Hati Remuk

Assalamualaikum kepada semua warga iiumc sekalian. Perkenalkan aku Ez. Berumur lingkungan 20+. Aku saja je menaip dan luahkan rasa aku disini untuk melepaskan segala kekusutan yang dah lama bersarang dalam hati aku. Maaf juga aku sertakan kerana cerita aku ini tak boleh diperincikan secara kesinambungan dan terlalu detail. Kerana terlalu ramai saudara-maraku yang ada di page ini.

Instead of sayang kau memilih dendam dengan aku, instead of tanggungjawab kau menganggap aku beban dalam hidup kau, instead of mendengar kau memilih untuk membebel dan memarahi aku. Aku ni siapa? Bukankah aku darah daging kau dan aku ini adalah tanggungjawab kau? Aku tak minta kau beri kan aku wang ringgit sebab aku tahu kau sendiri pun tak cukup nak makan. Malah aku yang memberi pinjam atas dasar kau abang aku. Aku tak nak tengok kau susah tak makan. Tapi bila aku beri pinjam atas wang yang aku simpan sehingga kadang-kadang keperluan dan keinginan aku pun aku tolak ketepi kau buat apa? Kau mungkir janji dari membayar hutang dan kau dengan megah berkata bukan abang tak boleh bayar tapi abang SENGAJA tak nak bayar sebab adik kedekut. Siapa yang buat aku hilang kepercayaan? Siapa yang buat aku makan hati? Siapa yang buat aku terasa? Tapi bila aku cakap kau kata aku kedekut, aku ni tak guna simpan duit, kau kata buat apa aku simpan duit untuk masa hadapan sedangkan kau ada, kau yang akan menjaga aku kelak. Tapi belum sempat abah menutup mata kau dah cuba putuskan silaturrahim antara kita.

Agaknya kau terlupa saat kau naik tangan atas mukaku, aku ini adalah manusia lemah yang sama macam wanita-wanita lain. Mungkin saja kau terlupa adik kau tak sempurna seperti orang lain. Kau berdendam dengan aku sebab abah lebih sayangkan aku dan seakan menuruti segala kemahuanku. Pernah kau tahu abah pernah tak mahu memandang aku hanya kerana aku memberi kau kunci kereta abah yang dia sorokkan dari kau. Saat abah berkata anak-anak abah ketika yang lain ketika sampai umurku ketika itu sudah boleh mencari duit sendiri dan tak meminta-meminta lagi dari dia. Sedangkan aku, abah dah berhabis beratus ribu untuk segala keperluanku. Pernah kau tanya betapa terkecilnya hati aku bila abah berkata dan bersungut begitu. Tak. Kau hanya nampak yang indah sahaja dalam hidupku.

Jikalau aku memilih untuk cemburu dan memilih untuk berdendam aku juga boleh buat. Sama seperti kau kata adik beruntung tak perlu penat-penat bekerja, rehat dan duduk sahaja dirumah. Tapi adakah kau tahu aku juga ingin mengejar cita-cita aku dan mencari duit sendiri tanpa perlu mengemis minta dari orang. Tapi takpe aku redha akan semua. Adakah kau tahu aku juga cemburu bila melihat kau berkahwin dan punyai isteri disaat susah senang kau.

Disaat kau demam ada orang yang ambil berat pasal kau dan jaga kau tapi aku? Adakah kau tahu betapa aku cemburu melihat kau pergi sekolah dan ada kawan-kawan? Sedangkan aku tak mampu bersekolah pada ketika itu dengan segala sakit dan masalah aku. Adakah kau tahu betapa aku selalu senyum dan pujuk hati ketika kau dapat lesen kereta dan abah berbangga dengan kau. Kau boleh bawa kereta pergi kemana-mana dan abah selalu cakap kalau abah sakit anak abah boleh bawa abah pergi naik kereta ni pergi hospital. Dengan harapan kau menjalankan tanggungjawab kau sebagai anak lelaki. Dan dengan harapan juga menggalas tugasan menjaga abah ketika dia sakit.

Saat abah terlalu gembira sehingga dia katakan pada aku nak beli kereta dan bayarkan muka kereta dengan sangat tinggi untuk ringankan bebanan hutang kereta kau tersebut. Tahu betapa aku kecewa? Tahu betapa aku terlalu cemburu? Tahu betapa aku terlalu sedih? Tapi aku pendam jauh dalam sudut hati dan aku diam. instead of dendam aku memilih untuk meraikan kegembiraan kau dan abah. Bila kita balik kampung tahu nama siapa yang sentiasa arwah tokwan sebut dan puji? Nama siapa yang meniti dengan bangga dibibir abah? Ya aku masih aku yang sangat naif dan berharap semua ni akan berlalu dengan cepat.

Dan untuk pengetahuan kau, memang benar abah sayangkan aku lebih dari semua adik beradik kita. Tapi tahu kenapa dan apa disebaliknya? Still tidak bukan. Kau tetap tak akan pernah mendengar aku. Aku menjadi kesayangan abah kerana aku seorang manusia yang hanya menuruti segala kemahuan abah serta menerima segala kemarannya. Aku telan bulat-bulat dalam hati tanpa pernah sekalipun aku luahkan. Sebab tu abah sayangkan aku lebih dari semua sebab aku pengganti arwah mak.

Bagaimana mak dimarahi, ditengking dan dihina. Sebegitulah aku lalui dan rasai. Kerana aku jarang sekali melawan sama seperti arwah mak sebab tu abah sayangkan aku. Abah tahu aku banyak kecewa dengan perangai dia, dengan kesan hidup aku. Buka dia tak tahu,tapi ego seorang lelaki takkan pernah tergugah sama dan persis seperti kau pada hari ini. Akhir sekali, aku bukan nak memutuskan silaturrahim antara kita, bukan niat aku nak jauhkan diri dari semua tapi kalau dengan cara ini sahaja buat hati aku gembira maka jalan inilah yang aku pilih.

– Ez

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *