Aturan Allah Yang Sangat Cantik

Assalamualaikum.. cukuplah aku gelarkan diri aku sebagai ‘listener’.. kerana aku banyak mendengar dan memerhati kisah-kisah di sekeliling aku.. aku tertarik untuk berkongsi kisah seorang sahabat syurgaku..

Kisah yg aku rasakan cukup baik untuk di kongsi..(mungkin).. aku namakan dia sebagai ‘nur’.. nur bukanlah seperti gadis biasa.. yes.. aku admit dia seorang gadis yg sangat lembut, tutur kata teratur, kalau tengok dia, sejuk dan tenang je.. seorang yg mudah tersenyum dan sangat jarang marah kecuali terlalu di provokasikan.. gadis yang orang langsung tak sangka disebalik senyumannya, dia menanggung derita untuk kesihatan yg tidak sempurna( she has chronic illness)..

Dia pernah bertunang tanpa di ketahui kawan2 kecuali aku.. namun pertunangan tersebut tidak bertahan lama apabila si jejaka mengambil keputusan untuk lepaskan dia atas alasan tidak mampu untuk menjaga nur yg mempunyai masalah kesihatan yg memerlukan perjagaan yg sempurna.. but the guy never noticed for one thing that nur is independence lady.. walaupun dia mempunyai masalah kesihatan yg agak rumit untuk dijaga rentetan terlalu mudah untuk terkena sebarang infection dan tersangat mudah untuk demam, namun dia dijaga oleh ibubapa yg sangat yakin dengan kemampuan dia dan tahap indepedent.. so dia masih mampu membawa diri walau di mana pun dia pergi..

Aku impress walaupun lelaki tu lepaskan dia dengan alasan sakit dia, dia masih redho dan dia masih tenang.. menangis tak apa tak.. bila aku tanya, jawapan dia yang buat aku clueless is Allah is everything.. tak perlu sedih as long as masih berpegang pada janji Allah dan yakin.. dari awal lagi dia sedar dia ada penyakit yg akan selamanya ada dengan dia.. tak ada sedikit pengharapan pun yg dia letak pada pertunangan dia untuk sampai ke perkahwinan.. apa yg di semat dalam hati dia hanyalah teruskan hidup sementara Allah masih berikan peluang..

NAMUN selepas pertunangan itu putus, dia tidak lagi berminat untuk melihat ke arah perkahwinan.. cukup teruskan hidup n persiapkan diri… jadi korang bayanglah, sesiapa pun yg datang lepas tu dia menolak macam tu je.. katanya cukuplah fokus pada pelajaran.. katanya dorang yang datang tak tahu hakikat yang dia sedang tanggung.. jika dorang tahu mungkin dorang juga akan jadi seperti bekas tunangannya..

Lama dia berpegang pada pendirian tu sehingga satu hari Allah takdirkan dia berjumpa dengan seorang lelaki(suami dia sekarang)… lelaki tu hadir secara tidak langsung.. seorang lelaki yg tengah frust dengan tunangnya yang curang di saat pernikahan yg makin hampir.. apa yg aku tahu kisah lelaki tu, tunang dia berjumpa kembali dengan rakan sekolah lamanya yg ada perasaan dengan tunang dia.. but for me that man is loser sebab datang sebagai perampas walaupun tahu perempuan tu tunangan orang..

Pertunangan lelaki tu di uji apabila perempuan tu tengok lelaki tu sebagai seorang lelaki yg sangat teruk, baran, and anythings happened to them, the girl cerita dengan orang ketiga tu.. bila semua terbongkar, the girl just claim dorang hanya kawan in fact the third party knows everything about their problems… i thought that girl forgot something which is “jika kita tengok tunang kita teruk, bersabar dan bertahanlah kerana dialah pasangan yang terbaik”.. kerana mereka ke arah perkahwinan so syaitan confirm lah nak buat dorang tak jadi kawin kan..

End up bekas tunang lelaki tu yang claim third party tu as her friend je got married dengan lelaki ketiga tu.. and claim dorang bercinta selepas nikah.. omg.. aku rasa macam….. hahahahahaha.

Cukupla tu aku cerita pasal perempuan tu.. balik pada kawan aku.. kawan aku jumpa lelaki tu dalam keadaan down.. kawan aku pada awalnya tak berminat pun nak tahu atau ambil kisah pasal lelaki tu.. tapi mungkin sebab lelaki tu tak tahan dan kot menangis banyak hari sebab kecewa dengan tunang dia yg dah lama bercinta tut2 pergi pada orang ketiga n sanggup putuskan pertunangan dorang… so masa dia jumpa kawan aku nie dia tetiba terluah perasaan sedih dia padahal dia dengan kawan aku masing2 tak kenal pun.. kawan aku macam biasalah heartless.. sepintas lalu.. tapi bila dia tengok lelaki tu menangis dan nampk sangat down, dia bagi respon juga sebab nak tenangkan lelaki tu..

To be honest, kawan aku nie disebabkan pengalaman hidup dia, she is good adviser.. so dia just bagi nasihat dekat lelaki tu tentang apa aku lupa.. yg pasti dia cakap dia nasihatkan lelaki tu jangan tengok dunia nie segala2nya takut lama2 dia akan salahkan Allah..

But who knows kan, a bit advice from her buat lelaki tu tersedar.. after a few weeks gitu, lelaki tu cari kawan aku balik.. mungkin nak cakap jodoh dorang, lelaki tu jumpa tempat kawan aku study and pergi jumpa dia kat sana.. unexpected thing is, lelaki tu terus lamar kawan aku nie tanpa teragak2 n tak fikir panjang.. kawan aku nie pun satu hal.. bila dia buat heartless, dia boleh pergi bagitahu dekat lelaki tu untuk call ayah dia.. kalau ayah dia setuju dia akan setuju.. tapi one thing before, kawan aku story everything about herself.. her chronic illness dan lain2.. lelaki tu pulak mungkin lah sebab dah frust sangat dengan bekas tunang dia, dia ok je bila kawan aku cerita..

Masa kawan aku cerita, aku ada tanya kenapa dia terima lelaki tu? kawan aku suka dekat lelaki tu ke?

Kawan aku cakap, tak.. tak ada sedetik rasa suka atau cinta pun dekat lelaki tu CUMA point dia terima lelaki sebab dia nak tolong lelaki daripda terus down.. dia tahu lelaki tu sayang giler dekat bekas tunang dia so this one pun dia tak berharap.. just one point, nak tolong lelaki tu bangun balik, stop thinking about the girl n teruskan hidup jadi hamba Allah..

Semuanya di mudahkan.. dorang kawen kurang dari 6month kenal.. nak katakan jodohkan.. and know what? aku nak cakap perempuan tu rugi sebab lepaskan lelaki macam suami kawan aku nie.. the getting married without love but they creates the love after married..!! aku tengok pun macam betullah.. aturan Allah tu cantik..

Kawan aku berkahwin dengan seorang lelaki yg cukup sempurna bagi aku.. bukan perokok, ringan tulang bantu buat kerje rumah, bantu masak, terima kawan aku seadanya and tak pernah pertikaikan langsung pasal sakit kawan aku bahkan dia jaga sungguh2.. setakat dorang berkahwin, tak pernah suami dia tinggikan suara pada dia.. kawan aku alah dengan terik mentari n her husband tak malu untuk provide payung siap2.. now they have a cute baby.. kawan aku cakap tiap2 hari, balik kerje suami dia akan terus take over jaga baby n malam2 akan tidokan baby kalau anak dia tak nak tido dengan mak dia..

Point the dekat cerita aku nie Allah dah janjikan perempuan yang baik untuk lelaki yg baik.. dan gitulah sebaliknya..

Kawan aku dilepaskan oleh seorang lelaki yg tak mampu untuk terima kekurangan dia namun kerana pengharapan sepenuhnya pada Allah, dia dapat seorang suami yg sempurna.. bukan tu je, kesihatan dia pun bertambah baik lepas dia berkahwin.. kebahagiaan is the keys for everything..

Apa2 pun dalam hidup nie yg kau nak atau kau nak buat atau nak capai sekalipun.. kau letaklah Allah sepenuh hati dalam hidup kau.. nescaya kau akan dapat sesuatu yg kau tak jangka di samping ketenangan…

– listener

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *