Tabiat Suka Berjaga Malam

Berkerja ini untuk cari rezeki, supaya tidak bergantung dan menyusahkan orang. Jadi berkerja adalah perkara yang kena buat sungguh sungguh bukan ala kadar. Digunakan untuk menyara diri dan keluarga. Bila kita susah, kita sering salahkan takdir. Tapi untuk lihat datangnya dari salah sendiri. Jauh sekali.

Saya senior kanan HR dalam sektor perkhidmatan, berpengalaman mengendalikan kes discplinary dan kaunseling staf. Saya ingin berkongsi apa yang banyak orang muda buat silap dalam memulakan career. Mungkin masa terikat dengan status bujang, duduk rumah bujang dan masih rasa macam pelajar U.

Suka tidur lewat dan terlibat dengan aktiviti lewat malam, clubbing, mengopi larut malam, over tengok bola.

Bila tidur lewat sudah tentu masalah utama adalah susah bangun pagi. Maka adegan seterusnya datang pejabat lambat, dengan kusut masai, emosi tak bersedia masuk office, kelam kabut, missing thing itu ini dan mood ke laut. Solat Subuh memang tak payah cakaplah.

Bila penat dah tentu fokus lari, otak tak fresh maka banyak reflect pada kualiti kerja, kalau buat proposal hampeh dihantar main buat saja nak cepat sekali masuk bakul sampah jer. kalau deal dengan klien di marah klien sebab kita mood ke laut sebab penat tak cukup tidur.

Bila asyik di tegur oleh bos atau superior mula tak selesa, mula kata superior tak betul, tempat kerja tak harmoni, kena aniaya, kena bulu, macam macam skrip klise negatif menghalalkan perilaku kita yang sememangnya langgar etika.

Bagi seorang bos yang betul betul berpengalaman, tak akan saja saja nak marah pada staf kalau staf contribute dan buat kerja dia nak. Tak dinafikan adalah bos yang pening pening lalat. Itu kita ambil itu sebagai kes terpencil. Sebab isu disini bukan tentang bos tapi berkenaan habit terlibat dengan aktiviti malam hingga menjejaskan kualiti kerja.

Harap yang berhajat nak membawang, biar membawang boleh masak yang semua orang boleh makan jangan membawang yang ikut selera masakan sendiri saja. (tak faham jugak tak tahulah).

Balik isu tadi, sudah pael macam itu dalam pejabat boleh pula lenggah kerja,pasang youtube, facebook, chit chat whatsapp web dan menjual pun ada. Macamana nak dikatakan staf yang ‘perform’, yang meet kpi, yang boleh dipromote. Anda dinilai bukan anda yang memberikan skor prestasi sendiri! Jumping kerja kalau disebabkan better offer tak ada masalah, kalau jumping kerja kerana pael kita yang bermasalah itu tidak perlu anda bangga untuk add in dalam CV anda sebagai pengalaman kerja.

HR yang senior boleh trace anda bermasalah dari track record services anda. 3 – 5 yrs tahun jumping career for better offer is normal sebab kita sedang mengejar career stability. Tapi apabila 5 yrs an above lebih kepada kita membina maturity in career untuk mendapat seniority. Jika dah nak masuk 30an masih jumping career bukan sebab better offer. Anda kena semak diri anak semula.

10 dari staf yang berciri seperti ini, setelah dikaunseling majoriti bermasalah dengan tidur tidak cukup kerana meriah dengan aktiviti larut malam. Juga banyak tuang hal urusan solat.

Nasihat saya, kepada staf muda yang baru mendaki career, prepare diri dari awal malam sebelum ke tempat kerja. Rancang awal apa yang perlu anda buat pagi esok bukan masuk pejabat baru semua nak mencari itu ini. Melainkan anda jenis otak selaju processor boleh storage segala benda mesej.

Jika hari cuti buatlah apa anda suka. Tapi jika hari berkerja kurangkan aktiviti larut malam yang hanya merosakkan masa depan dan kehidupan tenang anda.

Selamat membina kehidupan normal yang harmoni seperti orang kebanyakan.

– HR Tua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *