Akulah Graduan & Job Hunter

Tanggal 27 Oktober 2016 adalah hari aku bergraduasi. Detik itu merupakan tanda tamatnya perjuangan aku menuntut ilmu di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, secara rasminya. Detik itu juga menandakan bahawa telah tamatnya pahit manis dan penat lelah aku selama ini dalam mengejar ‘pointer’. Detik itu jugalah menandakan bahawa aku perlu melebarkan sayapku untuk terbang ke dunia pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Aku datang dari keluarga yang serba kekurangan dan sebab itulah aku tak nak menganggur lama-lama dan nak kerja cepat-cepat sebab nak merasa dapat duit sendiri dan ‘share’ kat ‘parents’ dan adik beradik yang lain.

Dua minggu selepas bergraduasi, aku menerima panggilan daripada sebuah pusat pemeliharaan biodiversiti di Malaysia. Katanya, mereka berminat untuk mengambil aku bekerja menjaga pusat tersebut. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan sebab dalam kepala aku, apa yang aku fikirkan adalah aku tak perlu menganggur pun, tup tup…dah dapat kerja. Tapi, aku ni jujur orangnya, aku bagitau la diorang yang aku baru je konvo dan takde pengalaman kerja pun. ‘Then’, perbualan kami di telefon ketika tu senyap sekejap, dan dia bagitau akan ‘follow-up’ aku balik. ‘Follow-up’ diorang tu lama sangat, sampai ke hari ini tiada berita……#$@&^%*!

Korang nampak tak kat situ?

Gara-gara tiada pengalaman kerja, banyak syarikat/agensi tak nak ambil risiko ambil ‘fresh graduate’ untuk bekerja dalam organisasi mereka.

Semenjak itulah, aku fikir yang aku tak boleh memilih kerja. Cari je apa-apa kerja, asalkan aku dapat pengalaman. Yup, kalau boleh aku nak la kerja dalam bidang aku kan. Okay sebelum tu, aku nak bagitau yang ‘degree’ aku adalah ‘Environmental Biology’. Bidang ni kurang peluang pekerjaan, dan sebab tu la aku agak ‘struggle’ nak pilih tempat untuk hantar ‘resume’. Ada la jugak beberapa ‘Non-Governmental Organization (NGO)’ yang ada tempat untuk graduan Biologi Persekitaran macam aku ni. ‘Position’ sebagai ‘consultant’. Errmmm…fikir panjang aku bila nak ‘apply’. Yer la, aku ni tak pandai cakap sangat, tak yakin, tak reti nak ‘entertain’ orang, apatah lagi nak ‘consult’ orang kan. ‘So’, aku memang tak ‘apply’. Minat tu memang minat, tapi atas sebab-sebab yang aku dah nyatakan tadi, aku letak dulu ‘position’ sebagai ‘consultant’ tu dalam kotak simpanan masa depan aku.

Jadi, apa yang aku nampak adalah bidang aku ada dalam ‘government’. Aku ‘apply’ kekosongan kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Korang pun tahu kan, nak dapat SPA ni susah. Aku takpe je kalau terpaksa tunggu lama, asalkan aku dah ‘apply’. Jadi, dalam masa yang sama aku terfikir untuk hantar ‘resume direct to’ Kementerian yang ‘related’ dengan ‘environment’ (Main belasah je ‘plan’ nak hantar situ..heee). Aku pun hantar beberapa ‘resume’ ke beberapa Kementerian. Alhamdulillah, ‘it works!’ Selang beberapa minggu, aku dapat panggilan daripada sebuah jabatan Kerajaan, menyatakan bahawa aku diundang untuk pergi ‘interview’ sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH). Masa tu aku memang tak tahu apa itu PSH. Ni ‘first time’ aku dengar. Tapi, sebab ini adalah ‘first interview’ yang aku dapat lepas ‘graduate’, ‘so’, aku terima.

Nak dipendekkan cerita, aku dapat keje sebagai PSH tu. Masa tu 21 November 2016. Aku ditempatkan dalam Seksyen Kewangan, Unit Perolehan sebagai Pembantu Tadbir (N19) dengan gaji harian RM54 sehari (kalau dalam bulan tu cuti umum banyak, sikit la gaji aku..haa…nak buat macam mana kan, terima saja rezeki aku). Memang ‘totally’ jauh menyimpang daripada bidang aku. Tapi, ‘it’s okay’,..apa yang aku fikir, mungkin ni adalah permulaan percaturan pekerjaan aku. Nak bagitau korang jugak yang aku sorang-sorang je datang ke Putrajaya dari Kelantan dengan barang yang banyak, naik bas. Aku tiba kat Putrajaya Sentral pada jam 5:30 pagi, masa tu gelap gelita. Semata-mata nak keje. So, takde alasan yer kalau korang tak boleh keluar sorang-sorang jauh cari keje.

Aku berkhidmat kat sana selama 1 tahun 2 bulan. Selama itulah aku sentiasa belajar benda baru, dan banyak pengalaman aku dapat dari situ. Pegawai-pegawai kat situ pun tak kedekut nak kongsi ilmu dengan aku, bawak aku masuk ‘meeting’, pergi ‘outstation’ sama-sama (‘part’ ni ‘best’, dapat pergi pulau taman laut..heee).

Masa aku tengah kerja kat situ lagi, sahabat aku ada datang ajak aku masuk Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Katanya gaji aku naik la sikit daripada apa yang aku dapat masa tu. Disebabkan bunyi gaji naik tu best, jadi aku pergilah ‘open interview’ SL1M tu. ‘Interview’ ni hanya melibatkan satu ‘company’ kecil sahaja, ‘construction company’. Nama ‘company’ tu pun aku tak pernah dengar, weyhh! Seriously, aku tak pernah terfikir nak masuk ‘construction company’, sebab tak dapat pendedahan pun yang bidang aku ni boleh masuk sini. ‘So’, memandangkan ada jawatan ‘SL1M Trainee’ sebagai ‘Environmental Executive’, ‘related’ dengan aku punya ‘field of study’, aku pergi mengadap pegawai tu untuk ditemuduga. Selain daripada itu, aku ‘apply’ juga jawatan ‘Admin Assistant’, sebab aku ada ‘experience’ kan…heee (masa ni la aku jual pengalaman aku, best tau!). Pada hari ‘interview’ tu jugak, pegawai HR cakap kat depan ‘Manager Environment’ tu, “kalau boss tak nak ‘candidate’ ni, saya nak dia untuk dimasukkan ke bahagian ‘admin’/HR”…heee. Lastly, aku diterima dan ditempatkan di ‘Environment Department’. Aku happy sangat sebab dapat bidang aku, setelah sekian lama…haaa.

Aku mana ada pengalaman kerja dalam bidang ‘environment’, tapi kenapa aku diterima masuk situ? Haa…kat sini aku nak bagitau korang yang SL1M ni terbuka luas kepada graduan yang memang takde pengalaman langsung dalam pekerjaan. Melalui program inilah para graduan akan dilatih untuk bekerja dengan dibantu oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman dalam organisasi tersebut.

Aku masuk SL1M pada 1 Februari 2018 dan pada permulaanya aku dan sahabat-sahabat yang lain menerima ‘soft-skill training’ selama 2 minggu. Apa yang aku boleh cakap kat korang, ‘seriously’ aku tak tipu, ‘training’ ni bagus sangat! Alhamdulillah, syukur sebab aku dapat ‘training provider’ terkenal yang memang berpengalaman dalam melatih graduan membina jati diri. Diri aku yang dulu, dah tak sama dengan sekarang. Sekarang, aku lebih berani dan berkeyakinan.

Selepas tamat ‘soft-skill training’, maka bermulalah ‘on-the-job training’. Aku ingatkan biasa-biasa saja macam ‘internship’ tu, tapi tidak. Kerja yang bos aku bagi memang betul-betul kerja yang mengajar aku menjadi seorang ‘Environmental Executive’ yang berkualiti dan berilmu pengetahuan. Beliau selalu ada dengan aku untuk ‘train’ aku ‘handle’ apa yang dia dah buat sebelum ni. Apa yang dia buat, aku buat. Pendek kata, banyak benda aku tahu pasal ‘environment’ dalam dunia ‘construction’ ni, alhamdulillah. Kalau korang nak tahu, keadaan kat ‘site’ tu memang panas. Pernah sekali tu aku kena ‘dripping’ sebab demam teruk dan muntah-muntah. Badan aku kekurangan air. Tapi, lama kelamaan aku dah terbiasa dengan keadaan tu, malahan aku ‘enjoy’ kerja kat situ. Pesan aku, ‘for those’ yang kerja ‘site’, minum air secukupnya. Kat ‘site’, selain bekerjasama dengan sub-kontraktor, aku juga kena ‘deal’ dengan ‘general workers’ yang datang dari luar negara, yang bahasanya kadang-kadang aku sendiri susah nak faham. ‘Seriously’, pengalaman amat berguna dan ‘best’ sangat kat sini.

Namun, jodoh aku tak panjang sebagai ‘Environmental Executive’. Masa aku kat sana hanya 6 bulan. ‘Company’ tu terpaksa ‘downsizing’ sebab projek kena ‘redesign’, tak dapat ‘payment’ pulak tu. Mahu ataupun tidak, ‘company’ terpaksa ‘terminate staff’ mereka sendiri dan kami golongan SL1M ni sudah terang lagi bersuluh kena ‘terminate’. Aku pasrah dengan apa yang berlaku atas kehendak takdir dan faham dengan situasi yang berlaku ke atas ‘company’ aku tu. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.

Sekarang ni, apa yang aku tahu, semua yang berkaitan dengan ‘1 Malaysia’ akan dibubarkan, dan SL1M masih dalam pertimbangan Kerajaan baharu sama ada akan diteruskan pelaksanaannya ataupun tidak. Apa yang aku boleh cakap, program seperti SL1M tidak patut dihentikan pelaksanaannya, sebab dah ramai kot graduan yang dapat kerja dan menerima manfaat melalui SL1M, termasuk aku sendiri. Program ni merupakan platform terbaik bagi graduan untuk memulakan langkah pertama dalam dunia pekerjaan. Sangat-sangat rugi kalau dibubarkan.

Aku ada ramai kawan yang dah masuk SL1M, dan ada juga kawan yang dapat kerja tetap mahupun kontrak selepas tamat latihan SL1M. Rata-rata mereka beri ‘feedback’ yang positif tentang SL1M. Jika ‘confession’ aku ni dibaca oleh ‘government officers’ yang berkaitan, aku sangat-sangat berharap agar program seperti ini dikekalkan. Kalau tak suka dengan perkataan ‘1 Malaysia’ tu, ‘just’ tukar yang tu je. ‘Rebranding’.

Sekarang aku dah dapat kerja lain, kontrak… Alhamdulillah. Namun, aku masih ‘job hunter!’

Sekian, terima kasih sebab sudi baca ‘confession’ aku yang panjang lebar ni.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *