Sukarnya Mencari Pekerjaan

Saya Diana berumur 25 tahun, sebelum saya mengambil degree dalam bidang it, saya ada membuat kajian bidang ini paling banyak pekerjaan selepas keluar dari universiti. Selepas tamat internship, saya cuba apply pekerjaan di merata tempat di online, banyak interview yang saya hadiri tapi bidang saya memerlukan orang yg ada pengalaman. Sebelum saya nak dapat pengalaman, saya perlu kerja dahulu bagaimana mahu dapat pengalaman kalau awak tak nak ambil saya bekerja.

Akhirnya , saya cuba berjalan di sekitar kawasan perumahan saya memohon kerja di kedai haiwan, kedai runcit, kedai makanan segera, pasaraya dan kedai bakeri. Ada satu kedai bakeri tu cakap mereka hanya mengambil pekerja perempuan yang sudah berumah tangga. Ada satu kedai tu cakap awak ada degree jadi tak sesuai kerja di sini. Jadi tempat terakhir saya pergi kedai baju, mereka terima saya bekerja walaupun saya ada degree setelah saya pujuk dan mereka juga memerlukan orang. Pada mulanya pada interview, saya bertanya adakah boleh sekiranya saya solat kerana saya mahu tempat yang saya boleh solat.

Mereka kata boleh jadi saya terima bekerja disitu. Tapi setelah 8 bulan saya bekerja di situ, satu persatu peraturan di tambah, akhirnya saya berhenti setelah mereka katakan hanya boleh solat pada waktu rehat sahaja bukan seperti pada awal pertanyaan saya semasa interview dulu. Sekiranya, saya solat pada waktu rehat sahaja mana boleh sekalikan solat zohor dan asar. Walaupun, semua pekerja di situ melayu dan islam, mereka tidak memahami saya. Akhirnya, saya berhenti kerana saya sayangkan agama saya. Saya berdoa pada Allah, saya tidak memilih pekerjaan tapi benarkan pekerjaan yang saya boleh menjaga solat dan hubungan saya dengan Allah.

Seorang kawan saya juga pernah bekerja di sebuah kedai buku, dia mungkin terlupa nak tanya boleh ke tidak solat di kedai itu. Pada hari pertama dia bertanya pada tauke kedai itu di mana tempat dia boleh solat. Tauke kedai itu berkata, tidak boleh solat di sini, kalo awak mahu solat potong gaji. Kawan saya terus berhenti kerja keesokan harinya.

Saya perhati banyak kerja kosong di malaysia ini tapi meletakkan syarat mandarin speaker only. Adakah peluang pekerjaan untuk bangsa yang tidak bercakap mandarin semakin berkurang?

Saya juga mushkil adakah tiada undang-undang di malaysia ini yang benarkan penganut agama islam untuk solat dan majikan sediakan tempat untuk mereka solat?

Kini, saya bekerja kontrak di sebuah syarikat swasta mengikut office hour. Pertanyaan saya semasa interview di syarikat itu, soalan yang sama iaitu “Bolehkah saya solat mengikut waktu di sini?”, mereka gelakkan saya dan berkata boleh. Doakan saya dapat kerja permanent di syarikat swasta ini.

– Diana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *