Salam admin , tak nak cakap banyak kalau rasa kisah boleh diterbitkan alhamdulillah , mungkin boleh dijadikan iktibar pada yang membaca . Jadi hidup siapa yang aku nak coret kat sini ? Aku namakan dia Zul . Siapa dia ? Apa penting nya dia sampai aku teringin nak berkongsi dengan korang semua ? Zul .. bukan siapa-siapa , hanya lah seorang insan yang sedang berusaha untuk menghabiskan sisa-sisa hayatnya . Sebuah kehidupan yang tak pernah dipinta , dilahirkan dari nafsu serakah oleh insan-insan yang telah merosakkan nasab keturunan .
Apa maksud aku ? Sebenarnya Zul itu anak luar nikah . Pada awalnya , perkenalan aku dengan Zul ini hanyalah biasa-biasa sahaja . Oleh kerana pekerjaan aku yang ke hulu-hilir meneroka dari satu tempat ke satu tempat sehingga lah aku boleh berkenalan dengan Zul . Mulanya aku tak suka melihat kehidupan dia , mana tak nya pill kuda dan ganja tu ibarat ‘nasi’ bagi dia . Hari-hari kalau aku terserempak hah memang itu lah makanan dia . Aku pernah marah dan membencinya tanpa sebab . Tapi pabila dia berkongsi dukanya aku pula yang rasa macam tengah potong bawang .
Mengikut dari sudut kaca mata kehidupan Zul , ibu nya itu dahulu janda . Tapi dek kerana keterlanjuran yang terjadi maka terlahirlah dia ke dunia ini . Beberapa tahun kemudian ibunya meninggal , tapi disebabkan dia masih kecil jadi tiada lagi yang dimengerti pabila ada mulut-mulut puaka village onions ni bersembang . Bila dah menganjak ke alam dewasa dia makin di sisihkan , dipulaukan oleh adik beradik sedara-mara . Ketika itu lah baru dia mula mengerti , dan di waktu itu baru dia mula mencari siapa bapa kandung nya yang sebenar ? Nak bertanya pada ibu , yang tinggal hanya lah nisan sahaja . Nak bertanyakan sedara-mara ? Tiada yang pedulikan dan kalau ada sekalipun tiada yang tahu darah siapa yang mengalir dalam badannya . Tekanan hidup di usia yang masih muda memikul bebanan yang tak sepatutnya digalas . Jadi di saat hati yang melara inilah dia terjebak dengan najis dadah .
Boleh bayangkan usianya sekarang sudah menjangkau 40-an tapi dadah itu masih rutin harian dia . Dari usia belasan sehingga sekarang tidak pernah ditinggalkan ‘sahabatnya’ itu . Katanya hanya itu yang mampu hilangkan kedukaan dia . Dia tiada kehidupan , jauh lagi untuk memberi hidup pada insan lain . Tiada kelulusan apa-apa , dek kerana dia anak luar nikah tiada yang mahu untuk menyekolahkan dia . Apatah lagi bila dia sudah terjebak dengan dadah , insan mana lah yang masih sudi mendekati dirinya yang sudah rosak sebegitu teruk ?
Jadi bagaimana kelangsungan hidup dia sekarang ? Untuk berteduh hanya seorang insan yang bergelar ibu saudara itu lah satu-satunya yang masih mempunyai ehsan dan belas . Dia tak mencuri dan tak pernah pula dia nak menyusahkan siapa-siapa , dia mencari rezeki dengan berbekalkan tulang empat keratnya sendiri , melakukan kerja-kerja kampung untuk sesuap dua bekalan harian . Cuma apa yang ditanyakan pada aku ‘apa salah dia dilahirkan ke dunia ini ? Jijik ke dia ? Hina kah dia ? Bukan itu pintanya ‘ . Kesilapan ibu bapanya menjadi kan dia mangsa hinaan cacian masyarakat apabila menjadi anak yang tidak sah taraf .
Ini hanyalah seringkas yang boleh aku coretkan , tapi untuk seluruh liku hidupnya hanya tuhan yang tahu . Bila kau kata kau sedih , kecewa , susah atau berduka lara , kau bayangkan hidup Zul , bandingkan apa yang kau ada tapi Zul tiada . Masih ada ibu bapa ? Hargai , sebab ada insan masih mencari . Ada adik-beradik ? Sayangi , sebab ada insan sudah dibuang . Ada saudara-mara ? Peduli , sebab ada insan dipinggirkan . Dan kau tak seharusnya menghukum dengan mata tapi mendengarlah dengan telinga . Dia hidup hanya sekadar hidup . Tiada yang ingin diperjuangkan , dipertahankan mahupun dimiliki . Kalau kau tanya kenapa aku tak cuba membantu , ya aku bantu dari segi yang aku mampu tapi untuk mengubah seluruh hidup dia aku tak mampu sebab bukan aku yang memakai selipar di kakinya . Hanya dia yang mampu mengubah arah yang ingin dia tuju . Sama-sama doakan yang terbaik buat Zul .
Ya , masa seronok nikmatnya tak terkata , tapi daripada keseronokkan itu lah yang telah merosakkan sebuah kehidupan .
– Nukilan Hadie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit