Assalamualaikum readers. Aku kenalkan diri sebagai along. Dah kahwin, anak sorang. Tujuan confess/membawang kat sini? Cuma nak luahkan kekesalan. Aku tak tahu macam mana lagi nak tegur mak ayah aku. Aku sebagai anak stress, malu dengan perangai mak ayah aku yang sejenis kaki label (haa sekarang aku plak label depa). Which is sangat aku tak suka.
Aku bukan jenis suka bersangka baik dengan manusia. The truth is, aku tak penah nak main sangka dengan orang pun. Aku jenis tak fikir hal orang. Aku dengan hal aku. Hal kau, kau punya pasal. Kau susah, aku rasa boleh tolong, aku tolong. Kalau tak boleh tolong, aku tolong doa. Aku tak ada masa nak fikir, ‘oh, ni mesti sebab balasan Tuhan’, ‘oh, ni mesti sebab dia suka bukak aurat’, ‘oh, ni mesti sebab dia suka membawang dekat opis’.
Mak ayah aku punya labeling memang terbaik. Macam bencana yang berlaku dekat Palu, Indonesia sekarang, habis dilabelnya semua satu kota penuh maksiat. Cuba kalau negara ni ditimpa bencana tu, dan family aku salah satu mangsanya, lepas tu baca pulak dekat socmed kata ‘oh ni mesti sebab diorang ni sokong maksiat’, ‘oh ni mesti sebab depa ni sokong puak LGBT,’ sedangkan ayah aku tu masjid pun tak tinggal, rasa-rasa korang sedih tak? Aku sedih bila orang label family aku macam tu. Tapi mak ayah aku tak fikir. Depa cuma ikut sesedap rasa je apa yang nak kata. Mak aku tak la sangat. Ayah aku la over nau-nau.
Orang tak pegi masjid, dikata ahli neraka. Orang Cuma pegi masjid masa bulan Ramadan, dikatanya munafik, time puasa je penuh dewan masjid, hujung bulan puasa semua penuh dekat mall. The point is, we don’t have to care so much on them. Depa tak pi masjid, kita ajak. Depa x nak pi, sudahhhh. Bukan lagi urusan kita. Tu urusan dia dengan Allah. Siapalah kita nak buat kerja Tuhan? Sedangkan kita pun pendosa, lagi nak hisab salah-dosa orang lain?
Aku penah berdebat pasal ni, habis dikeluarkan hadis dan surah, semata-mata nak halalkan ‘budaya label melabel’. “Sekiranya maksiat berleluasa dan tiada satu umat yang bangkit berjihad membenteras yang mungkar..maka Allah akan menghantar tenteranya untuk diberi peringatan. Kita kena istiqamah..yang bathil harus diperangi walaupun dengan hati,” gittew kata bapak aku. K… I got the point. Nak perang kemaksiatan, go on aku tak halang pon, the point is tak yah nak jatuh hukum kat orang lain. Tu je.
To the new generation, sudah-sudahlah. Jangan kita didik budaya gini dekat anak-anak kita. Better kita create a better world to a better place for our children.
To admin, tengkiu if confession ni diluluskan…
Yang benar,
– along yang tak ada masa nak fikir dosa orang lain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit