Galakan Kepada Keharmonian Rumahtangga

Assalamualaikum…

Aku adalah seorang yg mungkin antara berjuta mengikuti perkembangan sebuah keluarga ini, yang dulunya berantakan dan kemudian masing-masing telah berumah tangga semula dan akhirnya masih menjalinkan hubungan demi kebajikan anak-anak.

Saat berantakan itu aku sendiri masih muda dan wanita yg dikatakan orang ketiga itu lebih muda daripada ku. Namun tindakan dan kata-kata wanita itu buat ku terasa yg dia adalah wanita yg berani. Jujur kukatakan apabila kita melihat seorang lelaki yg sudah beristeri walau dia kelihatan gentleman, memberi perhatian pada kita.. Usahlah dilayan. Kita seharusnya tahu memain peranan dengan menjarakkan diri dan bukannya mengexpose diri kita..

Walaupun aku belum berkahwin waktu itu aku tahu bahawa si isteri adalah wanita yg tabah dan tuhan sedang mengujinya… kata2nya, kemarahan yg diluah adalah kekecewaan yg mendalam apabila harapan yg dibina bersama remuk. Wanita istimewa ini pada ketika itu seperti layang2 putus tali, mencari arah, mencari dahan bertaut.. Cuba bangkit tiap kalinya, beliau berani menghadapi realiti hidup. Sebagai seorang isteri.. apa perasaan bila suami masih mengutamakan wanita lain daripada isteri dan anak2. Aku tidak dapat membayang jika aku di tempat beliau.. Setiap kata2 beliau waktu itu jelas, yakin dan menyentuh pangkal hatiku..

Wanita ini juga seorang yg lembut dan pemaaf, walau diluarnya nampak kasar.. Beliau sanggup melakukan apa saja demi tuhan dan anak2.. Tiap kali aku melihat wajahnya aku berdoa untuk beliau dan anak2.. Apabila beliau berkahwin dgn suaminya sekarang, aku melihat beliau semakin tenang.. meneruskan hidup, mencari rezeki yg halal, menguruskan anak2, melayan kehendak orang di sekeliling.. Beliau tidak menoleh belakang lagi.

Sekarang aku berkahwin dan punya anak tiga orang. Sama seperti beliau satu masa dulu… Aku semakin mengerti tuhan menyayangi beliau, kerana itu ujian untuknya bertalu2.. Bila ada masa terluang aku mengikuti IG beliau.. sering hati aku tersentuh.. mungkin kerana persamaan pendirian, prinsip, tanggungjawab..

Wanita..usahlah membina kebahagiaan di atas kesedihan orang lain. Melainkan jika setelah kita bersungguh-sungguh menghindarinya, maka jika takdir, sekuat mana kita lari, ia tetap terjadi…tetapi jika kita yg membuka pintu, yg membiarkan orang yg sepatutnya mempunyai tanggungjawab lain memberi perhatian pd kita..kita bertanggungjawab untuk apa juga kesannya. Jangan disebut anak-anak memahami dan menerima…itu kerana anak2 masih kecil dan tidak diberi peluang menjawab dari hati. Tidak mungkin anak2 tidak terasa..mereka merendah diri kerana hormat ibu dan ayah.. aku memahaminya kerana baik aku dan baik suami adalah kesan daripada keruntuhan rumahtangga. We understand each other… dan ia menjadi asbab utk kami lebih saling menghargai diri masing2…

Aku sendiri kini walau sudah anak tiga dan bekerja.. sering ku berjumpa gentleman-gentleman yg sudah berumahtangga.. aku tidak fikir panjang untuk tangkis.. tidak perlu bercakap lembut-lembut.. tegaslah dengan lelaki-lelaki gentleman ini. Usah dilayan hormon galak mereka.. itulah prinsip yg kupegang sejak daripada gadis.. Menjaga batas pergaulan untuk sesuatu yg Allah telah perintahkan.. jagalah Allah nescaya Allah menjagamu.

Aku juga sering mendoakan sakinah mawaddah dan rahmah untuk beliau si isteri… Beliau adalah insan yg tabah..beliau wanita yg menjadi contoh dan inspirasi kepada perubahan yg lebih baik dan diredhai Allah. Beliau telah meletakkan redha Allah di depan tanpa takut dan hirau kepada yg lain..

Apa yg kusampaikan adalah pandangan sebagai orang luar.. sebagai pemerhati, yg mengambil pengajaran utk kehidupan yg lebih sejahtera. Apa jua kesalahan kita.. Kepada Allah kita memohon keampunan..

– Zura

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *