Jerung Dunia Perubatan

‘Jerung’ dunia perubatan – God-complex & kenapa kurang yang bersuara.

Sejak kebelakangan ni, facebook dipenuhi dengan beberapa isu berkaitan dunia perubatan di Malaysia. Daripada seorang pakar ortopaedik yang dijatuhkan hukuman akibat sexual harassment, hinggalah ke confession seorang Junior Doctor tentang the toxic working environment of Dunia Perubatan ni. Aku scroll cerita-cerita ni dengan senyuman sinis sahaja. Sebab apa?

Sebab semua benda tu betul, berlaku dan masih berlaku, tak kisahlah how predominant it is atau dah menurun or menaik. Harassment? Bersepah dekat especially surgical-based discipline i.e Cardiothoracic Surgeon, Orthopaedic etc. Toxic environment? Boleh bilang pakai jari je posting apa yang tak tak toxic. Unprofessionalism? Cukup maklum kot macam mana Junior Doctor kena maki macam orang takde maruah, tanya je lah sapa yang pernah masuk ward.

Miya Wong cakap kena maki hamun teruk teruk, teruk sangat ke?

From my hospital at least, I could say it’s a pretty bad emotional abuse. Kau tengok video viral boss wanita cina maki perkerja dia tu, kau up sikit makian dia dalam dwibahasa dan kosakata dia, tambah sikit orang awam and pesakit sekeliling tu bagi betul-betul jatuh air muka and then hadap benda tu 3-4 kali sehari, tiap tiap hari, kau mengandung ke patah tangan ke mak kau baru lepas mati ke, hadap lah benda tu, tough love katanya. Yeap itulah teruknya. Sampaikan jenaka kiteorang kat sini, aunty cleaner pun lagi mulia daripada kiteorang sebab HO ni sehina-hina kejadian dalam organisasi sesuatu hospital.

Kenapa jadi macam ni? God-complex? Superiority complex? Riak akibat jawatan besar dan the power to veto decision? Most of it, yes. Macam ahli politik lah, lumrah diorang kalau nak tengok karakter sebenar, bagi dia kuasa. Sebagai seorang junior doctor, matlamat kami adalah untuk undergo training, learn as much as we can and finish Housemanship on time. Macam mana nak pass satu posting dan move on ke posting seterusnya? Kiteorang ada logbook dan penilaian. Dalam logbook tu akan disenaraikan beberapa prosedur dan kes yang perlu kita assist, buat or attend to in that given amount of time. Penilaian? Ini sangat subjektif sebab penilaian ni ikut siapa supervisor kau – Ada yang tak buat pun penilaian yang proper, dia just tengok cara kau present and managed kes from day to day and evaluate sama ada kau pass posting tu atau tidak. Kalau yang betulnya, ada yang akan randomly bagi kau kes dan bombard kau dengan questions around that case.

Kenapa subjektif? Sebab kau boleh fail sebab pesakit/family pesakit kau tak copperate, kes patient yang kau dapat tu susah ataupun yang paling common, supervisor kau garang macam singa (Aku rasa macam aku downplay sikit garang tu sebab aku rasa singa pun tak segarang tu). Ataupun yang paling petty is kau boleh jugak fail satu posting sebab reasons yang bodoh je – salah jawab soalan then kena extend 3 bulan, tak suka gaya tudung kau, tak pun memang tak suka kau personally sebab kau grad dari negara-negara tertentu yang lagi inferior. Yes, as shitty as that sounds, that happens dan yang paling susah adalah kiteorang yang muka hodoh ni lah sebab supervisor ramai doktor lelaki and kalau yang cantik, diorang akan extra nice sikit blergh! Tapi dugaan yang cantik-cantik ala ala sosial ni pulak benda lain – harassment. Macam ekonomi pulak, you want something, you have to give me something.

Pakar-pakar yang dapat dato’ sekalipun, jangan ingat tak korup dan unprofessional conduct diorang, time have shown us this again and again. Ni tugasan korang, tanya mana-mana doktor pelatih perempuan yang cantik (sebab yang hodoh selalunya kena maki je) pernah kena harass tak? Mostly akan cakap pernah kena sexual advances by their superior especially ‘the untouchables’ ni, Jerung-jerung kebal berpangkat dato dan pakar ni. Kalau korang perasan, masa isu Sexual Harassment tu tengah hangat, berapa ramai doktor-doktor celebrity broke the silence about their traumatic experience and showed support for the victims? Even before Pakar Ortopedik tu kena gantung, Ketua Pengarah Kesihatan sebelum DG yang sekarang ni, kena tangkap sebab apa? Misconduct kan? Yang DG sekarang pun tak kurang ‘hebat’ unprofessionalism dia, nampak gah menang award situ sini tapi just a grown up child, orang tak publish nama dia dalam paper time conference terus throw tantrum sampai surgeons yang kerja dengan dia quit masuk private tak tahan dengan perangai budak-budak dia, using power play to get what he wants.

Jadi kenapa tak voice out? Kenapa tak bersuara? 3 Sebab.

1) Honestly, kiteorang takde masa untuk bersuara dan voice out sebab most of our day is kiteorang berkerja bagai nak mampos. By the time habis kerja, fikiran tinggal nak balik tidur je and focus on working tomorrow, patients management and study balik benda benda yang mungkin dah terlupa (Also focus on how tak nak kena marah the next day)

2) Sebab it’s futile. Kau mengadu ke superior korang pun ingat dia nak buat apa? Change the culture yang dah heavily embedded in our system? Ingat senang nak ubah budaya yang diwarisi turun temurun ni untuk berubah dan jadi lebih healthy? Dia just acknowledge and instead of doing anything about the source of the offence, dia akan council kau untuk jadi lebih kuat dan macam mana nak handle stress. Alih-alih dapat malu je sebab kena cop Houseman lembik sebab perlukan kounseling lepas tu.

3) Tak nak create a fuss. Macam aku cakap tadi, junior doctor ni sangatlah baru dan naif, takde siapa kenal kat hospital tu dan sehina-hina kejadian. Bila jerung yang dah established ni buat apa-apa salah sekalipun terhadap kau, dia yang ada power, dia yang dh lama bersarang dalam hospital tu, dia yang ada kepakaran, kau ada apa doktor mentah? Dia ada kuasa untuk passkan atau extend kau. Untuk hospital lepaskan dia jadi satu masalah dan isu tu akan meleret sampai ke department lain pun tahu, jadi pakar-pakar kat disiplin lain yang baik dengan jerung tu akan mula mark kau bila lapor diri ke posting diorang, siap sedia untuk kena buli subtly lah.

To a certain extent, it’s digging your own grave jugaklah, kau lapor dengan harapan dapat perlindungan dan lindung maruah kau, last-last, kena hina sebab you made the hospital lose one of the best surgeon and all that bullshit, kau rosakkan marriage dia sebab nanti bini dia pulak meroyan bila dapat tahu (tu belum anak-anak dia tahu). Bahkan, supporters and sokongan dia ramai. Kau pulak kena tuduh fitnah bagai and jerung ni ada geng kat hospital lain, bila kau lepas, kau pindah ke hospital lain kawan-kawan jerung tu will give you hell for ruining their friends punya life. Macam surgeons yang aku cakap tadi tu lah, terpaksalah quit and masuk private sebab orang yang dia tak puas hati dengan is boss besar govt hospital, immune to criticism.

Jadinya, we swallowed it all and continue life as usual sebab tak nak keruhkan keadaan, tak nak drag the issue. Lepas tu mulalah orang tanya kenapa rate of depression dalam junior doktor tinggi? Simple, because of suppressed trauma. Nak cerita takut nanti jadi isu besar, tak cerita nanti dituduh houseman drama, lembik, hati tisu sebab grad luar negara, tak leh handle system Malaysia.

Jadi apa jalan penyelesaian? Entahlah, budaya untouchable ni dah terlalu kuat sebab system jawatan pakar dan pengarah tu grant them immense immunity. Also sebab system senioriti yang digunapakai dalam budaya kerja kita yang sebenarnya bagus tapi is taken advantage of. Solution dia is not going to be simple or quick, it’s going to take time. Ironinya, ramai yang melihat doktor ni professional cara kerja mereka, tak babitkan emosi dan kehendak merepek mereka dalam kerja harian and while that is true dalam relationship diorang dengan patient, you can’t say the same thing about their relationship with their peers and subordinates. Aku tak kisah kena maki hamun bagai tu, sebab walaupun teruk, aku boleh convince diri aku yang this is all a part of a learning process tapi unprofessionalism? Harassment?

Semoga kementerian do something untuk protect doktor-doktor wanita kita. Don’t just sweep this under the carpet, just do a survey and you’d be surprise to know how many of them has been at the receiving end. Boleh jadi anak diorang sendiri. Don’t look pass this, doctors or nurses who are reading this, you know it in your heart that this is true and you’ve been keeping this down to survive.

– Aliah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *