Assalamualaikum semua, panggil saya nana. Terima kasih admin sudi share post saya. Sejak kebelakangan ni saya tengok ramai orang post pasal jodoh, especially perempuan. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat. Kalau berguna, boleh jadikan panduan girls, InsyaaAllah.
Tak nak panjang2, jom kita tengok points saya ni. Harap berguna;
1. Selalu senyum
– amalkan selalu senyum. Bukan untuk lelaki saja, tapi pada semua orang. Even musuh kita sekalipun. Senyum dan sabar walaupun ditimpa musibah. Insyallah hidup akan jadi lebih mudah. Ramai org akan automatic suka kita kalau kita selalu senyum. Jadikan amalan dan mesti akan ada lelaki yang akan admire kita. Bukan saja lelaki, perempuan tak kira tua muda semua akan suka. At the same time, bila kita selalu senyum, hati kita pun akan selalu gembira dan insyallah risiko penyakit akan kurang.
2. Bersyukur
– kena selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Lihat pada semua kelebihan diri kita, bukan untuk bermegah tapi supaya kita selalu bersyukur. Orang ramai akan cemburu dengan kita bila setiap dugaan kita lalui dengan tabah. Nampak mudah bagi kita sebab kita tak selalu mengeluh. Contoh; bersyukurlah ada mak ayah, bersyukurlah ada kaki, tangan, etc. Selalu doa pada Allah supaya kuat dan selalu bersyukur.
3. Bersihkan hati
– kena selalu muhasabah diri. Jangan benci orang sangat. Takut kena balik pada kita. Kena selalu bertanya pada diri, apa silap aku harini, dan improve diri. Selalu jadi lebih baik dari diri kita yang semalam. Cuba untuk cakap benda2 yang baik setiap hari.
4. Tegas dan independent
– orang baik jangan lembut sangat nanti kena pijak kepala. Kejam dan tegas adalah 2 benda yang sangat berbeza. Kejam; tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. Tegas tu hitam atau putih. Jadilah perempuan yang mampu bergerak sendiri. Yang hebat tanpa perlu dorongan sesiapapun. Yang mampu membuat pilihan sendiri, tanpa menyakitkan hati ramai orang. Mesti ramai akan admire.
5. Cari kawan yang baik
– kawan yang baik akan buat diri kita baik keseluruhannya. Pilihlah kawan yang baik, tapi jangan rasa kita ahli syurga yang jadi tuhan yang hukum orang yang kurang baik. Sentiasalah berfikir mungkin dia lebih baik dari aku dalam area lain yang aku tak tahu. Andaikata tak ada kawan yang baik, berkawanlah dan tetapkan kebaikanmu dan banyak bersabar.
6. Jangan hipokrit
– jangan hipokrit! Depan lelaki tunjuk baik, belakang mulut macam bawang atau kejam pada orang lain. Kalau boleh jadilah diri sendiri + banyakkan senyum + cuba improve diri.
7. Cuba maafkan orang
– cuba maafkan dan memberi maaf. Jangan simpan dendam. Dendam akan jadi parasit dalam diri kita. Dendam akan kurangkan quality of life bila kita selalu mengharap benda buruk jadi pada orang yang kita benci. Cubalah menerima kekurangan orang lain, memaafkan dan bersifat terbuka.
8. Pendengar yang baik
– jadilah pendengar. Cuba dengar untuk memahami issue sebenar sebelum cuba menyelesaikan. Ramai orang silap bila mendengar untuk reply. Dengarlah untuk memahami pada orang yang rapat dengan kamu. Jadilah teman yang baik.
9. Sibukkan dirimu dengan kalimah Allah
– jangan biarkan diri sunyi sendirian. Kalau tak tahan, nangislah sepuas hati dan berdoalah sampai letih. Banyakkan berzikir, baca yaasin, al quran. Inshallah Allah Maha mendengar. Percaya dengan janji Allah. Ingat, kita juga punya hidup selepas mati. Mungkin jodoh disyurga. Doalah moga kita kuat mendengar cemuhan orang, malah mampu tersenyum lagi.
Okay, ini saja tips saya harini. Insyallah dengan tips2 ni diharapkan ramai lelaki akan beratur depan pintu rumah. Lelaki yang baik akan nampak attitude dahulu. Mana yang menyenangkan dan mendamaikan hati dia pilih. Nak hidup lama sama2 kan. Senang hati tengok isteri dia selalu senyum.
Tips ni tidak kira cantik atau kurang cantik semua boleh. Biar istiqamah. Buatlah pilihan yang terbaik yang menenangkan hatimu andaikata banyak yang datang. Andaikata tak ada yang datang, anggaplah kita mengumpul pahala untuk akhirat. Bila kita mudahkan orang, orang akan mudahkan kita semula.. InsyaaAllah
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit