Thanks Admin approve artikel ini.
LEPASAN DIPLOMA: KERJA vs DEGREE
Mesti ada diantara anda dilema memikirkan situasi sebegini bukan?
Nak kerja ke atau terus buat ijazah.
Rileks, chill jgn runsing dok dulu minum kopi cicah biskut nah..
Situasi sebegini terpulang kepada diri sendiri, anda yang membuat keputusan bukan terletak ditangan orang lain?
Jika anda berada didalam bidang TVET seperti kejuruteraan, ukur bahan, senibina jika boleh berkerja dahulu cari pengalaman. Jangan melulu dek mahukan ijazah.
Ijazah ini bila-bila masa boleh buat, tengah berkerja dan dah stabil kewangan sambung belajar balik..Tiada masalah sebenarnya. Yang penting pengalaman itu diperlukan dalam industri.
Nak dikatakan TVET sekarang susah cari kerja, jgn nk membongak !! Bidang TVET memang mudah untuk dapatkan kerja selepas belajar.
Anda mungkin tidak tahu atau memang anda sudah tahu.
Ada orang, lepas diploma terus berkerja dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan sekitar 8-10 tahun dan mampu menyandang jawatan setaraf Degree. Gaji 4k-5k
Ada orang ada degree, tp tiada pengalaman luas dalam industri dan terpaksa berkerja dibawah orang yang hanya ada jawatan diploma sahaja. Jawatan & Gaji diterima rendah berbanding orang yg ada jwtn lebih rendah tetapi pengalaman luas dalam industri.
Niat nak sambung juga belajar dapatkan ijazah??
Jgn risau banyak universiti sekarang membuka mata dan menawarkan program secara separuh masa, separa masa, PLK untuk hanya warga kerja. Kelas hanya hujung minggu dan ada perlu extand kelas sebulan sekali sahaja bergantung pada universiti.
Siap boleh buat pengecualian untuk memendekkan tempoh pengajian..Bergantung kepada UA/US
Yang tiada kelulusan tetapi mempunyai pengalaman luas dalam industri pun boleh genggam ijazah dengan menggunakan SISTEM APEL.
Nak lompat terus tanpa perlu buat ijazah dengan gunakan pengalaman kerja yang ada??
Pun tidak mustahil dengan menggunakan SISTEM APEL. InsyaAllah boleh terus buat Master walaupun ada kelayakkan DIPLOMA/STPM. Yang penting perlu ada pengalaman kerja yang luas.Tpi perlu ikut syarat yg ditetapkan oleh APEL (MQA) mengikut tahap pengajian.
Degree pun dapat, kerja pun dapat??
Anda nak pilih yang mana???
– Amie Wanz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Dalam dunia fiksyen aku, gaji minimum starting income untuk lepasan diploma ialah 5000 USD dan lepasan degree 10000 USD mengikut course tertentu. USD ini akan ditukarkan kepada mata wang Malaysia