Thank you pada yang nampak points yang I cuba sampaikan dalam confession lepas. Pada yang sedang mencuba I wish u guys luck. Sekali lagi I tekankan, doa penting. Seiring dengan usaha, inshaAllah lelaki baik masih wujud. If it helps, my husband is an engineer. Maka carilah calon engineer haha. Before I bagitahu kenapa engineer izinkan I share a few things u need to clarify before tying the knot.
1.Bagi tahu expectation u dalam marriage, what u can do and what u can’t.
Tips ni I dapat dari kawan2 I yang dah kahwin lama. Nasihat diorang sebelum kahwin set matlamat dan bagitahu expectation you contohnya u expect dia untuk memacu ekonomi keluarga dan help around once a while. That’s why semua calon-calon I mesti mempunyai gaji yang setara dengan i. I nak cari ketua keluarga, bukan biawak hidup..Tanya dia apa expectations dia terhadap marriage and expectation dia terhadap you. so, bila dah kahwin nanti tak ada ungkit mengungkit atau penyesalan. Tapi apa-apa pun u must be reasonable. Tak ada benda yang perfect kat dunia ni seperti yang kita mahukan so sometimes kita kena bend the rules jugak.
2.Be transparent
ada 2 sebab utama yang menyebabkan I x nak kahwin. The ugly sides of me. Firstly before orang cakap muka I above average, orang cakap I hodoh and bodoh. Sebab I gemuk.. 90kg dan pinggang 86inch sepanjang zaman sekolah. I selalu kena bandingkan dengan adik beradik I yang selalu dapat no 1 dalam kelas walaupun I dapat top 10 oleh orang-orang sekeliling. My dad pernah cakap dekat I, dalam satu tandan pisang tak semua menjadi.. (i fikir positive, maybe ayah I nak cakap its ok to be the ugly duckling tapi the words come out wrong) cikgu sains I pernah cakap dalam kelas kenapa I bodoh sedangkan adik beradik I yang lain pandai? And I was laughed at. I selalu salahkan family condition, sampailah suatu masa I decided kalau bukan I yang ubah nasib sendiri then siapa lagi? I tak boleh dictate surrounding I, I tak boleh pilih dalam keluarga mana I dilahirkan. Tapi I boleh pilih who I want to be and work for it. Alhamdulillah kesedaran ni sampai 3 bulan sebelum SPM. I pulun habis-habisan and alhamdulillah I dapat 10A1 dan dapat 4.0 masa di matrikulasi. Berbekalkan tiket tu I dapat lanjutkan pelajaran ke London dengan biasiswa alhamdulillah.
Masa I masuk matrikulasi barulah I start kurus sebab first time masuk asrama. Makanan tak sesedap mak I masak dan I ada seorang kawan, Moon, yang cantik, tinggi langsing dan satu-satunya orang yang approach I masa I masuk matrikulasi. Dia makan sikit je, bila dah kenyang memang dia tak makan lagi. Secara tak langsung I terpengaruh dengan cara dia dan dia selalu ajak I bersukan. By second semester dekat matriks berat I turun 52kg. pinggang 25 inch and now all the guys yang sebelum ni pandang sinis kat I start bertegur sapa. Nak lagi best, masa I tengah study atas katil menghadap tingkap, I terdengar roommate I masuk. Azie, cantik tapi rendah, dia ingat I tengah tidur kot. And dia start borak dengan roommate I lagi satu yang memang kawan baik dia sejak SBP.
“ dulu masa baru masuk aku GELI dengan miss independent sebab dia gemuk sangat… ”
Patutlah dulu masa mula2 masuk I nak borak berkenalan sepatah I tanya sepatah je yang dijawab.. marah? nope, I just concentrate on my study sebab I ada matlamat untuk ubah nasib keluarga I dan bawa mak I ke kehidupan yang lebih baik. Im too busy for that. A lioness does not have the time to think about sheeps’ perspective. But I have learnt the ugly truth, men n women alike, pandang rupa. Tapi, wujud juga angels like Moon, yang pertama approach I despite ada orang geli tgk I masa tu and sama-sama tolong I ubah penampilan. However, dari gemuk ke kurus ada mark jugak, and itu yang buat I insecure dengan husband I so I told him all about this. If rupa yang dia cari, I bukanlah gadis tu. Besides, orang cakap I above average sebab I cerah, tinggi and kurus je kot. I x pandai makeup. I pakai bb cream silky girl dengan eyeliner je. Or maybe sebab I ada gaya I sendiri.
Secondly, as u can guess its about my father. Masa sekolah rendah, kawan-kawan I cakap kat I dia nampak ayah I ambik benda mcm straw dari mat pet. I defend ayah I. sampailah suatu hari I nampak kawan baik ayah I yang ayah selalu bawak datang rumah inject jarum di lengan dekat belakang rumah. i lari masuk rumah menggigil walaupun I tak tahu apa yang dia buat tapi I tahu ia salah. Kalau ia legal, kenapa kena sorok dalam semak? Mak I balik, I tanya mak and mak I cuma peluk i.. walaupun I tak pernah nampak ayah I buat apa2 tapi dia pernah kena tangkap. Barulah I tahu sisi gelap ayah i. sebelum mak kahwin, keluarga ayah rahsiakan perkara ni sebab takut mak I tak jadi kahwin dengan dia. So same thing was passed to me. Disuruh rahsiakan. Tapi I tak nak. My husband ada hak untuk tahu dan memilih calon isterinya.. kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya.
I bagitahu masa lepas dia datang jumpa mak I both tentang ayah I dan my past. and his reply was, pada dia tak adil untuk dia judge I based on kekhilafan orang lain. Yang penting pada dia siapa diri I dan agama i. he said u are all I wanted, and all I need..fairy tale do come true afterall.
Husband I jugak transparent dengan I. dia bagitahu sebenarnya dulu dia perokok tegar, sampailah satu masa kawan dia (engineer) cakap rokok tu haram. Terus dia sentap dan dia rasa berdosa. alhamdulillah sekarang dia dah stop. Will power tu yang penting. dia jugak bagitahu I sebelum ni dia solat hanya sekadar adat. Sampailah dia dapat hidayah masa main Ninja Assassin, dia terfikir aku ni islam atau tak. Dan situlah turning point dia. I pun lebih kurang sebab sebelum ni I jugak free hair sampailah di London barulah I jumpa turning point. Alhamdulillah kami sefikrah dan berazam untuk sama-sama memperbaiki diri.
My dad? Alhamdulillah meningkat usia nampak dia semakin berubah kearah kebaikan. Solat jemaah di masjid dari solat tah ke mana. Walaupun susah untuk dia tinggalkan that thing, tapi sekurang-kurangnya dia cuba..
3.Soalnya hati
Dah berapa lama kahwin pun, hati Allah yang pegang. So even now I sentiasa doa dalam sujud I agar jodoh ini jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami. I pernah mention I x nak PJJ dan x nak tinggalkan mak I tapi, satu hari mak ajak I have heart to heart conversation. Dia cakap dia x punya apa yang boleh dibanggakan dalam soal jodoh dia, tapi dengan jodoh ni dia dapat I dan adik beradik I lain yang membahagiakan diri dia. Dan dia minta I cari kebahagiaan sendiri dan berkahwinlah. Maka I pun teruskan dan cuti tanpa gaji ikut suami I kerja di luar negara
So, kenapa engineer?
Sebab as engineer, husband I ada motto safety first. Apa-apa dia akan double check and pastikan semuanya memenuhi piawaian keselamatan yang dah tersemat dalam hati dia. Termasuk anak-anak, kena guna carseat sejak newborn lagi and dia tak berkira to spend untuk keselamatan ni. Dari segi financial planning, memang the best. Husband I terapkan habit untuk buat list pro and cons, comparison and long term or short term benefit before doing any purchases. So banyak jugak jugak la proposal I kena reject lepas buat power point presentation walaupun I nak beli dengan duit I sendiri.. dari situ I sendiri nampak apa yang I nak tu kadang-kadang lebih kepada kehendak bukan keperluan. so alhamdulillah from a shoppaholic I dah jadi bijak sikit walaupun kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi benda2 yang I nak tu…
Satu lagi kualiti yang I suka pada husband I, dia boleh bawak berbincang. We agreed our family have our own system, orang lain tak boleh dictate. Termasuk mak ayah dia dan mak ayah I. nasihat boleh dengar dan pertimbangkan. Tapi it is up to us to implement atau tak. One last thing about him being an engineer, maybe sebab tugas dia kena sentiasa alert dengan pelbagai kemungkinan. Beberapa hari sebelum nikah I panicked. I x pernah terbayang I akan kahwin, I tak pernah terbayang I mengandung, jaga anak.. I takut I kecewakan dia tapi dia being considerate and rational,since dia pun tak pernah kahwin, he said
“we will cross the bridge when we get there.. together”
And im sold!
Well sebenarnya semuanya bergantung pada diri seseorang tu,bukan pekerjaan.. but lelaki baik itu masih belum pupus..
I believe kuasa doa tu yang menemukan jodoh ini.
Trust me, i’m an engineer’s wife
– miss independent
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit