aku, yg ada kala rasa useless, hopeless, dan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap rezki kita berbeza dan Allah itu Maha Adil. So, jom kita berhenti jadi mangsa media sosial, gunakan platform socmed ini sebaiknya in shaa Allah.

– Cik Mun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *