Salam semua. Nama aku Haidar (of course bukan nama sebenar). Aku anak ke 3 dari 5 adik beradik. 3 yang atas semua perempuan dan 2 orang lelaki. Aku nak cerita perihal keluarga aku.
Aku bersyukur aku membesar dengan cukup makan pakai, pendidikan, rumah selesa, selalu bercuti. Tapi, ada satu yang kurang. Kesejahteraan psikologi. Parents aku, dari kami adik beradik kecil selalu bergaduh. Bergaduh jerit2 sampai satu kampung dengar. Angkat tangan dengan anak2 tu biasa. Apa je yang tak pernah kena? Rotan, hanger, belt? Semua pernah. Orang kata itu cara Asian parents nak didik anak2. Tapi, aku tak setuju.
Family yang normal, mak yang banyak membebel kat anak2. Tapi, family aku lain. Bapak aku yang selalu membebel. Tapi, dia selalu membebel hal2 kecik. Hal2 besar tak pula dia membebel. Aku rasa ada logiknya. Bapak aku tak kerja bertahun dah. Yang sara family aku, mak aku la. Mak aku lebih bersifat manly berbanding bapak aku dalam banyak perkara dan atas sebab tu la aku makin benci bapak aku. Bapak aku ni tak bekerja. Tapi demand macam2. Nak pergi bercuti sini sana. Tapi, bila tanya nak guna duit siapa? Dia tunjuk mak aku. Makanan pun takleh makan makanan yang lebihan semalam. Padahal makanan tu semua dah disimpan dalam peti ais dan dah dipanaskan semula (masih rasa ok bagi aku). Dan perangai dia yang paling aku tak suka, dia minta duit belanja dari mak aku depan kami adik beradik. Padahal sepatutnya orang surau seperti dia selalu didendangkan dengan ceramah tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah.
Aku ingat lagi dulu, sewaktu kami adik beradik masih kecik setiap kali mak bapak aku gaduh mak aku akan mula menggila. Keluar rumah malam2 sambil drive laju2. Mak aku bawak kami semua pergi drift dekat highway. Pernah sekali mak aku drive tepi2 pantai dan berhenti sambil lari masuk pantai. Pernah juga dia tekup mulut aku malam2 sampai susah nak bernafas. Tapi, Allah panjangkan umur kami. Dan antara kami adik beradik pula setiap kali bergaduh masing2 berebut ke dapur nak cari pisau. Masing2 acah nak bunuh sesama sendiri. Psycho? Probably? Tapi, waktu tu tak sedar pun benda tu salah. Masing2 umur dalam lingkungan 3-8 tahun waktu tu.
Sekarang, umur aku dah masuk 25 tahun. Ramai kawan2 dah start mendirikan rumah tangga dan pastinya aku tak terlepas daripada soalan cepumas “bila nak kawen?”. Hakikatnya, aku masih tak percaya perkahwinan itu satu keperluan. Dan aku masih tak percaya diri sendiri untuk jadi ibu yang terbaik. Aku tak mahu anak2 aku nanti alami perkara yang aku lalui. Bila aku persoalkan bagaimana kita nak tahu samada kita sudah bersedia untuk berkahwin atau tak, mereka2 akan jawab “kau akan tahu, bila kau sendiri bersedia,”. Tapi, aku tak percaya. Kalau la betul semua orang yang dah berkahwin tu yakin mereka dah bersedia, kenapa masih ada anak2 yang didera? Kenapa masih ada kes pasangan didera? Kenapa masih ada penceraian?
Bercakap pasal penceraian, aku tak bersetuju bila ada sang isteri yang mengatakan “aku bertahan untuk kekal setia disamping suami kerana anak2”. Mereka2 yang mengelak penceraian atas alasan takut menggangu psikologi anak2. Aku rasa mereka2 ini selfish. Pada pendapat aku, mereka2 ini bukan tak nak bercerai atas alasan anak2. Tapi, sebab mereka2 ini tak mahu digelar janda. Tahukah engkau betapa seksanya kami melihat pergaduhan antara kamu? Dan yang paling aku benci bila mak aku tergamak mengatakan kami adik beradik tiada kaitan dalam pergaduhan mereka berdua. Melihat strangers bergaduh in public pun kita sudah berasa tak selesa bagaimana pula bila melihat mak bapak sendiri yang bergaduh? All these years we suffer from your fights sampai kami adik beradik suffer mental illness secara senyap. Kau masih rasa keputusan bersama tu pilihan yang tepat? All the love we had for them, dah bertukar jadi dendam. Mungkin ada secebis rasa kasih sayang, tapi tak cukup untuk membendung rasa dendam yang sudah lama dikumpul dari kecik. Hampir 75% hidup kami dilalui dengan teriak dan tempikan.
Kadang2, bila terbaca mak ayah yang ditinggalkan anak2 aku terlintas satu perkara “mungkin mereka2 ini pernah derhaka pada anak2 suatu ketika dulu”. Yang meyebabkan anak2 berjauh hati dan jasad dari mereka. I mean we were born because you guys had intercourse and praying to Allah to give you children not because we wanted to be born.
Tapi, semakin menginjak dewasa aku sedar mak bapak aku juga semakin tua. Aku sedar kudrat mereka dah tak sekuat dulu. Aku sedar aku kena banyak berbakti pada mereka. Tapi, aku masih tak boleh lupa perasaan takut, terrified, resah, debar2, sedih, sakit, jerit perih yang kami lalui dulu. Doakan aku, aku tak mahu digelar anak derhaka. Doakan semoga Allah buka pintu hati aku.
P/s: if anyone ada tips nak move on daripada berdendam dengan parents boleh komen dekat post ni. I would really appreciate it.
– Haidar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit