Perkahwinan Yang Menakutkan

Saya Hana, berusia lebih 25 tahun dan mempunyai adik beradik yg ramai, kebanyakannya perempuan. Bila usia sudah lebih 25 tahun, kawan2 semakin rancak berkeluarga dan orang2 sekeliling mula bertanya bila pula giliran saya namun saya takut untuk mendirikan masjid sendiri kerana melihat rumah tangga orang yg rapat dgn saya.

Kakak2 mostly sudah berkahwin namun perangai abang2 ipar saya menakutkan saya. Seorang kakak saya sudah pencen, anak2 pun sudah besar panjang, namun suami hanya tidur di rumah, langsung tidak ada usaha menambah pendapatan dan hanya mengharapkan duit pencen yg ternyata tidak mencukupi. Lantas kakak saya yang sudah meningkat usia terpaksa mengambil upah membuat kuih sambil membuat semua kerja rumah sendirian. Dia juga menjaga ibu mertuanya yang sudah lanjut usia, sakit2 dan tak berapa larat untuk bergerak sendiri. Itu mak abg ipar saya tapi kakak saya yg bersusah payah beria menjaga pula.

Kakak saya yang lain pula suaminya tidak pernah menyentuh tikar sejadah. Dulu solat, sekarang begitu jauh dgn tuhan. Kalau kami keluar bersama, dia memang liat kalau kami request nak berhenti sembahyang sampai saya pula kadang2 naik segan nak request berhenti sembahyang. Dia seorang yang mmg nampak baik dan pendiam namun baran dia tak boleh diduga. Dia pernah memukul kakak saya dihadapan anak2. Kesan pukulan tu visible sampai kakak saya terpaksa mc, takut kawan2 nampak. Mereka suami isteri berkerja namun segala perbelanjaan rumah ditanggung kakak saya dgn alasan gaji kakak saya lebih tinggi. Rumah kereta semua kakak saya bayar. Gaji dia tak tau pergi mana. Anak nak ramai, tapi kalau anak nangis kat sebelah malam2 boleh dia buat tak faham je, kakak saya jugak la kena bangun. Kalau bergaduh suami isteri terus hilang tak dpt contact sampai sebulan.

Seorang kakak saya usianya sudah mencecah 35+ tahun, boyfriend ada dari umur awal 20-an namun ibu bapa saya kurang bersetuju dgn pilihan kakak saya. Lelaki itu tidak ada usaha yang jelas untuk memperisterikan kakak saya dan tidak mahu berubah. Suruh berhenti merokok pun tak mahu. Dalam keluarga kami mmg tiada siapa merokok. Kakak saya berjawatan tinggi dan dia hanyalah office boy. Punya lama couple, langsung tiada usaha nak majukan diri. Main reason ibu bapa saya tidak bersetuju kerana mereka tidak mahu kakak saya yg menyara suaminya selepas berkahwin seperti yg terjadi kepada kakak saya seorang lagi.

Memang kakak2 saya tidak bercerita masalah rumah tangga mereka kecuali kepada ibu kami (ibu saya tak masuk campur rumah tangga mereka, hanya menasihati) namun saya mengetahuinya dari habit saya yang suka memerhati dan jugak seorang yang teliti, mungkin disebabkan kerjaya saya yang memerlukan saya menjadi sebegitu rupa.

Saya bekerja di industri perkilangan yang sederhana besar, dimana saya bekerja dgn lebih 100 orang foreigners lelaki dari pelbagai negara. Memang ada antara mereka yg menaruh hati kepada saya. Saya akui sebahagian daripada mereka memang muda, bujang, good looking dan baik. Sebahagian yang lain pula sudah berkeluarga namun kerana LDR masing2 ada awek lain kat Malaysia. Curang ni rupanya tidak kira bangsa. Kerana tugasan dan jawatan saya, saya memang rapat dengan pekerja foreigners sebab mereka je geng saya di tempat kerja haha. Ibu saya cukup risau dan berterusan menasihatkan supaya jangan jatuh hati hahaha. Saya pun cukup risau sbb mereka memang melayan saya dgn cukup baik dan saya ni memang agak lonely sebab sering diabaikan kawan lelaki saya.

Saya ada rapat dgn seorang lelaki yg pernah menyuarakan hasrat secara tidak langsung untuk memperisterikan saya. Dia mempunyai kewangan dan kerjaya yg stabil. Walau bagaimanapun dia terlalu sibuk dgn projek2 di luar ibu kota, begitu susah nak contact/jumpa dan juga bekerja tanpa cuti termasuk weekend dgn alasan kena monitor projek. Terlalu sibuk sehingga kadang2 memang saya curiga dia ni kerja ke ataupun ada yg lain. Kalau ada yg lain kenapa ajak saya kahwin? Saya tertanya2 adakah saya yang tidak memahami kerjaya dia atau tanggapan saya tepat?

Saya ada berfikir untuk mencari lelaki lain sbb kononnya mahu mencari yg blh memberi perhatian secukupnya kpd saya tapi I know I tak lawa mana so takde harapan hahaha. Tambahan pula kerja saya yang memang terperap di kawasan kilang, lagi la takde harapan la nak jumpa orang baru. Rasa bersalah sbb ada niat nak curang (tapi sbb saya rasa dia yg curang dulu haha) tapi kalau lepas berkahwin pun dia masih terlalu sibuk bekerja, saya akan menguruskan keluarga berseorangan, apakah gunanya ada pasangan pun. Duit banyak pun tak guna kalau kasih sayang tak cukup.

Segala perkara yang terjadi di sekeliling saya begitu menakutkan saya. Apakah dosa keluarga kami? Saya rasa ibu bapa kami membesarkan kami dgn cukup baik. Abang2 saya sangat gentleman dan sungguh menghormati perempuan. Saya juga sama seperti perempuan lain mahu memulakan keluarga sendiri tapi saya tak mahu menjadi orang seterusnya mengadu masalah rumah tangga kepada ibu bapa saya. Mereka sudah tua, sepatutnya di usia emas dah boleh relax2, bukan tolong fikir masalah anak2. Tapi kalau saya tak kahwin2 nnt ibu bapa saya risau jugak. Entahlah confuse.

– sis confuse

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *