Aku tak faham sangat dengan keyboard worior zaman sekarang ini beb asyik dok sibuk mengecam diri orang lain, tetapi diri sendiri tak sempurna juga. Kalau kehidupan realiti yang sebenar keyboard worior ini entah lagi teruk weh.
Iya lagi teruk apa yang disangka, berselindung di sebalik muka buku.
Keyboard worior ini biasanya aku leh buat kesimpulan semua plastik di media sosial terutama di facebook beb. Iya keyboard worior semuanya jenis plastik berselindung di muka facebook. Tambah-tambah lagi jenis yang suka guna fake akaun di facebook.
Beb guna fake akaun kecam orang?? Rata-rata aq tengok keyboard worior ini selalu dok guna gambar profile di facebook seperti:
-Gambar Babby comel ambik dekat google image.
-Gambar Kucing.
-Gambar pelik2 lagi beb aku pernah jumpa jenis keyboard worior yang guna akaun fake di fb.
Wtf weh fake akaun kecam orang di fb??
Apa motif kecam orang guna fake akaun???
Sekali usha beb profile diaorg ini (A.k.A Keyborad worior), habuk pun takda gambar diaorg yang realiti beb?? Gambar pun tgk takda TENTANG LIFE KAU. Banyak dusta.
Asal tak guna gambar sendiri??
Yang pelik lagi beb,
Share benda pelik2 dkt timeline??
In case yang aku lihat sendiri beb, bila mana ada individu ini ada masalah plus rasa down dan dikongsikan serta diceritakan di media sosial terutama di facebook dihentam teruk weh oleh keyboard worior bukannya beri kata-kata semangat dekat orang itu.
Dah lah orang tue rasa down, bila dikecam lagi bertambah-tambah rasa down. Langsung tak membantu weh.
Apahal keyboard worior?? Ada masalah tut tut ke??
Serius sedih dengan keyboard worior macam itu.
Lagi satu weh, aq nak cerita. Kekadang keyboard worior ini main hentak tanpa baca keseluruhan cerita. Hat spesis dok baca tajuk je, lepaih tue dok komen kecam orang.
Malas nak baca panjang-panjang tak payah dok komen lah weh?? Setakat baca tajuk sahaja lepas tue kecam orang.
Ape kes keyboard worior??
Zaman sekarang ini weh banyak jenis yang tak reti jaga perasaan orang lain di facebook, main lepas je cakap..
Ada sorg tue yang aku jumpa weh, macam ini dia cakap.
Kau sembang lebih, ada yang cemburu dengan life kau.
Share life di facebook, teruk dikecam oleh keyboard worior.
Apahal cakap macam tue?? Lantaq dialah nak share life di fb ke, share masalah di fb ke, lantaq dialah ada kacau hidup kau ker??
Dia ada masalah, kita bantu untuk selesaikan.
Dia rasa down, kita support dia.
Dia share life kejayaan dia, kita minta tips dekat dia untuk jadi manusia yang berjaya seperti dia.
Yang mana kita boleh jadikan panduan hidup kita ambik dan dijadikan ikutan.. Yang mana tak boleh dijadikan panduan hidup, jangan ambik.
Kau boleh pekiaq ke tak??
Jangan pulak jadi,
Bila dia ada masalah, kau kecam dia..
Bila dia rasa down, kau kecam dia. Lagi bertambah down bila kena kecam.
Dia share kejayaan dia, kau kecam dia??
Dia minta pertolongan, kau kecam dia??
Husnuzon weh, jangan kecam orang melulu.
Ingat weh, bila kau kecam orang suatu hari kau akan kena balik dekat batang hidup kau sendiri. Life is circle.
Saat itu baru kau akan tahu macam mana rasa dikecam.
Sure kau akan rasa sakit hati??
Sure kau akan terasa bila diri kau kena kecam??
Sure kau akan fikir “Menyesal aku kecam orang dulu, last-last aku kena juga dikecam. Aku takkan kecam orang dah”.
Ingat weh bila kita sekarang selalu dok kecam orang, esok lusa diri kita pula kena kecam.
Ingat weh, bila kita buat jahat dekat orang esok lusa ada orang yang akan buat jahat dekat atas diri kita..
Ingat weh bila kau kecam orang tp bila sampai jatuh fitnah, susah kau nak minta maaf balik dekat orang tue di Masyar nanti.
Apa yang kita buat dekat orang, suatu hari berbalik pada diri kita sendiri?
Betul orang kata, 1 jari kita tunding dekat orang 4 lagi berbalik pada diri kita sendiri.
Jadi manusia beb, jaga sikit perasaan orang??
Jaga sikit adab kau bila berkomunikasi??
Kita sudah di didik oleh Mak Bapak, Cikgu-cikgu…
Benda asas sudah dipelajari samaada di rumah mahupun di sekolah.
Praktikkan apa yang diberi, jadilah manusia yang beradab dan jaga perasaan dan maruah orang lain.
– Cik (M.A.B.R)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit