Aku ni masih bujang dan makcik kepada 6 orang anak buah. 4 orang dari abang sulung dan 2 orang dari abang Kedua. Umur dalam lingkungan 4 tahun hingga 3 bulan. Sebagai makcik yang baik, layanan sama rata untuk semua anak buah aku. Kalau beli baju or mainan, or makanan, semua kena beli sama rata, dari yg besar ke yg kecil. Bukan apa, jaga hati para abang dan kakak2.
Aku masih tinggal dengan ibu ayah, al maklum baru habis belajar. Baru-baru ni, kakak aku dapat tukar kerja berdekatan area rumah ibu ayah. Jadi, mereka sekeluarga tinggal dengan ibu ayah sekali. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu jaga cucu-cucu nya. 4 orang. Boleh tahan penatnya. Tapi ibu tak berani nak tegur kakak, nak minta kakak bagi anak kat pengasuh. Sementara aku ada kat rumah, jadi sedikit sebanyak aku lah yang tolong ibu jaga cucu-cucunya.
Al maklum laa, bila jaga budak-budak ni, kadang kita darah muda ni, ada juga rasa nak lempang bila mereka buat sepah. Tapi, rasa je laa, xpernah lagi tahap lempang tu. Biasa laa, anak abang/kakak kita ni dah diibaratkan anak sendiri dah, sebab tu namanya ANAK saudara. Ya la, kita yang tak kahwin lagi, tak kerja lagi, jadi tak kisah pun nak tolong-tolong jaga. Bagi aku biasa la kan, kadang rasa nak marah juga bila budak buat perangai. Lagi-lagi bila budak tu, umur 4/3 tahun, masuk tahap tantarum, macam-macam ragam.
Abang dan kakak aku okey. Mereka faham perangai anak-anak mereka. Tapi ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di siang hari. Ada suatu hari tu, tak tahu ribut mana datang, tiba-tiba je abang aku serang aku, cakap kau jangan pandai-pandai nak marah, nak cubit anak aku ya. Kau ingat kau tu siapa nak marah anak aku.
Fuhhh. rasa dia menikam kalbu. Aku akui memang kadang-kadang aku cubit juga budak-budak tu, tapi kita sebagai makcik ni, cubit acah-acah nak bagi warning je tapi benda ni jadi masalah bila AKU yang cubit. Kalau ibubapa sendiri, mereka tak kisah cubit anak sendiri kan?
Aku tak sanggup dah tinggal disitu, tapi kesiankan ibu yang kena jaga budak-budak tu. Aku tahu, memang penat. Kemas rumah awal2 pagi sebelum budak2 bangun sebab pukul 10, budak2 bangun, Pagi bagi mereka makan, mandikan, siapkan apa yang patut. Tengahari, rumah kembali bersepah. Sebelum abang/kakak balik kerja, kena settlekan anak-anak mereka, mandikan, bagi makan minum yang cukup, tidur yang cukup. dan kemas rumah.
Sebagai adik kepada ipar, kadang segan jugak, bila mereka balik, rumah bersepah. Risau dikatakan pemalas, goyang kaki dirumah. Jadi, kena settlekan semua sebelum pukul 5petang. Dari pagi sampai petang, memang tak stop buat kerja. Tapi tak terhenti disitu, bila abang/kakak balik kerja, mereka mandi dan siapkan diri sendiri dulu, baru lah boleh pegang anak. Sambil2 tu, makcik ni laa bawa anak2 buah jalan2 taman sementara tunggu ibubapa mereka siapkan diri. Sebagai mak cik, Risau mereka bosan je terperak atas rumah je kan.
Bila malam, seorang ibu yang berkerjaya, kadang pukul 10, dah kena tidur. Budak2 ni kadang2 boleh dipaksa tidur, kadang-kadang dibiarkan makcik kesayangan ni jaga sampai mereka tertidur.
Kakak/Abang ada la juga bagi upah Rm30 sebulan jaga anak-anak mereka. Selebihnya, mereka belikan barang dapur, dan bagi ibu Rm200 upah jaga anak. So, aku tak mengharapkan pun bayaran tu. Sebab bagi aku, jaga budak-budak ni, sambil2 je hilangkan bosan. Tapi penat dia tu, aku rasa mak mak faham la kan jaga anak, urus rumah lagi.
Rasa macam terpukul jugak bila abang aku serang aku macam tu, bagi aku dia tak patut serang aku macam tu. Dan sampai sekarang, dia pulaukan aku. Macam aku tak wujud je dalam rumah tu. Oleh kerana, aku terikat dengan jasa-jasa dia terhadap aku, jadi aku tak boleh melawan, tak boleh membantah. Sebab dalam masa yang sama, Aku tak boleh biarkan budak-budak tu dengan ibu sorang jaga. Ibu tak berani nak bagitau abang/kakak, risau mereka merajuk bawa diri, dan tak datang jenguk ibu ayah dah nanti.
Tapi satu je harapan aku, agar mereka sedar kesilapan biarkan ibu yang jaga cucu-cucunya. Bayangkanlah umur 50an kena jaga budak-budak. Aku yang kudrat 20an pun rasa nak pengsan jaga budak-budak ni.
– Mak Cik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit