Cantik

Hai. Biarlah aku kenalkan diri aku sebagai H. Hidup aku sama macam kebanyakan orang. Ada ramai kawan yang baik-baik. Tapi kat sini aku nak cerita pasal sorang kawan aku ni. Biar aku namakan dia cantik. Aku berkawan dengan dia since mula-mula aku sambung belajar. Orangnya cantik, pandai dan kelakar. Di mata kasar orang lain, aku dan cantik ni rapat sangat. Bestfriend kata mereka. Tapi dalam rapat kami masih ada awkward juga. Tiap tutur kata yang keluar dari mulut aku masa bercakap dengan cantik ni kena jaga betul-betul. Tersalah cakap, dia akan mudah terasa hati.

Kami rapat lebih 2 tahun. Kira lama la sebab aku bukan jenis yang mudah rapat dengan orang. Cantik ni tak ramai yang betul-betul rapat dengan dia sebab mungkin sikap dia yang aku cakap tu. Jujur akupun dulu selalu juga busuk hati rasa macam tak nak rapat dengan dia bila dia buat perangai. Tapi suatu masa tu, aku nampak, orang-orang yang dulunya nampak akrab dengan dia perlahan-lahan tolak dia jauh. Tapi mungkin masa tu dia tak nampak lagi. Atau mungkin dia nampak cuma buat-buat tak nampak. Perlahan-lahan orang tak nak group dengan dia bila buat kerja. Tak nak jadikan dia partner masa praktikal atau any project. Aku nampak semua tu.

Entah kenapa, walaupun aku banyak juga terasa hati dengan layanan dia, tapi bila dia kena ‘buang’, tak dipilih, aku nekadkan diri untuk pilih dia. Sampaikan hampir semua project dan benda-benda lain berkaitan dengan study, dia akan jadi partner aku.

Syukur kami dapat selesaikan semua tu dengan cemerlang dan dapat juga la merasa anugerah cemerlang masa belajar tu. Sepanjang kami jadi partner, aku nampak sisi dia yang orang lain mungkin tak nampak. Betapa baiknya si cantik ni. Terlalu baik sampai aku sayang dia sangat-sangat. Dia manusia yang tak pernah cakap tak bila kita minta tolong. Dia akan sentiasa bagi kata-kata positif + kelakar bila aku tengah takut. Banyak. Banyak lagi kebaikan dia yang tuhan tunjukkan dekat aku.

Start dari situ, aku belajar untuk tak menilai orang sesuka hati. Betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Eh tapi bukan aku cinta dia pula omg kami sama gender kot astagfirullah haha.

Orang yang dulunya aku nampak betapa buruknya sikap dia, sekarang dialah orang yang aku rasakan cantik yang sebetul-betulnya cantik. Cantik luar dan dalam.

Tapi sekarang, aku dengan dia dah tak macam dulu. Masing-masing buat haluan sendiri. Mungkin ada silap aku yang ada buat dia terasa sampaikan dia tak nak lagi ada kaitan apa-apa dengan aku. Berkali-kali aku dm tanya dia apa salah yang aku buat tapi dia tak pernah bagitahu. Berkali-kali aku minta maaf dengan dia. And yes dia maafkan. Nampak tak betapa baiknya dia.

Cuma mungkin aku bukan sahabat yang ditakdirkan selama-lamanya akan jadi sahabat dia. Mungkin dah tiba masa untuk persahabatan ni terlerai. Chat aku yang terakhir dia tak reply. Mungkin dia pun tak tahu nak balas apa.

“Ada sebab Allah hadirkan seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada dia mengubah hidup kita atau kita mengubah hidup dia”

Aku nampak betulnya ayat tu. Allah hadirkan dia dalam hidup aku untuk ajar aku supaya jangan suka-suka menilai orang, jangan rasa diri cukup sempurna sampai cari buruknya orang tu. Sebab yang kita rasa teruknya dia, jahatnya dia, dia itulah yang sebenarnya-benarnya baik. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Aku tak tahu sama ada semua ni akan di publish kan ke tak. Tapi aku harap kalau di publish, korang akan dapat sesuatu dekat sini. Terima kasih kerana membaca.

Dan mungkin juga cantik akan baca kan? Siapa tahu…

Dear you,

Terima kasih untuk semuanya. Semoga bahagia selalu. Aku sayang kau.

– H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *