Tertarik dengan kisah, ‘awas penjawat awam’ (https://iiumc.com/awas-penjawat-awam/) by cik munk tu. Pengalaman saya semasa zaman belajar dulu pun ada macam tu. Sekitar bulan sembilan, saya mendaftar di ipta tempatan di negeri sembilan. Seminggu dua minggu lepas masuk belajar, biasalah student akan berebut rebut akan memohon ptptn bagi yang tidak berkemampuan. Saya tidak terkecuali. Saya berkenalan dengan dua orang student perempuan semasa hari orientasi fakulti. Mulai dari situ kami jadi rapat walaupun berlainan kursus. Kadang kadang terserempak semasa hendak bertukar dewan kuliah, tidak pun semasa menunggu bas.
Suatu hari saya terserempak dengan mereka ketika membeli makanan. Dia mencanang pada saya yang dia sedang buat bisnes. Lumayan katanya. Saya pun tertarik. Biasalah budak baru belajar. Niat di hati nak mengurangkan beban kewangan famili. Saya suarakan minat saya dan dia berjanji akan bercerita dengan saya perihal lanjut. Sehinggalah pada suatu hari, kawan saya ini mengajak kami sembang sembang sambil tambah income. Saya bawa seorang lagi rakan sekuliah buat teman. Kami di jemput olehnya dan seorang lelaki dewasa yang secara tak langsung berfungsi sebagai drebar kami. Saya rasa tak sedap hati. Tapi apa nak buat, bantai sahajalah. Kami dibawa ke kawasan taman perumahan yang jauh dari kawasan kampus. Kalau nak ingat semula jalan datang, saya memang tak ingat.
Sampai sahaja di kedai makan, mereka berbasa basi menyuruh kami order. Air sahaja. Makan makan tidak selera. Sedang elok kami bersembang sembang hal belajar, tiba tiba kami di sapa dengan seorang lelaki yang agak muda. Kawan saya yang bawa kami makan tu tersenyum simpul mengenalkan kami pada lelaki itu. Katanya itu adalah orang kuat bisnes ni. Saya dah mula jelas sedikit. Barangkali ada unsur unsur mlm. Tepat jangkaan saya. Mula mula dia tanya saya itu ini. Agaknya lepas tak jalan, dia panggil team business dia. Seorang perempuan berniqab. Dia mula bersyarah pada saya. Siap dia pesan kalau nak join, paling tidak modal paling murah ribuan ringgit. Baru dapat untung banyak.
Student mana ada duit banyak sangat. Siap cakap pinjam pada keluarga. Rasa nak hantuk je kepala mereka tu. Kalau keluarga ada duit takdelah buat loan ptptn. Yang mana baru dapat duit ptptn yang confirm dalam bank ada duit memang boleh terpedaya lah dengan janji manisnya. Mula mula secara lembut saja mereka mengajak tapi selepas saya berkeras menunjukkan tidak minat, mereka mula membuat secara paksaan. Antara dialog mereka yang saya masih ingat,
“awak tak nak ke hantar mak ayah awak pergi umrah, haji?”
“awak tak nak ke rumah besar, kereta besar?”
Bila saya dengar dialog macamtu, terus saya rasa menyirap. Dia ingat dengan tahap kebesaran aset seseorang tu menunjukkan tahap kebahagiaan ke? Saya hilang fokus. Cuma nak cari bagaimana jalan pulang. Akhir sekali, setelah team mereka tak dapat menghasut saya, mereka bawa saya pulang. Itupun hampir pukul satu padahal esok nya ada kelas pagi.
Kali kedua saya terkena di tahun tiga pengajian. Kawan rapat saya sendiri mengenakan saya. Saya namakan dia F. Dia ajak saya makan. Dia akan datang jemput di rumah sewa. Lepas isyak, F ambil saya bersama seorang lelaki. Lelaki itu saya kenal cuma tidak pernah bertegur. Senior repeat kursus saya juga tapi menumpang kelas lain. Kami bertiga dibawa ke kedai makan agak jauh dari kampus.
Sampai di kedai, dia pelawa saya order. Siap cakap nak belanja. Terus mood saya mati. Senior lelaki sekursus saya itu keluarkan beberapa pamplet dari beg galas dia. Saya buat tak nampak. Bila air kosong yang saya order tadi datang, saya minum je malas nak menyembang. Saya dapat agak mesti ada something wrong. F start risik risik dulu senior kami dengan pamplet itu. Senior kami itu pun membuka mulut cerita itu ini. Saya dah tarik muka. Sanggup F perdayakan saya, ajak pergi makan rupanya ajak join mlm. Saya terus capai fon dan mesej kawan baik lelaki saya. Saya panggil dia A. Saya tak cerita banyak. Saya cuma minta pada dia ambil saya di kedai makan itu. Saya tak ramai kawan. Jadi saya betul betul berharap pada A untuk menolong saya. Tak sempat tunggu jawapan, saya terus cakap pada F yang A akan datang ambil. Mereka gelakkan saya,
” A datang dengan apa? Basikal? Dia bukannya ada lesen.”
Saya terkedu. A,F dan saya dari kuliah yang sama dan kami memang kenal mengenali. Saya senyum kemudian saya tinggalkan mereka berdua. Saya tunggu A di belakang kedai. Hiba rasanya ditipu begitu. Saya kol terus A dalam esak esak menangis. A terkejut dan berjanji datang tapi kena tunggu kejap. Selepas kejadian itu, saya dan F jadi kurang rapat macam dulu. Saya masih anggap dia kawan tapi tak boleh buat baik sangat. Sehingga sekarang saya masih berhati hati dengan bisnes mlm.
Akhir pengajian, saya dapat tahu kawan yang mula mula mengajak saya masuk mlm dulu itu ditipu. Frust dia bercerita dengan saya. Untung dapat pun sebulan dua bulan terawal saja. Selebihnya habuk pun tiada. Dia pening. Dia buat pinjaman dengan orang. Nak mencari duit ganti balik satu hal. Sehinggakan ada antara mereka yang terpedaya dengan mlm sanggup menipu lecturer. Katanya mahu pinjam duit dengan alasan kereta rosak. Wallahua’lam. Nak mencari side income tak perlu begitu sekali. Cukuplah apa yang ada.
– Unknown
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit