Terima kasih admin membaca dan memilih artikel ini untuk dipublishkan. Sebelum meneruskan cerita, aku mohon maaf jika coretan aku menghiris hati dan menganggu emosi pembaca.
Matang, tak ambil kisah hal remeh temeh, cool dan tak meroyan adalah sinonim dengan sikap lelaki. So, cerita aku kali ini lebih kepada lelaki yang tak punya itu semua.
Bertahun aku bekerja dengan macam-macam orang. Foreigner dan Malaysian, semua aku pernah merasa. Aku tak pernah down seperti mana yang aku rasa sekarang. Bertahun-tahun aku kerja, tikam menikam, cakap belakang tu dah biasa aku hadap. Tak kisahlah Malaysian ke foreigner ke sama saja. Semulajadi memang ada sikap-sikap ini. Selalunya yang begini majoritinya perempuan. Aku jarang ada masalah dengan lelaki. Maaf kaum Hawa, bukan maksud aku nak merendahkan kalian tapi itulah yang selalu aku hadap dari dulu.
Tapi untuk sekarang ni, kaum hawa di sekeliling aku (tempat kerja) mostly supportive dan positif. Tapi itu semua tiada dalam diri lelaki-lelaki yang ada depan mata aku.
Biar aku namakan lelaki pertama itu sebagai Bawang Kecil (BK). Pada awal aku mengenalinya dia sangat supportive dan energetik. Bila dia ditugaskan untuk berkerja dengan aku dalam satu team aku sangat teruja. Of course teruja sebab dia sangat dipuja oleh Boss. Jadi aku harap dengan bergandingan aku boleh cedok ilmu dari dia. Minggu pertama dan ketiga aku masih nampak aura positif dari BK. Walau department aku dilanda konflik yang amat teruk dari segi manpower dan cara kita orang manage, dia masih kuat. Aku mula nampak dia koyak pada minggu ke empat. Di mana tiada lagi yang indah pada dia untuk aku bersetuju dengan komen-komen boss sebelum ini. Mental dan emosinya koyak. Aku cuba untuk sentiasa positif dan beri moral support pada BK tapi malang sekali, aku dipersalahkan. No one perfect wei. Bertahun kau expert dalam mana-mana bidang, pasti kau akan buat kesilapan. Paling teruk bila kesilapan aku itu dicanang seumpama aku membunuh orang. BK menjaja cerita tentang kesilapan aku. End up, dia berhenti kerja dan tinggallah aku sendiri harung semua. Waktu inilah semua orang menunding jari pada aku dengan mengatakan semua itu punca dari aku.
Aku turut koyak, sedih dengan apa yang jadi. Aku cuba positif walau tak ramai yang support aku. Katalah dalam 10 orang, hanya seorang dua sahaja yang tanya aku apa yang dah jadi dan cuba memahami.
Benarlah teknologi itu kadangkala membunuh silaturahim, kisah aku dan BK dijadikan berita sensasi di media sosial. Mereka mebawang secara berjemaah di group chat dan ada lagi seulas bawang (ya dia jua lelaki). Aku namakan dia Bawang Busuk (BB). Dia bukan satu department dengan aku dan langsung tak pernah kerja dengan aku. BB ni kawan baik si BK. BB menghentam aku. Aku pelik kenapa dia perlu menyibuk? Aku tak berdepan dengan dia. Malas aku nak tanya apa masalah dia. Orang kata kalau kita layan orang gila, kita turut gila. Aku mengambil pendekatan untuk terus senyap. Biarkan sahaja mereka membawang.
Berbulan-bulan selepas itu, aku transfer ke department lain. Aku dikeluarkan ke deparment sebelum ini adalah atas permintaan aku sendiri. (sebelum BK berhenti). Kerana department yang kali ini adalah department yang memang bidang aku. Guess what? Aku bergandingan dengan kroni BK dan BB. Aku masih positif walau aku tahu Bawang Paling Besar (BPB) ini lebih bahaya. Dia yang paling senior antara kami semua. Tapi gelaran senior itu tak menggambarkan kualiti kerja dia. Baru 1st day aku join, dia dah mula cari salah aku. Aku berdepan dengan dia. Tanya apa masalah dia dengan aku sedangkan sebelum ni aku tak pernah kerja dengan dia. Dia menafikan yang dia mempercayai gossip kenalan bawangnya. Tapi dia langsung tak tanya apa yang dah jadi sebenarnya. BPB hanya mendengar sebelah pihak. Dia terus menerus mencari salah aku.
Bawangrians ini mengatakan aku mengamalkan ‘wa ampu sana wa ampu sini’. Itu kelakar wei. Aku bukan orang seperti itu. Aku sejenis yang kerja is kerja. Setiap report aku detail dan sebab detailnya aku buat orang benci. Padahal aku tak pernah rapat dengan boss. Aku cuma protect diri aku kalau ada apa salah yang aku buat. Zaman sekarang nak cari kerja susah. Aku perlu jaga periuk nasi aku. Ada banyak perut yang perlu aku isi.
Sekarang ni aku follow the flow. Aku abaikan cakap-cakap orang. Aku malas nak buat press conference. Aku bukan orang kenamaan pun. Bukan retis.
Apa pun, apa yang aku nak sampaikan adalah, kenapa lelaki begini sekarang? Mana pergi lelaki-lelaki yang dulu? Dah tua masing-masing, perlu ke bersikap sebegini. Aku berharap semuanya akan segera berakhir. Aku sentiasa doa semoga Tuhan berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi hari hari yang akan datang. Semoga cerita aku memberi sikit pelajaran kepada semua. Janganlah membawang secara besar-besaran dan menambahkan saham dosa. Last but not least doakan aku guys.
– Inamie Si Mangsa Bawang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit