Hafal Al-Quran, Tetapi Ada Kemurungan

Aku terpanggil untuk tulis pengalaman aku lepas baca confession bertarikh 28/9/2018 bertajuk “doktor dan kemurungan” (https://iiumc.com/doktor-dan-kemurungan/). Moga kisah aku sedikit sebanyak dapat membantu insan-insan yang sedang cuba menyelesaikan isu kesihatan mental mereka.

Aku rasa aku melalui fasa depression yang teruk sebanyak tiga kali, cuma kali ketiga baru dapat diagnosis rasmi dan rawatan yang betul.

Kali pertama adalah 5 tahun lepas. Masa ni aka sangat tak boleh function. Bilik aku sentiasa bersepah macam kena ribut taufan. Bahagian rumah lain aku kemas je sebab mak aku suruh. Tapi bilik aku macam tongkang pecah. Tidur aku haru biru. Hidup aku tak ada arah tuju dan banyak jugaklah benda merepek aku buat masa ni antaranya lari daripada rumah. Ade lagi yang lagi merepek tapu tak perlu pun confess. Senang cerita, aku memang tak ok.

Time nilah aku mula hafal al-Quran, seperti kebanyakan netizen muslim aku pun ingat aku ni lemah iman je kot. So aku fikir cara terbaik untuk aku mantapkan iman aku adalah dengan hafaz al-Quran serta jaga tahajjud.

Aku mula rasa hafaz al-Quran tu sangat menenangkan dan best, semakin dekat aku dengan al-Quran semakin aku jauh daripada derita aku. Dan bila kau menghafaz Kalamullah ni, kau kena tumpu 100% fikiran kau pada ayat al-Quran, well at least bagi aku lah cara aku menghafal macam tu.

Tapi aku jadi macam robot. 24 jam aku dengan al-Quran. Aku sentiasa menyendiri dengan al-Quran. Dengan family aku makin jauh. Diorg borak aku sumbat telinga dengan earphone dengar al-Quran. End up aku hafal 6 juzu dalam masa 4 bulan (aku duk rumah time ni). Dan hafazan ni adalah hafazan aku yang paling kuat sampai sekarang. Time ni juga setiap hari aku menangis, tapi aku happy sebab aku dah boleh function balik lepas mula menghafaz. Tahun seterusnya aku ambil keputusan untuk hafaz al-Quran 30 juzu sebab bagi aku al-Quran penawar aku. Aku fikir, mesti aku takkan lagi lalui fasa yang menyakitkan tu kalau aku jadi hafizah. Ternyata aku salah.

Alhamdulillah aku diterima masuk sebuah institusi yang membolehkan aku hafaz 30 Juzu al-Quran. Tahun pertama ok je. Masuk tahun 2 aku mula rasa balik macam aku rasa dulu. Di mana waktu tu aku pun tak tahu tu kemurungan ke apekebenda. Malam aku xleh tidur. Aku termenung je tengok silinh. Dok fikir macam-macam, antaranya cara nak bunuh diri. Aku dah tak rasa nak hidup. Kelas jangan cakap lah. Aku rasa 40% kelas aku tak masuk. Aku buat apa? Aku termenung je time aku tak masuk kelas. Tak termenung aku tertidur. Terbangun daripada tidur aku termenung. Ingat best? Tak best langung. Orang yang lalui je faham peritnya. Aku pemalas? Sila cuba dan fahami tentang depresi.

Aku dah tak ada perasaan langsung. Masa tu aku masih dok hafaz al-Quran. Tapi aku menghafaz ikut sukatan je lah. Aku dah tak semangat macam mula-mula. Bila kau dah biasa menghafal pulak, memang kejap je nak hafal satu mukasurat tu. 15-20 minit dah boleh ingat satu mukasurat. So biasanya aku sebelum nak tasmik baru aku tengok dan hafal.

Last-last aku dah rasa penat sangat dengan diri sendiri aku nekad pergi klinik psikiatri. Masa tu aju dah nak habis belajar dah. Lagi dua tiga bulan macam tu. Lebih kurang setahun lebih jugak lah aku menderita.

Ni lah first time aku jumpa dokto untuk isu kesihatan mental aku. Dan pengalaman pertama aku tak best. Sebelum aku pergi klinik ni, aku dah cerita masalah aku dengan kawan, dengan ustaz, dengan ustazah, dengan kaunselor tapi mereka hanya mampu terkedu dan suruh aku bertabah. So aku pergi jelah klinik psikiatri sebab aku tahu aku perlukan bantuan. Malangnya pengalaman kali pertama ni x berapa best.

Doktor ni perlekehkan aku masa aku nak explain apa yang aku fikirkan. Aku cakap “I think of patterns…” belum sempat aku habiskan ayat ni doktor ni potong cakap aku dan dengan penuh kekerekkan beliau berkata “are you trying to diagnose yourself? I do the diagnosis here ok” dan dia pun diagnose aku dengan poor sleep hygiene dan aku hanya stress dan bukan depressed. Aku ikut segala nasihat dan saranan doktor ni tapi aku jadi lagi teruk.

Alhamdulillah Allah bagi aku otak yang agak cepat pickup jadi walaupun aku miss2 kelas dan x baca buku langsung, Allah rezekikan aku untuk berjaya habiskan belajar dan tamatkan hafazan 30 juzu. Walaupun aku sampai sekarang rasa bersalah dengan pengajar2 aku sebab seolah aku tak hormat diorang. Dan aku juga rasa aku belum betul-betul hafaz al-Quran walaupun secara rasminya aku diiktiraf sebagai penghafaz al-Quran.

Fast forward kepada tahun ni, aku lalui episod ketiga. Dan kalau ikutkan aku dah malas nak jumpa doktor. Kalau kau ikut kata orang sebab iman lemah, aku dah siap hafal satu Quran lagi sebab nak pulihkan diri aku. Kau rasa? Aku rasa aku dah cuba segala-galanya tapi aku tetap miserable dan rasa tak nak hidup.

Last2 aku pergi juga ke klinik psikiatri. Sekarang aku dah masuk 5 bulan makan antidepressant pagi dan malam. 6 atau 7 kali sesi psikoterapi dengan doktor aku yang sangat2 baik. Aku di diagnose dengan OCD dan depression. Sebab apa? Tu tak perlu tahu kot. Panjang sangat ceritanya.

Point aku kat sini ada dua.

1. Bagi yang sedang mengalami masalah yang kau rasa ada kaitan dengan kesihatan mental kau aku doakan kau tabah dan tetap teruskan untuk dapatkan rawatan, stick dengan rawatan, kalau dapat ubat kau makan, doktor suruh buat apa kau buat, doktor suruh tinggal apa kau tinggal. Doktor kau kerek, kaunselor kau tak dengar, kau cari lagi dan lagi dan lagi sampailah kau jumpa orang yang boleh bantu kau atasi masalah kau. Doktor pun manusia jugak. Mungkin nasib kau kurang baik dia bad mood masa hari kau jumpa dia. Yang penting kau terus dan terus dan terus doa dan ikhtiar supaya kau ok dan boleh function balik. Kesihatan mental SANGAT penting ok.

2. Kau sakit tak semestinya Iman kau lemah tapi tak semestinya juga Iman kau ok. Hakikat Iman tu memang naik dan turun ini memang ulama bersepakat tentang hakikat ini. Kau sakit ke sihat ke iman kau memang turun naik. Dan kau sakit ke sihat ke kau sentiasa kena usaha perbaiki iman kau, perbaiki ibadah kau. Ada kaitan tak dengan kesihatan mental? Bagi aku secara generalnya tidak, tapi dari segenap sudut ada kena mengena juga.

Maksud aku, stigma yang depression yang PUNCA UTAMA adalah kelemahan iman tu bagi aku salah. Iman ni Allah je yang tahu kat mana levelnya. Aku tak nafi, boleh jadi lemahnya iman tu ANTARA PUNCA kau kemurungan. So disebabkan mustahil untuk buktikan kelemahan iman ni punca kemurungan, sebab tu kalau kau cuba ambil langkah-langkah untuk kuatkan iman pun kau still murung. Macam aku dulu la, hari-hari baca al-Quran, solat cukup, orang sekeliling pun semua dok mengaji je tapi last2 kemurungan datang balik jugak. Tapi aku tak nafikan, yang aku hafaz al-Quran ni sangat membantu aku. Ayat-ayat Allah ni macam pelampung yang aku berpaut dalam ombak dan badai kemurungan yang hampir menenggelamkan aku.

Kesimpulannya, bila kemurungan tu lau ikhtiar dapatkan rawatan perubatan dalam masa yang sama hubungan dengan Allah pun kau cuba improve. Dan pandangan negatif termasuklah doktor atau kakitangan kesihatan yang tak memahami kau tolak tepi walaupun kau rasa sakit hati dan takde sape paham kau. Jangan biarkan pengalaman tak best menghalang kau daripada teruskan rawatan.

Dan start je kau dapat diagnosis, time tu akan jadi lagi susah, aku mula aku amek ubat pun ade yg x kena, nak aplikasikan nasihat doktor daripada psikoterapi pun sakit, kau kena lawan diri kau. It does not get easier but eventually it will.

Keep moving. Keep trying. Teruskan bernafas walau kau rasa tak mau. Teruskan bernafas sampai kau betul-betul rasa nak hidup.

Alhamdulillah sekarang aku dah sangat banyak improvement, asbab rawatan doktor aku dan sokongan orang-orang terdekat aku. Semoga Allah rahmati mereka dan semoga lebih ramai doktor yang baik macam doktor aku. Kau takkan tahu betapa nikmatnya perasaan nak hidup bila kau pernah lalui fasa taknak hidup.

Last aku nak share. Sentiasa amalkan doa ni :

اللّهم إني أعوذبك من الهَمِّ و الحزن

Ada sambungan dia lagi korang carik lah sendiri eh. Hammi tu maksud die anxiety, hazan to sadness aka depression.

P/s : aku pergi klinik kerajaan pada kedua-dua fasa yang berbeza tersebut.

– Fibonacci

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *