Thanks admin if my story dpt publish. Sedikit intro, my name is Melia, age 33, mother of 3 aged below 6, pegawai kerajaan, while husband pula bekerja swasta. Basically aku nak cerita pasal money management family kecil ku.
Combined income aku dan suami adalah dalam linkungan RM7k sebulan. Kami tgl di Kotaraya KL. Drpd jumlah itu, kami peruntukkan RM1300 utk sewa, RM550 utk bil api air unifi telco, RM900 utk bayar maid, RM1400 untuk kereta dan motor, RM1000 untuk life and medical insurance kami 5beranak. RM150 untuk savings anak2. RM300 untuk bayar tadika anak sulung. RM300 untuk parents dan baki RM1100 untuk belanja dapur, duit minyak petrol, duit berjimba dengan anak2, dan segala mak nenek belanja. Cukup ke tak? Alhamdulillah setakat ni cukup walaupun kadang tu dah paras hidung je tapi kemudian ada je rezeki yang masuk.
Actually apa yang nak aku share kat sini adalah pasal keberkatan duit tu.. Aku bersyukur sgt sebab Allah permudahkan urusan dalam hidup aku dan suami. Setakat hari ni, belum pernah lagi aku dan husband bertekak pasal duit yang sampai nak bercerai dan sebagainya. Kuncinya adalah
1. Isteri kene selalu redha dengan suami. jgn merungut dengan berapa yang kau dh sumbangkan kepada keluarga dan berlapang dada dengan apa yang suami dh bawa balik. Provided husband mmg bekerja dan nampak effort dia untuk bagi the best for the family. Kalau laki tak keje mmg patut la ko bising.
2. Proper financial planning. Selalunya husband akan bg gaji dia untuk aku consolidate dan bayar the bills etc. Jadi aku akan bayar all bills then tentukan berapa bleh pakai untuk jimba dan sebagainya. Kalau dh jimba byk last month, bulan ni kurangkan jimba. Sebagai rakyat marhaen kene banyak sedar diri. Jgn la dok hipster memanjang. Jgn lupa juga put aside savings dlm ASB at least RM100 sebulan.
3. Buat tabung RM1 and RM5 tu mmg penting esp bila dh hujung2 bulan duit tu la penyelamat. Even anak2 aku pun masing2 dah paham, kalau jumpa duit RM1 dan RM5, masuk tabung.
4. Isteri kene bijak buat tabung emergency. To be frank aku mmg ade tabung emergency yang husband aku pun xtau kewujudan tabung tu. In my case, kdg2 aku jual preloved brg2 lama, or sometimes kalau lunch kt opis dh provided sbb pergi meeting so belanja hari tu aku simpan. Cukup bulan transfer je kt emergency fund. Tabung emergency ni gunanya bila betul2 ada emergency contohnya tgl 4-5hari nak gaji tapi duit dh ilekk.. jd isteri dtg sebagai penyelamat. Reason kenapa kene buat mcm ni, supaya takda la nnt dok pinjam sana sini seminggu dua sebelum gaji. Kita isteri pun kene jaga la maruah suami kita..
5. Both of us live within our means. Kami takda credit card dan tak buat personal loan untuk berjimba. Kereta pun pakai Axia dan Alza je untuk mudahkan kami nak bergerak. Aku belajar smpi Masters pun sume under scholarship. Actually, bukan scholarship pun tapi loan yang convert jadi scholarship. aku determine utk dpt 1st Class Alhamdulillah dpt convert scholarship. Same goes masa buat masters jugak.
6. Redha parents tu penting. Sentiasa minta parents doakan kita. Sentiasa senangkan hati parents. Both parents and in laws ye. Call parents selalu. Aku ngan husband selalu jenguk parents kalau takda apa program. Dengan parents dan adik beradik pon jangan berkira. Kalau ada duit, hulur la walau sikit.
7. Jangan berkira dengan anak2. Ini pun aku dan suami jaga sangat2. Sebab bagi kami anak2 ni amanah Allah. Jadi kami takda nak berkira sgt kalau nak bawak jalan2, pegi makan ice cream ke or apa2 je la request anak2 yang kami rasa boleh tunaikan. Kalau tak boleh, kami akan cakap baik2 yang belum masanya request tu kami tunaikan. Alhamdulillah anak2 faham.
8. Banyak yang aku baca pasal amalan Dhuha, waqiah, tahajud dan sebagainya. Sebagai isteri memang aku buat tapi tidaklah konsisten sebab tugas aku kt opis pon tak tentu masa. Tapi kalau ada masa mmg aku aku akan buat sebagai tanda syukur aku kpd Allah sebab dah bagi pelbagai nikmat dalam dunia ni.
9. Paling penting gak selain doa adalah usaha. Actually husband aku pun tak mengharapkan gaji je semata. Ada juga dia part time buat grab etc.
10. Husband and wife kene banyak bincang pasal hidup ni. Bukan dari segi finance je, tp juga impian kita, harapan kita, bila kita share our hopes and dreams kita harap impian dan harapan tu dapat kita capai sama2. Secara tak langsung kita akan usaha sama2.
Basically, aku cuma nak bagi tahu, hidup aku dan keluarga kecil aku ni tak lah kaya. Kami hidup sederhana tapi dapat juga la bawak anak holiday, bertukar baju baru etc.
Skang ni loan rumah aku kt LPPSA dh lepas and perhaps dalam setahun lagi aku akan start bayar RM2k utk loan rumah aku pulak. Bila fikirkan balik mmg struggle juga sebenarnya, tapi aku rasa tak perlulah nak overthinking sgt. Sometimes lebih manis kalau kita just go with the flow. Sebab nnt ada je hadiah yang tak disangka-sangka kita terima dia DIA.
Harap readers semua mendapat manfaat dari cerita aku ni. Thanks for reading.
– Melia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit