Damai Di Hati

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwwah.

Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession ini.

Mencari Damai di Hati.

Bismillah, walhamdulillah. =’)

Izinkan aku untuk meluah segala yang terpendam. Aku terlalu sedih atas apa yang berlaku. Aku baru berhenti kerja disebabkan ingin menjaga ibuku yang kurang sihat di kampung. Sebenarnya aku akan bernikah pada akhir bulan ini tapi ditentang oleh bapaku hanya disebabkan pendiriannya agar tidak boleh mengadakan walimah serentak dengan kakakku.

Oh ya, aku merupakan anak kedua. Seperti biasa anak kedua ini harus mengalah dalam pelbagai aspek. Alongku yang merupakan anak angkat telah membawa haluan jauh di perantauan. So aku tiada siapa untuk meluah. Adik bongsuku? Adikku masih bersekolah dan masih belum faham akan situasi ini. Jarak umurku dengan adik terlalu jauh. Sejak dari keputusan yang telah diputuskan oleh bapaku yakni waliku, hubungan aku dengan kakakku semakin hambar. Tidak seerat dulu.

Karakterku dengan kakak amat berbeza. Jika kakak berperwatakan seorang yang tegas dan maaf aku katakan, kakak seorang yang keras kepala. Manakala aku lebih kepada seorang yang hati tisu dan kurang bercakap.

Okay, maka tersebutlah alkisah yang mana walimahku bakal diadakan serentak dengan kakakku dengan sebab ini merupakan pernikahan kali kedua kakakku selain memikirkan faktor kesihatan ibuku. Kasihan keluargaku seandainya mengadakan walimah sekali lagi dalam tempoh kurang dari setahun.

Sebenarnya keputusan untuk mengadakan walimah serentak ini juga telah disepakati pada awalnya. So aku juga tidak terlepas untuk melakukan persiapan walimah seperti bakal mempelai yang lain. Ya persiapan telah banyak aku lakukan. Berbeza dengan kakakku yang hanya menunggu dan terus menunggu sehingga tarikh walimah semakin hampir tanpa sebarang persiapan!

Aku punya kalut bilamana banyak bridal kata tarikh walimahku dah penuh slot. Usaha mencari aku teruskan sehingga awal Ramadhan yang lalu rezekiku dipertemukan dengan satu bridal. Katanya aku last customer untuk tarikh tersebut. Alhamdulillah, aku menarik nafas lega. Kakakku langsung tidak mengendahkan berkaitan persiapan walimah. Bila ditanya, jawapannya “nanti”.

Aku malas nak cakap. Balik kerja pun dah penat, lagipun dia mempunyai pengalaman yang terdahulu kan. Ops, lupa pula. Persiapan majlisnya yang dulu pun aku yang banyak bantu. Sayang kakak kan, so kita pun buat ja la. Aku yang jenis kurang bercakap ini, Allah beri kelebihan meminati bidang-bidang seni. Alhamdulillah, aku hiaskan bilik, jahit langsir, buat gubahan, siapkan kad kahwin, bunting dll. Gembira bilamana dapat lakukan semua tue. Kiranya memang meriah walimah kakakku yang dulu, hatta majlis pertunangannya pun meriah. Anak sulung kan. :)

Habis tue majlis pertunangan kau tak meriah macam kakak kau ke Sabariah? Hehee.

Erm kami bertunang biasa ja. Hanya wakil keluarga lelaki dan keluarga aku sahaja. Kan aku dah beritahu yang aku nie harus mengalah dalam pelbagai hal.

Maaf ya Sabariah, sabar taw Sabariah =’)

Kemuncak kesabaran diuji bilamana lagi sebulan nak nikah, tiba-tiba bapaku menentang untuk mengadakan walimah secara serentak.

Apa yang kau rasa, dengan aku dah resign kerja, persiapan aku dah buat dll.

Sebab aku resign, aku nak ambil alih tanggungjawab untuk jaga ibuku yang kurang sihat di hospital. Alhamdulillah, berkat doa sahabat-sahabat ibuku semakin pulih kesihatannya. Terima kasih atas doanya semua. Sebab kedua aku resign, aku nak buat persiapan majlis. Majlis hujung bulan nie which is on this Sunday, tapi hari Khamis baru dia start ambil cuti.

Oh Allah, aku tak menang tangan nak handle semua. Dengan kehadiran tetamu alhamdulillah membawa berkat. Tapi aku tak menang tangan untuk melayan tetamu yang hadir untuk ziarah ibuku selain hadir untuk memenuhi undangan walimah atas sebab tidak dapat hadir jemputan walimah pada hari kejadian. Kami hidup dalam komuniti kampung yang mana bila adakan suatu majlis, kami gunakan khidmat masyarakat kampung setempat. Waktu permulaan persiapan dilakukan iaitu pemasangan khemah, aku tak menang tangan untuk menyediakan juadah buat kumpulan lelaki yang hadir bergotong-royong. Selalunya waktu sesi tersebut, juadah disediakan oleh tuan rumah. Untungkan pengantin tidak merasa segala susah payah dan kelam kabut di dapur. Barang-barang untuk memasak pun pengantin dan bapaku langsung tidak ambil peduli. So aku pergi membeli barang keperluan dapur sendiri menggunakan duit apa yang aku ada saat itu.

Paling aku sedih bila aku tertinggi suara tadi bila bapaku asyik mendesak aku supaya segera menyediakan juadah untuk dihidang. Aku maklumkan supaya sabar kerana juadah sarapan baru sahaja dihidang baru sejam yang lalu. Ketika ini aku sedang menyiapkan juadah tengah hari. Aku tertinggi suara disebabkan aku penat. Yes, really exhausted. Petang tadi aku menangis sendirian di dalam bilik hanya disebabkan aku mendengar ibu dan bapaku berbual dan menyatakan aku langsung tiada sikap toleransi. Sedih aku mendengarnya. Sebelum itu aku ada tanya pada ibuku kenapa akak tak ambil cuti awal supaya dapat membantu aku memasak, lagipun ini majlis dia juga.

Terkilan mendengar jawapan ibuku, “kakak kan kerja”.

Sedih yang amat. Dengan masalah duit lagi, burn sebab majlis cancelled last minute kan. Tentang kakakku pula, waktu aku datang butik bridal (waktu nie keputusan hanya satu majlis belum ditetapkan oleh bapaku, kiranya stil proceed untuk mengadakan walimah secara serentak), boleh pula dia tergedik ikut ke bridal then try usha baju. Aku pun tanya akak dah cari belum untuk majlis nanti, katanya belum. So aku pun maklumkan apa yang dikatakan oleh bos bridal nie padanya bahawa slot untuk tarikh walimah dah penuh. Tapi dia tetap rileks.

Seterusnya, aku dengan rasa kasihan, minta tolong photographer aku carikan photographer untuk kakakku. Puas mencari alhamdulillah jumpa. Untungkan awak. Membina mahligai yang bahagia di atas keperitan dan kesusahan orang lain.

Aku menaip nie pun stil dalam keadaan mata bengkak dan airmata menjadi peneman setia. Aku tidak dapat mengawal perasaan bilamana ada tetamu yang datang mengucapkan ucapan tahniah buatku dan ada juga segelintir yang tahu tentang halku (majlis cancelled) memujukku agar bersabar.

Doakan hubungan kami juga ya moga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat, in shaa Allah hingga ke Syurga.

Mengapa aku sukar untuk mengecapi bahagia? Sedih bilamana keluargaku lebih mengutamakan kakakku dan melebihkannya dalam pelbagai hal. Doakan ku agar terus bersabar untuk mencari damai di hati. =’)

– Sabariah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *