Aku dan Stigma Masyarakat Rural

TERIMA KASIH KALAU IIUM SIARKAN. Sebelum ni aku ada hantar confession, tapi mungkin cara aku cerita tu macam memberontak and tak sesuai langsung dengan page ni. Dipendekkan cerita…

Aku (bukan nama sebenar dan jantina dirahsiakan) umur-20 an. Kenapa dengan stigma masyarakat rural? Makcik bawang.. Aku bukan nak kecam dengan golongan mak-mak overprotective, tetapi yang menyelar hak-hak bagi anak tak sah taraf. Contoh ayat, (sila lah kecam apabila anda dah selesai membaca).

1- Aku bukan tak nak bermenantukan anak ***** ni. Tapi keturunan kalau boleh bagi lah yang baik2.

2- Selalu anak-anak mcm tu, perangai genetic tak elok memang melekat.

3- Selalu kalau anak-anak mcm tu, mmg ikut perangai buruk mak bapak dia.

4- Anak ***** haram kahwen. Biar pupus keturunan orang macam tu.

Tu lah stigma-stigma yang selalu buat telinga aku berdesing. Kadang-kadang aku tertanya kenapa #fj terlalu open status anak angkat dia. Benda ni aib. Kalau 100 manusia puji, tapi 5 menghina, kami lagi terkesan dengan 5 hinaan tu. Sebab apa? Manusia biasa. Tipulah if cuoulsss mampu 24/7 stand up hati batu tanpa murung kadang2 tu. Aku rasa telinga aku dah kebal nak koyak dengar orng mengata, tapi aku terkesan bila orng judge adik aku (kami adik beradik angkat, dibesarkan 1 wanita yg tabah..)

Dalam masyarakat rural ni, kami ni dianggap paling hina lah. Korang pernah rasa tak de kawan? Sebab mak-mak diorng cakap jgn kawan rapat dengan orang mcm kami ni, nanti terikut perangai. Pernah rasa bila ustazah kau cakap kau ni ‘anak *****, sbb tu bodoh. Pernah dipulau?

Kami tak bersalah. Mak2 kami yang lahirkan kami pun bukan anak hasil zina mcm kami. Kalau Allah bagi kami pilihan nak pilih siapa ibu bapa kami.. tak kan kami pilih nak lahir macam ni.

Selalu kan baca dalam internet atau lihat kat soc med. Sekarang ni buka mata, stop blaming golongan mcm kami ni. Kenapa kami jadi jahat? Sebab memberontak dengan kata-kata ‘yang baik baik yang selalu makcik lontarkan kepada kami’. Masyarakat kita dah tenat. Selalu kan baca remaja mengandung anak luar nikah? Percaya tak, diorng tu bukan orang yng xde pendidikan, mak bapak pun baik2. keturunan baik2. Tapi bila anak tu lahir, kenapa kau nak salahkan budak tu.. sebab dia bukti aib kau? Pernah tak masa kau **** kau fikir.. apa jadi kalau termengandung?

Yang gadis2 kau tak payah dungu sangat percaya orang tu akan bertanggungjawab. Benda dah banyak jadi.lelaki tak kan bertanggungjawab. belajar tinggi-tinggi, manusia yang melabel kami ni sedar tak.. kebanyakkan dari kami adalh hasil drpd anak2 yang dididik dengan elok. Kenapa aku berani keluar dengan kenyataan seperti Ahmad maslan ni? Sebab mak kepada adik aku.. graduan university,sopan santun.lembut. mak aku? Hidup dalam keluarga sempurna, dpat kasih sayang cukup.

Datang dari keluarga baik-baik. Tapi kenapa end-up mcm ni? berapa ramai kes buang bayi melibatkan remaja perempuan?kenapa buang bayi?. Jika kami dibelengu bin/binti Abdullah sepanjang hidup untuk melabel kami sebagai manusia yang hina.. sekrang cuba bayangkan.. para penzina semua, tempampang kat dahi mereka ‘penzina’. Malu kan?

Sebab tu Allah ciptakan akal/otak kat kepala. Bukan kat kaki . kalau nafsu pun macam haiwan, sukahati nak berjimak sana sini. Lekat-gugur. Beranak buang.. dan kami sebagai anak hasil nafsu mereka kena tanggung kesalahan. Kemudian wujud bani-bani acah-acah menjaga keturunan.. tak nak terima kami dalam hidup sebagai besan , menantu mereka. Huh. Sebelum nak salahkan kewujudan kami, pantau dulu anak lelaki kalian.. Berjaya ke kawal nafsunya.. tak merosakkan anak orang lain kah?. Manakala anak perempuan, tak menggedik ke di sebalik tudung labuh?

Nafsu.. semua manusia ada. Samada pandai atau tidak je menguruskan.. sebab tu sekarang ada pendidikan **** kat sekolah samada secara langsung atau tidak. ini supaya anak muda kita yang tahu.. cara untuk mengawal dari bertambahnya populasi manusia seperti kami dan penyebaran penyakit. Ibu bapa pula yang sibuk nak tambah anak.. niat dah bagus.

Tapi cara korang produce kan tu. Tak sedar ke korang dah beri pra tonton awal (aku pernah terbaca confession pasal ni, nanti carilah) kanak-kanak ni apa yang dia tengok.. tu yang dia ikut. Lepas tu korang gedik2 acah-acah nak salahkan orang lain. Masa tu.. katil.. ehhh? bantal.. ehhh? malas taip panjang lagi.. lebih 2 dekad hidup ni.. hati aku dah kering dah nak hadap hinaan makcik bawang rural ni. Kalau aku nak cerita pengalaman hidup aku, takut nanti tv3 ciplak jadi drama akasia pula.

– xo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *