Kerana MLM

Assalamualaikum.. terima kasih kerana menyiarkan sedikit perkongsian dari saya.

Apa yang terjadi pada saya sama sekali tidak terlintas di benak fikiran ini. saya memperkenalkan diri saya sebagai madam.H berumur dalam linkungan 25 dan sudah bekerja. cerita bermula apabila saya lepas berkahwin, keluarga suami saya sangat baik dan mereka mempunyai biness masing-masing namun semua berubah apabila mama (emak suami saya) mengajak saya untuk menyertai sesuatu.

Kerap kali sebenarnya mama mengajak saya untuk menyertai beliau dalam bisness ini, namun dek kekangan masa saya menolak secara baik. sehingga apabila berkali kali diajak, saya terpaksa mengiyakan kerana tak mahu mama terasa hati. suami saya sebenarnye tak begitu setuju saya menyertai bisness ini kerana katanya tidak nampak hala tujunya. hari yang dijanjikan tiba, saya menemani mama dan saya paksa suami saya untuk menamani saya sekali kerana mama tidak pandai memandu.

Sampai sahaja disana, mama memperkenalkan kami dengan sesorang yang dipanggil senior atau leader nya, senior tersebut membawa kami berdua untuk masuk ke dalam satu dewan yang di penuhi ramai orang, disana ada sedikit talk atau taklimat bagi orang-orang baru datang, sedikit pengelanan mengenai bisness tersebut dan perkongsian pengalaman beserta dengan gambar duit, pendapatan dan bermacam macam lagi. dan sekiranya kita ingin bermula dengan bisness ini mereka juga menyediakn loan, dan bisness ini mudah berkembang kerana hanya menarik kawan2, ahli keluarga untuk menyertai bersama. aku dah rasa macam tak sedap hati, harga produk memang terlalu mahal. dan setiap kali disebut nilai angka pendpatan yg diperolehi itu, maka gamat lah dewan tersebut dengan suara2 semangat tapi entah la bagi aku dan suami kami hanya kaku terdiam tanpa ade sedikit pun rasa wow..

Setelah taklimat selesai, leader membawa kami berdua ke dalam biliknya, hanya kami berdua. dalam tersebut dia mula brainwash kami berdua. katanya bisness nie bukanlah sekadar perniagaan tapi lebih kepada ingin membantu orang dalam kesihatan. maka ditunjuknya produk2 yang mereka jual.. satu persatu aku teliti dengan harga yang ckup mahal. tapi drama belum bermula lagi, mungkin leader tersebut ingin meyakinkan aku dan suami maka ditanya aku mengenai pendapatan kiteorang.

Ye, aku akui aku dan suami hanya bekerja biasa walau kerajaan., tapi itu cukup untuk kehidupan kami. tp ape yang leader tu persoalkan sangat menyakitkan hati, dia tanya kami mampukah kami untuk hidup senang hanya dengan kerja makan gaji sebegini, mampukah kami nak ada rumah sendri (memandangkan aku tanggal di rumah mama), tak teringin ke nak bawa babah dan mama ke mekah (aku anak yatim) dan yang paling aku terasa ialah andai ditakdirkan aku ada anak2 nanti, boleh kah aku nak senangkan anak2 aku.

Kemudian, die tunjuk gambar produk dia untuk wanita, katanya untuk kesuburan, dia kata dia nak generasi dia nanti semua sihat, boleh beranak dan lantas die memandang mata aku sambil berkata yakinkan aku sihat dan boleh melahirkan zuriat suami aku kerana aku sudah berkahwin 5 bulan tapi masih belum ada rezeki lagi dan tak salah aku mencuba produknya yang berharga ratusan itu.

Suami aku tanpa menunggu lama, terus menarik tangan aku keluar dari bilik tersebut, mata aku sudah berkaca menahan tangis dan sebak.. aku tak pernah rasa sehina ini. suami aku terus mengajak mama dan aku pulang. aku tahu suami aku tak dapat menahan sabarnya. sampai dirumah aku ingat benda nie dah selesai tapi tidak, suami aku meluahkan rasa tidak puas hati pada mama mengenai kawan a.k.a senior leadernya kerana menghina pekerjaan kami berdua dan nak menentukan rezeki kami. mungkin ada silapanya suami aku bersuara terlalu lantang sehingga mengguris hati mama.. dan aku sambil menagis teresak esak cakap pada mama aku tak mahu lagi pergi kesana.

Bermula dari haritu, mama tidak lagi bertegur sapa dengan aku dan suami. tidak seperti dulu. walau suami ada bercakap dengan mama dan meminta maaf ats kelantagan suaranya tempoh hari tapi mama masih membisu seribu bahasa. tapi aku rasa terkilan, senior leader tersebut tanpa rasa bersalah masih lagi menghubungi mama seperti biasa dan mama masih lagi dengan prinsipnya bahawa bisness tersebut boleh membantunya untuk berjaya.. sehingga ke hari ini, iaitu sebulan telah berlalu hubugan mama dengan kami masih dingin.

Aku mohon pendapat semua.. bantu lah aku.. aku tak mahu melukan hati mama dan tak nak hubungan yang dulu baik jadi seperti ini.

– madam H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *