Biarkanlah Aku Berehat

Hai! Dah lama aku tidak menulis dalam ruangan IIUM. Buat admin, terima kasih kerana menyiarkan confession ini.

Ogos 2017 hingga sekarang, maka sudah setahun lebih aku menerima rawatan psikiatrik. Aku mendapatkan rawatan secara diam-diam, tidak ada seorang ahli keluarga waima kawan-kawan mengetahui aku mengalami clinical depression. Namun, sejak akhir-akhir ini aku makin tawar hati untuk meneruskan rawatan.

Sejujurnya, aku cuba untuk compliance pada setiap treatment plan oleh doktor, aku cuba push diri sendiri. Aku datang setiap kali follow-up. Aku telan ubat walaupun aku sangat serik dengan kesan sampingan ubat-ubatan. Aku hadirkan diri sesi psikoterapi yang telah diaturkan. Susah, memang susah tetapi untuk kesihatan mental aku berusaha sebaik mungkin.

Aku tak pasti sama ada aku kecewa dengan diri sendiri atau aku kecewa dengan layanan dari doktor dan Psikologist. Atau mungkin aku mengada-ada, attention seeker atau over-sensitive.

Temujanji rawatan susulan bulan lalu bersama doktor psikiatrik mendatangkan kekecewaan pada aku. Sebenarnya, banyak kali aku kecewa pada setiap kali temujanji tetapi aku cuba berfikiran positif dan terbuka. Tetapi, untuk kali itu aku tidak mampu lagi bertahan. Naluri aku berkata, doktor-doktor yang merawat aku langsung tidak memahami kondisi yang aku alami. Sudahlah clerking notes and pass report pun kurang tepat. Setiap kali temujanji, aku mahu bercerita tetapi doktor-doktor selalu cut cepat-cepat perbualan. Mungkin faktor kekangan masa, pesakit ramai dan mungkin juga ketidakseriusan penyakit aku ini menyebabkan doktor bertindak begitu. Yang paling aku berkecil hati apabila terdengar perbualan psychiatrist sesama medical officer nya “Alah, depression aja pun. Bagi aja ubat, nanti okaylah tu”. Allahuakhbar, aku terduduk. Hujan lebat dalam hati, emosi aku koyak. Akibat terlalu sedih dengan sikap sambil lewa doktor, malam itu aku ter overdose sleeping pill. Esok paginya, aku langsung tak boleh buka mata, aku mengalami sakit kepala dan muntah-muntah.

Aku sangat terkesan dengan sesi psikoterapi bulan lepas. Lepas habis sesi tersebut, aku menangis sendirian dalam kereta. Kata-kata yang keluar dari mulut Psikologist di MENTARI membuatkan hati aku terhiris. Hingga aku terdetik dalam hati, “aku tak mahu lagi buat psikoterapi dengan dia lagi. Aku pastikan ini yang terakhir”. Hari itu, aku tersangat letih dan tertekan. Esoknya aku texting Psikologist (private clinical psychologist) aku sendiri. Hari berikutnya, aku Skype dengan beliau, dan aku menangis dengan sangat teruk. Aku maklumkan pada beliau aku sangat kecewa dengan doktor dan Psikologist di hospital xxx, hospital tempat aku menerima rawatan. Aku menyalahkan diri sendiri kerana aku masih belum sembuh dari sakit depression. Hampir 6 bulan aku mengambil ubat antidepressant Moclobemide, fikiran aku tidak berserabut cuma jiwa dan hati aku rasa sangat kosong, sepi.

Baru-baru ini nurse call untuk tukar appointment sebab doctor not available. Mulanya dia bagi appointment pada Oktober. Bila aku kata aku nak default treatment, dia tanya “ u merajukkah?” Terus dia bagi appointment ke bulan November. So? Aku lagi rasa ingin menjauhkan diri. Sudah tentu aku tak akan datang. Boleh pula dia kata “nanti doktor prescripe ubat, nanti u ambil kat pharmacy.” Yang paling aku geram dia boleh kata, “u jangan default treatment nanti u sakit. Kalau u sakit, u just go to ER ya sebab appointment u bulan November”.

Dengan sikap acuh tak acuh doktor yang merawatku juga ketidakserasian antara aku dan Psikologist di MENTARI, maka aku mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari apa jenis rawatan psikiatrik di Hospital xxx. Aku decide untuk stop makan antidepressant pill. Bukan mahu berputus-asa atau berputus harap tetapi biarlah aku sendirian merawat diri aku secara rohaniah, biarlah aku menjalani sesi psikoterapi dengan Psychologist pilihanku walaupun berbayar. Bagi aku yang telah didiagnos sakit mental, aku berpendapat, hanya pesakit sahaja pakar tentang diri mereka sendiri. Hanya aku sahaja tahu apa yang aku mahu. Jadi, biarkanlah aku ‘berehat’.

Aku ingin berehat.

– HNN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *