Assalamualaikum. Aku seorang perempuan berumur 19 tahun dan berasal dari utara tanah air. Aku merupakan mangsa ‘dera’ mental oleh family sendiri. Perkara ini telah berlaku selama 8 tahun dan masih berterusan sehingga sekarang. Sepanjang 8 tahun ini aku tak pernah menceritakan penderitaan saya dekat sesiapa. Aku tak jumpa orang yang betul-betul aku percaya untuk menceritakan perkara ni. Yang mampu aku buat hanya menangis dan terus menangis. Btw aku yatim piatu. Abah akumeninggal semasa aku berumur 8 tahun. Aku betul rapat dengan arwah dan kematiannya membuatkansku hilang arah walaupun baru berumur 8 tahun.
Aku mempunyai seorang kakak yang sangat disayangi oleh mak aku. Mak aku sangat sayang dan manjakan kakak aku kerana dia anggap kakak aku banyak menolong semasa dia bekerja. Zaman childhood aku tak macam orang lain yang tiap petang lepas balik sekolah keluar main dengan kawan-kawan.Aku tak pernah merasakan semua tu. Selama 3 tahun aku buat perkara yang sama.
Bosan ? of course. Tapi apa yang aku boleh buatkan.Aku jarang jumpa mak dan kakak aku. Boleh dikatakan seminggu sekali. Aku ingat lagi mak aku pernah hina aku kata aku hudoh aku bodoh. Dia benci aku. Dia hina dia sumpah aku macam-macam. And guess what ? benda tu berterusan sampai sekarang. Yes aku mengaku aku ada melawan dia tapi sebab aku dah tak tahan disumpah.
Aku selalu dibandingkan dengan kakak aku. Aku tak dipuji atas sesuatu kejayaan yang saya dapat. Pujian untuk result exam ? memang tak pernah dapat sama sekali. Form 3 dapat tawaran masuk teknik dia tak bagi aku pergi alasan jauh and kalau jadi apa-apa tak ada siapa nak tolong. Form 5 dapat poli tapi aku tak bagi tau dia sebab aku tak nak kecewa untuk kali kedua. Atlast aku sambung dekat kolej komuniti saja.
Alhamdulilah. Mak aku kahwin lain masa aku form 1. Kakak aku pula lepas SPM sambung poli. Mak aku bangga gila. Ayah tiri aku sayangkan sangat kakak aku. Sayang gila.Aku ? macam biasa semua orang benci. Tapi dia belajar sekerat jalan. Semester 5 berhenti sebab rekod tak elok. Dia pernah lari ikut boyfriend dia, dia malukan kami sekeluarga tapi tetap diterima and tak pernah dibenci walau sikit pun sedangkan aku terus dibenci dan dibenci.
Dia selalu sumpah aku dia kata kalau aku kahwin nanti aku akan dapat anak yang jahat yang tak hormat aku. Dia kata dia menyesal ada anak macam aku. Kena halau tak payah cakap berapa kali. Hari-hari aku kena halau dengan dia. Ikutkan aku memang nak keluar dari sini tapi aku tak tahu nak pergi mana. Aku tahan ja telinga aku. Tapi bila dia susah minta tolong aku.
Bukan aku nak ungkit tapi aku harap depa kenang budi aku. Aku cuma perlukan family macam family orang lain. Kakak aku sekarang tengah buat preparation kahwin. Aku tolong dia sebab aku anggap dia sibling aku. Tapi bila mak aku tak cakap dengan aku sekali dengan dia pulaukan aku. Apa salah aku ? Makan semua sendiri. Aku tak mau depa ungkit makanan yang dia jamu aku selama ni.
Bunuh diri ? HAHAHAHAHAHAHA . Jangan kata lah hari-hari aku fikir nak bunuh diri. Tapi alhamdulilah iman aku masih ada. Aku mengalami kemurungan and stress yang melampau. Teringin nak dapatkan rawatan jumpa pskitiari and etc tapi aku tak tahu macam mana and dalam masa yang sama aku tak ada transport nak pergi hospital sebab kampung aku jauh dari bandar. Sepanjang 19 tahun aku hidup aku cuma nak minta satu iaitu aku nak keluar dari semua ni.
Kalau aku kena buang dalam hutan pun aku sanggup asalkan aku tak payah hadapi benda ni lagi. Setiap kali aku kena hina kena sumpah aku hanya mampu menangis mengadu dekat arwah abah aku. Sampai aku rasa air mata aku dah kering. Kadang-kadang aku doa dekat ALLAH S.W.T supaya tarik nyawa aku. Aku dah betul-betul tak tahan dengan semua ni. Sampai aku sanggup cari laki and kahwin dengan dia supaya dia boleh bawak aku keluar dari ‘neraka’ ni. Tapi aku ni hudoh, aku bodoh sapa nak aku kan. HAHAHAHAHAHAHA.
Tujuan aku post sebab aku dah tak tahan nak tanggung and dalam masa yang sama orang tahu cerita ni tapi tak kenal aku. Tolong doakan aku supaya semua ni selesai and aku jumpa kebahagiaan yang aku cari selama ni. Thanks kepada yang sudi baca.
– MY NAME IS SECRET
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit