Magnet Ujian

Assalamualaikum admin dan readers. Terima kasih seandainya confession ini menjadi pilihan admin. :) cuma berkongsi rasa hati. Yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan. Semoga kebaikan milik kita semua.

Nama aku Kejora, lewat 20-an. Sesuai dengan tajuk. Aku nak kongsi ujian yg aku hadapi, atau lebih spesifik ujian kesihatan. Kenapa magnet ujian? Sebab ujian itu datang ibarat badan aku utara dan sakit itu selatan. Terlalu kuat tarikan tanpa daya upaya nak menolak.

Aku selalu mendapat sakit. Sakit yang macam mana? Contohnya: Minggu lepas aku terjatuh lalu terseliuh kaki. Tempang sebulan. Sudah sembuh 2 3 hari, aku sakit kepala. Sembuh sakit kepala kejap aku akan terkena minyak panas dan sakit itu akan berterusan. Sakit yg berlainan. Maaf, sakit itu hanYa contoh. Takut ada yg kenal. HAHA. PERASAN. Tapi, the point is aku nak cakap yg sakit aku tu berterusan.

Paling lama satu2 sakit yg aku dapat dalam 2bulan lebih macam tu. Tak boleh buat kerja berat. Yang boleh hanya makan, sebab mulut tak sakit. :p

Agak lama jugak aku merenung apa dosa sampai sakit berterusan begini. Bila dah tersedar dari renungan, rasa nak salai diri sendiri. Aku insan hina. Amat hina. Hina dengan dosa. Jika sakit itu magnet bagi aku, dosa pula berkali ganda magnetnya. :( aku insan penuh dosa.

Berat ke sakit aku? Jika di bandingkan dengan dosa, sakit itu masih ringan bagi aku. :’) walau hakikatnya pedih. Itu kenyataannya. Terlalu banyak benda yg aku lakukan di belakang ibu ku. Benda yg ibu marah, tapi aku lupa. ALLAH lagi marah !

Terlalu banyak dosa yg di sengajakan, apatah lagi tanpa sengaja. Sakit. Apa yg lebih sakit dari semua kesakitan yg aku hadap? Bila kau tahu kau banyak dosa , kau meratap dan bersedih, namun masih liat untuk bangun malam ! Allah, sakitnyaa. Fizikal aku sakit, rohani aku lebih sakit!

Aku mahu berubah. Aku takut. Sangat takut. Aku takut aku dipanggil menghadap Pencipta ku dalam keadaan aku kotor begini. Aku berdoa, tapi bukan dengan rasa cinta padaNya. Di angkat ke langitkah doa ku?

Sekarang aku tengah sakit, hampir memasuki 3 minggu. Doakan aku. Paling sadis bila kawan wasap bertanya khabar. Aku takut dengan soalan “sihat ke?” Kerana aku hampir tiada time sihat. :’) “Asyik sakit je” itu balasan mu kawan. Kenapa tak cakap sihat je? Entah laa, aku takde jawapan. HAHA.

Aku sedang bertatih. Bertatih mencari kekuatan menyucikan dosa. Aku perlu bantu rohani ku yg menjerit meraung meminta pertolongan. Doakan aku di beri kekuatan. Bila aku memilih untuk berkongsi di sini, maka aku bersedia dengan kecaman. :) namun apa yg aku harapkan kata2 positif.

Pesanan aku, walaupun aku tidak layak memberi pesanan. Jagalah ibu mu. Jangan sakiti hatinya. Itu tiket kamu ke syurga. Jangan kamu goreskan hati syurga mu. Dia syurga mu.

Akhir kalam, sesungguhnya dari Allah kita datang. Kepada Allah jua kita kembali. Semoga husnul khatimah milik kita. Amin.

– Kejora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *