Rahsia Ibu

Ada rahsia pasal mak ayah kita, yang kadangkala kita anak sendiri pun tak tahu. Ibu aku ni dia ada butik pakaian dia sendiri, dan dia seorang Ibu tunggal. Kami pula ada 4 adik beradik termasuk aku yang paling sulung. Lain semua kakak.

Ibu aku ni dia jenis payah marah. Tapi ada satu benda yang ibu dia tak suka atau macam pantang gitu lah. Iaitu “Cerita Seram atau Cerita Hantu” kalau kita orang tengok cerita hantu mesti Ibu marah. Dulu pernah tanya ibu kenapa tak suka cerita hantu dan seram ni. Dia diam je, akak aku selalu gurau dengan dia cakap ” ibu takut eh ” sambil gelak. Tapi ibu diam, tak jawab pun.

Sampai lah satu hari, kak ngah aku. Keluarga belah suami dia ajak lah bercuti dekat kampung nenek dia. Keluarga sebelah suami kak ngah aku ni dia tak ramai. Mak mertua dan ayah mertua dia dua2 anak tunggal dalam keluarga. Jadi kami satu keluarga ikut, ibu ikut , kak mila yang sulung ikut , kak ila ikut dan aku pun ikut.

Kami pergi, lawa rumah nenek dia. Design macam istana lama. Dalam rumah tu ada nenek dengan atuk abang ipar dan suami isteri maid dekat rumah tu. Selesai makan semua waktu malam kita orang berkumpul dekat ruang tamu. Sampai lah tiba-tiba nenek ni, kami panggil nek mah. Dia meracau weyh kena rasuk dekat situ. Terkejut semua. Dia berbual bahasa thailand ada , kap kap tu semua. Nek mah ni dia berjalan tak kuat. Tapi waktu kena rasuk tu dia boleh rilex berdiri dan lompat lagi.

Kita orang ni apa lagi panik, aku pun terkejut. Tapi ibu tenang bak ubat penenang. Dia jalan slow-slow dekat nek mah tu sambil hulurkan tangan. Yang nek mah ni non stop baca mantera ke apa aku tak tahu. Ibu aku terkam je tangan dia mengelibas dia dekat lantai. Ibu baca ayat Al-Quran, panjang juga bacaan. Dah dalam 4-5 minit ibu aku suruh ambik air. Air tu dia suruh campur , air panas + air paip + air minum. Akak aku pun pergi ambik dan letak dalam mangkuk. Lepastu ibu suruh pula ambik air panas. Aku pula ambik. Kami semua ni cuma mampu perhati je.

Speechless weyh, mula-mula air yang di campur tu dia siram dekat nek mah, nek mah tu terus okay dan air panas tu ibu aku ambik jari nek mah ni dengan jari ibu aku. Dia celup dalam air panas tu. Tahu apa jadi? Orang gaji dia suami isteri mengelupur weyh panas. kami terkejut akak aku sampai melatah. Rupanya yang hantar dia suami isteri. Malam tu entah apa borak ibu aku dengan orang gaji tu, lama.

Tak silap aku diorang kena pecat dengan nek mah. Ibu aku cakap, dia letak sihir dalam makanan. Jadi benda tu macam berkumpul sikit dan sikit. Kiranya nak bagi sakit perlahan lahan. Jadi kalau meninggal orang tak syak apa-apa. Rupanya waktu sampai tu, ibu cakap dia memang dah rasa tak sedap hati. Dia cakap ada lah dia baca ayat dan doa sikit waktu solat. Jadi benda sihir dalam badan nek mah tu macam terkejut. Jadi itu kena rasuk.

Sejak haritu kita orang tak tanya langsung pasal kenapa tak tengok cerita seram dan buat lawak pasal ibu takut ke apa. Sekian…

– Amir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *