Assalamualaikum Admin and Readers. Nama panggilan aku Fa. Anak bongsu dari 9 beradik. Aku nak cerita pasal Abang aku yang no 4, betapa aku terkejutnya. Adakah abang aku Gay? Yes, abang aku Gay. Tapi sejauh mana dia punya tahap tu, aku tak sure.
Mula-mula aku tak syak apa-apa, masa tahun 2009 macam tu, perangai abang aku macam pelik. Asyik pakai baju lengan panjang, lepastu bila aku nak cakap dengan dia, mesti dia tutup leher dia dengan tangan. Aku takde lah tanya, buat macam biasa je.
Abang aku ni boleh dikatakan handsome laa, helok mata memandang. Bibir pink sebab tak merokok, badan sedang2, besar tak besar. Dan tinggi. Abang aku pun seorang yang pembersih.
Dalam tahun 2009 memang banyak perubahan yang aku nampak, dia banyak berkurung dalam bilik. Selalu kunci pintu, and selalu sorok-sorok dari aku. Tapi ada 1 hari tu, entah macam mana, aku tengah tanya something dekat dia, and then mata aku tertumpu kat Laptop dia, masa tu memang dia terlupa nak tutup tab web tu, aku terperasan 1 laman web P********eo.
Dia nampak aku tengah jeling screen laptop, dia terus tutup tab. Tapi aku sempat baca, so lepas dia pakai laptop tu. Aku try search lamam web yang tadi tu, alangkah terkejutnya tengok ada gambar laki berspender je. Dekat situ tulis “Gay Dating bla bla” tapi masa tu aku budak lagi, aku taktau laa itu apa benda Gay tu. Aku diamkan diri je..
Dia buat macam biasa je. Ada 1 haritu, abang aku ni pergi Shah Alam naik teksi, tapi balik tu dia bawak motor. Ayah aku tanya, motor sape ni ? Dia cakap abang angkat dia yang bagi. Masa ni memang Ayah aku naik angin, ye lah. Main terima je pemberian orang, malam tu juga abang aku kena sedas pelempang.
Esoknya ayah aku cakap, dia nak jumpa abang angkat tu. And baru lah aku tahu, yang abang aku ni ramai abang angkat. Selepas selesai berjumpa abang angkat tu, ayah aku pun biasa je. Means, dah tak marah dekat abang aku. Tapi mungkin ayah aku taktau perangai abang aku, Berbalik pada abang aku.
Ada lah 1 hari tu aku pinjam Laptop angah, sebab komputer aku masa tu rosak. So masa pinjam tu, aku nak tenyok gambar-gambar lama, aku cari file aku. Tapi tak jumpa-jumpa, sebab abang aku ni jenis tak suka letak file kat desktop. Dia nak desktop tu kosong je.
Aku pun main bukak je random file, betapa terkejutnya aku bila tengok 1 file tu penuh dengan video P**n. Ada laa 1++ macam tu, masa aku terbukak tu aku blank. Ye lah budak lagi, Aku cepat-cepat tutup. And bagitahu ibu, ibu cakap nanti ibu siasat.
And aku rasa, abang aku selalu tutup leher dia sebab dia nak sorok Lov***te dia. Memang aku nampak macam ada lebam-lebam sikit kat leher dia.
Long story short, lepas ibu marah pasal video tu. Dia marah aku, and lama juga dia tak bercakap dengan aku. Dia tau akulah yang mengadu dekat ibu pasal video tu. Tapi aku peduli apa..
Dah lama aku tak tengok dia pakai baju lengan panjang, tutup leher and so on tu lah. Tapi, dia mengadu dia sakit perut and susah membuang besar. So kitorang anggap benda ni biasa, tapi lama kelamaan, dia cakap dia kena macam buasir.
Pergi klinik, doc suruh refer KPJ. And kena operate, aku tak sure ni sebab apa. Bila aku tanya ibu, ibu cakap bukan buasir. Sampai sekarang aku taktau apa yang dia operate tu. Tapi aku syak mesti ada kaitan dengan Gay, sebab ibu aku pernah terlepas cakap. “Rul ingat ye, apa yang rul buat tu malukan ayah je. Dah laa hospital tu ramai kawan ayah”. So aku rasa maybe ada kaitan.
After operate tu, memang aku tak nampak dah abang aku pergi web tu, and abang angkat dia pun dah lost contact, dia pun jarang keluar. Duduk rumah je memanjang.
Abang aku tak ramai kawan perempuan, tapi ramai kawan laki. Aku tengok, kawan laki dia semua jenis auw auw. Tapi itu dulu laa, sekarang dia dah jadi lurus. And dah kawin, anak 2. Dia pernah cakap laa, dia menyesal jadi yang dulu.
Aku nak cakap sikit, kalau kita tahu adik beradik kita ni Gay. Kita kenalah bagitau parents, and tunjuk laa bukti yang kau ada. Pedulikan laa dia nak marah ke warning ke. Yang penting kita tak terpalit sekali dosa dia.
Thank You…
– Fanni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit