Salam sejahtera. Nama aku L. Aku seorang non muslim yang berbangsa Cina dan beragama Buddha. (kenapa kena mention? baca cerita ni sampai habis) Semalam dalam perjalananku menaiki ktm ke Mid Valley bersama-sama dengan rakanku yang Melayu muslim, kami berbincang mengenai destinasi tempat makan kerana masing2 ketika itu perut dah lapar. Sedang rancak berbual tiba-tiba ada seorang lelaki 50an (mula2 aku syak yg dia ni Bangla) masuk dalam train, sedangkan kami ketika itu di ladies coach.
Semua orang memandangnya tapi aku cuba bersangka baik, mungkin dia tak perasan salah coach. Lalu aku dan kawan aku menyambung cerita tentang pilihan makanan. Tiba2 sahaja pak cik tu mencelah. Aku agak terkejut kerana aku pikirkan dia bukan orang tempatan dan tak tahu bahasa Melayu,tapi selepas diamati mukanya,aku rasa dia berketurunan mamak.
Dia pun masuk line, bercakap tentang kepelbagaian makanan di Malaysia lah apa lah. Kami taknak bagi krik2 jadi kami pun layan je lah dia. Semua orang pun pandang kami time tu sebab dia cakap kuat gilerr, dah la dia masuk ladies coach. Dia tanya lokasi kedai makanan lah apa lah tapi aku dengan kawan aku cakap tak tahu sebab kami masing2 bukan berasal drpd ibu kota.
Lalu dia tanya aku asal mana. “Kelantan cik” “Lah, Kelantan lagi. Saya ingtkan dah takyah jumpa orang Kelantan. Saya dah cuba lari drpd jumpa dengan orang Kelantan tapi kat sini pun ada juga.” (amboiii benci sangat ke dengan orang Kelantan)
Sampai part tu aku dah mula rasa semacam. Senyum makin tawar.
Tetiba dia tanya, “you Melayu ke? Tak pakai tudung.”
“saya Cina cik”.
dia sambung lagi, “you cina islam kan?”.
“saya Buddha cik”.
sampai part tu semua orang pandang aku.
“oh cakap BM banyak bagus,”
aku fikir dalam hati, “memang normal budak cina Kelantan bagus BM, lagipun x malu ke jadi rakyat Malaysia kalau nak cakap BM x reti ”
Sekali dia bukak mulut. “hari ni awak dapat hidayah kerana jumpa saya, nanti masuk Islam boleh masuk syurga. You suka Islam tak? nanti boleh belajar banyak lagi tentang Islam. nanti pilih nama melayu ye”
Kawan aku masa tu dah cuak dah, sebab dia soal kawan aku
“awak tak ajar ke kawan awak ni pasal Islam? tu tugas kita, nanti kita disoal nanti.” bla bla bla banyak lagi. aku time tu rasa nyesal gila sebab layan pakcik tu mula2 tadi. rasa nak turun train cepat2.
Nasib baik masa tu dah nak sampai Mid Valley. train stop je kami berdua cepat2 turun.
Hmmm..
Hidayah tu bukan tuhan yang bagi ke? bukan sebab jumpa pakcik tu terus dapat hidayah. Lagipun kalau masuk islam bukannya kena tukar nama jadi Melayu pun kan?
Cara dia nak paksa orang lain supaya masuk Islam yang buatkan non-muslim kadang2 super cautious apabila berkawan dengan orang Muslim. sebab takut ada agenda tersembunyi. Memang nak pahala lebih kan, tapi jangan melampau. Hal agama ni isu sensitif.
Saya agama lain so saya tak tahu banyak pasal islam, tapi saya hormat agama Islam. Dan saya betul2 tak suka orang yg macam pak cik tu. Pakai jubah n songkok tapi cara dia tu saya memang tak suka. Terlalu esktrim cara pendekatannya dan boleh menyebabkan orang salah faham dengan Islam tu sendiri.
Saya ada ramai sangat kawan Melayu yang beragama Islam. saya juga berkawan dengan semua kaum dan agama. Tapi ada kawan Melayu saya pernah tanya, kenapa Chinese lain macam tak suka berkawan dengan Melayu?
Saya rasa golongan macam pakcik tadi yang buatkan orang bersangka buruk dengan Orang Melayu, dan agama Islam pun secara langsung terpalit sama. kami takde masalah berkawan dengan melayu/islam, tapi kami tak suka orang tetiba suruh kami masuk islam atupun kalau nampak kami pakai baju kurung je, terus tegur “kalau you pakai tudung mesti cantik.” “bila nak pakai tudung?”
baju kurung memang wajib pakai dengan tudung ke???
Sebelum nak paksa orang lain masuk Islam, amalan tu dah sempurna ke? dah pro sangat ke pasal agama untuk bimbing orang lain? Cuba bayangkan kalau kami yang Buddha atau Kristian ni cuba sebar unsur2 agama kami semasa berkawan dengan orang Islam. tak ke haru jadinya. tapi kami hormat agama orang lain.
Tolong hormati kami juga.
Maaf jika tulisan saya mengguris hati mana2 pihak, tapi saya perlukan satu medium untuk luahan perasaan. Juga minta pencerahan untuk sebahagian soalan saya. terima kasih
– L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit