Boleh Percaya Ke Jodoh Online?

Assalamualaikum, thanks admin kalau confession ini disiarkan. Mintak izin guna kata nama aku ya, tak biasa bersaya. Ini bukanlah confession sangat, tapi sekadar memohon pendapat rakyat marhaen sekalian.

Seperti tajuk di atas aku nak ceritakan kisah aku. Aku masih lagi seorang pelajar, belajar di sebuah IPTA, tapi bukan IIUM. Umur 20an. Nak dijadikan cerita, aku seorang yang tak biasa bergaul dengan lelaki. Sebelum sekolah menengah aku banyak berkawan dengan budak lelaki tapi sebab aku masuk all girls school waktu sekolah menengah, aku jadi kurang bergaul dan boleh dikatakan kekok. Aku boleh berkomunikasi untuk kerja kumpulan dan berbual biasa-biasa sahaja. Tapi untuk lebih aku tak boleh. Plus, aku ni sejenis yang rasa couple tu tak perlu lagi waktu belajar (dulu la) jadi aku tak pernah bercouple or something like that. Itu pengenalan tentang diri aku.

Ceritanya bermula bila aku saja main WeChat (ni mesti kena kecam. Haha. Tapi aku bukan typical punya budak WeChat. Aku suka guna sebab tak ramai yang ada WeChat so aku boleh post apa aku nak. Huhu. Dan aku ada WeChat ni dah lama, sebelum budak2 WeChat dapat nama lagi.) Aku ‘on’ kan aku punya people nearby. DP tak tunjuk muka pun. Ramai add aku tapi aku tak approve pun lepas scan tu nampak macam tak boleh percaya je. Sampailah this one guy (kita panggil dia M la ye) tegur aku. Bunyi macam islamik la sikit ada salam. Lepas tu kata nak kawan. So aku approve la, tapi tu pun lepas 2 ke 3 hari kedian la.

Kitorang kawan macam biasa. Aku satu je, orang tak tegur aku takkan tegur. Tapi bila orang tegur, aku akan melayan. Huhu. So selalunya dia la yang tegur. Semua normal, macam biasa tapi lepas beberapa hari si M ni jadi makin caring la kut. Ntah aku. Dia asyik pesan pasal jaga diri, jaga kesihatan, jaga solat, solat jangan tinggal and jaga maruah. Ye, setiap kali nak habiskan perbualan dia akan pesan benda ni. Dan dia suka risau pasal aku, yang bagi aku, relaks la. Aku bukan budak kecik. Bila aku tanya kenapa dia nak risau sangat, dia kata dia memang macam tu bila dia dah sayang orang. Aku macam Ha Ha Ha. Apakah? Ooo.. lupa, M ni Duda anak 1 tapi anak dengan exwife la. Bila ditanya kenapa bercerai dia kata sebab exwife curang (ni aku tanya lepas dia luahkan rasa sayang dia dekat aku).

Masalahnya kat sini adalah, bila aku tanya M macam mana dia boleh jatuh sayang dekat aku dalam masa yang singkat which is kurang dari seminggu… dia kata kalau tanya pasal tu dia pun tak tahu, benda tu datang dalam hati. Dia tak boleh kawal. So lepas berkenal-kenalan serba sedikit, dia tanya aku sama ada aku boleh terima tak kalau kitorang pergi lebih daripada kawan? So aku cakap aku cuba. Tapi aku tanya la jugak macam mana aku nak percaya yang dia ni bukan main2, serious, dan boleh dipercayai, dia kata dia tak mintak aku percaya dia pun =_=* dan dia hanya berserah pada Allah. Aku macam… susah la benda macam ni main serah2 kat Allah. Kawan aku kata “dah main serah2 gitu kita berserah je la, tak payah contact. Kalau ada jodoh ada la.” Hahaha. Aku setuju dengan kawan aku. Tapi aku tak cakap la macam tu.

So macam tu la, kalau aku tanya macam mana aku nak percaya dia, dia kata macam tu la jawapan. Sebal gue.

Hari yang sama dia kata dia sayang aku, tak nak hilang aku, padahal tengok or jumpa aku depan2 pun tak pernah, aku cerita kat kawan first. First thing kawan aku kata, kau tak boleh percaya ni S! Kau tak kenal dia sapa, dan kau tak tahu sapa dia ni sebenarnya. Siasat! Siasat sampai kau betul2 yakin dia siapa. Kawan kedua pun kata yang sama. First sebab kenal melalui WeChat. WeChat kut! Second sebab aku memang clueless siapa dia ni sebenarnya. Manusia ni ramai menipu. Jadi, aku ada mintak dia punya socmed. Dia cakap tak ada. Yang ada cuma WeChat . Apakah? Aku memang percaya ada orang macam tu, yang tak ada socmed. Tapi aku macam tak percaya dalam banyak2 dia ada WeChat. Bukan FB? Bila tanya kenapa pilih wechat? Dia kata entah, takdir Allah kut. =_=* again. Mungkin betul apa dia cakap… tapi boleh tak yakin kan aku sikit? Jadinya aku memang tak tahu macam mana nak kenal dia. Aku clueless macam mana nak jejak siapa dia yang sebenarnya.

Kawan2 yang aku cerita semua against it. Semua suruh aku berhenti. Tapi Entah aku berat hati. Aku dah buat istikharah. Dah banyak hari dah. Tapi tu la, nak teruskan aku was-was. Nak berhenti aku berat hati. So sorang tu bagi solution, tanya mak aku, instinct mak2 ni bagus. So nanti aku call mak. Aku serba salah nak bagitahu mak aku sebab tak sampai sebulan pun lagi, takut kena soal aku tak mampu nk jawab. Haha.

Sepanjang kenal dia, dia okay, baik, matang la sebab dia 30an. Tak memaksa aku terima pun, tapi dia suka buat ayat sedih plus ayat redha. Hati aku ni lembut jugak, jadinya… korang faham2 la. Dan yang paling penting, dia caring. Terlebih pun ya jugak kadang2. Oh ya, dia memang tahap serious nak kawin dengan aku, tunggu aku bagi green light je. (Cuma aku takut itu semua rekaan semata)

Jadinya, aku nak mintak pendapat korang. Apa yang korang rasa aku patut buat selain yang tertera di atas? Aku macam dah buntu. Masa depan ni. Tambah2 aku perempuan, kuasa cerai dekat tangan dia. Tolong la bagi nasihat dekat aku. Or any cara yang aku boleh guna untuk cari latar belakang dia based on nama dan number phone? Any ways yang korang tahu ? Sila la share. Sesiapa yang ada pengalaman macam aku tolong bagi aku nasihat dan pencerahan please. Sebelum aku jadi makin parah. Haha.

Kalau nak kecam tu simpan je la. Kalau aku tak sedar apa aku buat aku tak tanya la dekat sini. Aku nak nasihat bukan kecaman. Nak kritik boleh, tapi dengan berhemah la ye. Yang membangun. That’s all. Thanks sebab baca. And… tolong… advices, suggestions and apa2 la yang mampu membantu aku. Terima kasih sekali lagi and Assalamualaikum .

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *