Assalamualaikum…
Salam sejahtera…
Sejak akhir akhir ni, ramai pekerja share artikel mengenai “Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas Waktu Kerja Melainkan Bayar Gaji Lebih”. ada yang berani siap tag boss lagi..berani sikit, tag officemate je. ramai jugak yang like dan komen..dan pelbagai respond la yang dapat dibaca. of course kebanyakkanya bersetuju dengan artikel tersebut. tapi maaf sebab aku kurang bersetuju sebenarnya.
Sebelum anda marah pada majikan @ bos anda sebab kerja lebih masa tanpa dibayar, sama ada whatsapp atau kerja ofis atau sebagainya, cuba anda sebagai pekerja tanya diri anda “adakah anda menunaikan AMAHAH (kerja) dengan baik pada waktu bekerja?
Berdasarkan pengalaman kerja yang baru 5 tahun, di 2 syarikat swasta, dan pernah berkhidmat sementara di sekolah kerajaan, aku perhati kebanyakan pekerja kalau ofis mula jam 8 pagi, dia sampai 5-10 minit sebelum tu, then buat kopi dulu, pergi sarapan kat luar, membawang dulu. setengah jam (atau lebih) selepas jam 8 pagi tu baru la dia buat kerja. aku pernah kerja kat 1 company ni, pekerja datang, punch card pastu ajak geng 3-4 orang pergi sarapan kat luar naik kereta company.then sejam lepastu baru masuk ofis. huhuhu. then tiap sejam lepas tu ke pantri lagi, mengopi lagi. lunch jam 1 tengahari, tapi jam 12 tu dah buat preparation. nak decide makan kat mana tu siap ada discussion @ meeting. lepas lunch, solat zohor.
Yang perempuan tu, faham awak take time nak solat. ye la nak bukak tudung, bersihkan makeup, cuci muka, lipat telekung, makeup balik..tapi takkan la sampai setengah jam, kadang tu sejam weh..siap gosip pulak dalam surau. pergi solat berkumpulan tu. padahal solat sendiri je. opss mungkin mereka berjemaah. husnuzon. dan masa pon berlalu, eh dah jam 5 petang waktu untuk pulang.alamak! kerja tak siap lagi..dan dia pon pulang lambat dan claim OT. padahal kalau dia AMANAH bekerja dari jam 8 pagi sampai 5 petang, tak perlu pon dia kerja lebih masa
Sebenarnya banyak lagi situasi yang jelas menunjukkan ramai pekerja yang tak AMANAH dalam waktu bekerja.aku taknak sentuh perihal lain. ini cuma tentang WAKTU BEKERJA.
Ok la tak semua pekerja culas dalam menjalankan AMANAH. ada je yang jujur. datang kerja awal, tak mengular, baik la. tapi masih lagi kena kerja lebih masa atas arahan bos / majikan. kalau dibayar, ok la kan. tapi menjadi masalah jika tidak dibayar. first kena tahu HAK sebagai seorang pekerja. sebab tu pentingnya baca dan fahamkan OFFER LETTER dan JOB SCOPE sebelum terima kerja tersebut. kalau rasa hak anda ditindas, bincang dengan bos @ supervisor anda, jika beliau pon tiada penyelesaian, bolehlah berbincang dengan HR. tak ok jugak, buat la aduan pada pihak yang sepatutnya. (yag ni aku tak pasti, boleh rujuk pada yang lebih pakar).
Tetapi ada je kes yang bos / majikan mengarahkan untuk bekerja lebih masa dan dibayar, tapi pekerja tak rela. ye la mungkin pekerja tu nak spend masa dengan family, atau ada urusan lain. kunci utamanya KOMUNIKASI. bincang dengan bos @ supervisor. mungkin boleh berikan cadangan agar dapat selesaikan kerja sebelum tamat waktu bekerja, atau bergilir dengan teammate atau sebagainya la. jangan lah hanya merungut belakang bos, tapi bila berdepan YES BOS! huhuhu…
Bos anda tu pon manusia jugak, insyaAllah dia memahami. cuma kalau anda tak bagitahu masalahnya, dia pon ingat semua benda ok la.dia pon manusia jugak, tak ada kuasa boleh baca fikiran atau perasaan anda. tapi beradab lah ketika menyatakan masalah / ketidakpuashatian (wujud ke perkataan ni?hahaha) anda kepada bos. jangan kurang ajar pulak. bimbang itu adalah hari terakhir anda bekerja…kahkahkah
Kesimpulannya, kalau ada masalah, berbincanglah. KOMUNIKASI tu sangat penting dalam kehidupan. ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang saya bekerja. jika ada idea yang lebih bernas, sila kongsikan bersama. masalah untuk diselesaikan, bukan untuk di’bawang’kan.
Kerja kena happy sebab we spend almost (or more) 1/3 of our day untuk bekerja. so happy selalu.
Selamat bekerja!
– pekerja makan gaji
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit