Troll Yang Sebenarnya Takdir

Assalamualaikum.. Pertamanya terima kasih kepada admin sekiranya confession aku ni tersiar. Pengenalan ringkas tentang aku, aku kini menetap di utara pantai Timur, bertentangan selatan pantai barat. Barat laut pantai Barat. Silalah cari bobo di mana. Tanpa membuang masa aku terus masuk cerita walaupun aku tahu majoriti korang memang suka buang masa. Haha.

Aku ni dibesarkan dalam keadaan aku rasa hidup aku memang selalu kena troll. Kalau tak org troll, aku yg tertroll diri sendiri. Walaupun aku dah cuba behave haritu. Aku tetap tertunjuk kesengalan aku. Sebab aku ni jenis kalut sikit. So ni antaranya, aku tak boleh confess semua troll. Sebab nanti kalau admin tak siar, aku rasa kena troll lagi.

1. Aku ada kawan baik sejak tadika kenal. Masa sekolah menengah, dia ramai peminat. Aku pulak adalah sorang dua. Itupun kategori lelaki2 bobo (lembut). Ini pun aku dah rasa troll. Haha.. Korang bayanglah, aku bukanlah jenis kakak2 sado. Tapi kalau lelaki minat aku mesti yg jenis bobo. Ok berbalik pada cerita, aku couple dgn lelaki hero malaya dlm sekolah tu.aku terima pun bukan sebab suka, tapi sebab nak elak diri dari lelaki2 lembut Semua kwn kelas jeles dgn aku sebab dpt hero malaya, cuma kwn baik aku je support aku masa tu. Tolong jadi org tengah. Last2, diaorang bercinta senyap2 dan berkahwin. Sebulan sebelum nak kahwin baru jemput aku. Aku rasa kena troll sbb aku tak nampak permainan diaorang. Rupanya 7 tahun diaorang bercinta. Aku punyalah tunggu lelaki tu. Last2 dapat makan gulai kenduri free je. Aku datang tau.

2. Masa universiti, aku serik bercinta. So aku kenal dgn senior je. Itupun senior tu yg mintak aku. Sebab ada lelaki bobo selalu usha aku, aku pun terima jelah senior tu yg beria ajak berkenalan dan bertujuan nak kahwin. Lagipun dah tahun akhir. Pendekkan cerita, last2 kawan rapat aku dkt university ajak aku pergi kenduri dia. Tengok2 kad, hampeh nama senior tu.

3. Aku putus tunang dgn seorang lelaki, sedangkan beberapa bulan je lagi nak kahwin. Sebab kami putus hanya sebab lelaki tu mintak putus lalu aku putuskan dan terus memutuskan utk putus. Haha. Bila aku putus, aku unfriend lelaki tu dekat facebook dan instagram. Sebulan kemudian, aku stalk lelaki tu balik sebab nak tengok troll. Aku tengok 2 org kawan rapat aku yg menangisi perpisahan kami friend dgn aku punya ex dan komen mengomen di FB.

4. Ke-empat ni aku nak cerita jenis lain pulak, sebab troll diats modus operandi lebih kurang sama. Aku pernah sepak bola takraw. Aku pulak main dlm dewan. Aku main jauh dari budak2 pandai yg tgh belajar matematik masa riadhah. Tapi tak sangka bola takraw tu tepat kena kepala budak yg paling top pandai. Walupun kepala dia yg kena, aku rasa aku yg kena troll sebab aku main dah jauh dari mereka.

5. Masa aku buat lesen kereta, biasa cikgu aku bukak tingkap. Jadi masa nak buat pusingan uturn aku kena berhenti dan akan keluarkan kepala, nak tengok tayar dah pusing betul atau tak. (Cikgu aku yg ajar gini). Hari test JPJ, aku keluarkan kepala nak jenguk tayar sebelum nak buat pusingan uturn. Muka aku terhantuk kuat dan melekat dkt cermin weh. Aku lupa tadi jpj suruh naikkan cermin dan bukak aircond. Pegawai Jpj tu pandang aku seram sebab ingat aku berhalusinasi.

6. Kawan aku bagi duit suruh bayar tiket masuk zoo. Dia kata Rm100. Aku terus mindset duit tu Rm100 tanpa toleh pun pada duit tu sebab aku tak suka tengok duit lama2, sebab ada gambar lelaki bukan ajnabi dkt duit kertas, haha. Masa aku hulur duit utk tiket 2 org, cashier tu pandang menyampah dekat aku sambil cakap kau ingat lawak. Aku pun terus pandang duit tu. Duit Kertas Rm1 rupanya. Dompet aku pulak dekat kwan aku tadi dan dia pulak dah pergi parking ambik barang tertinggal.

7. Aku eksited sebab ada kawan aku sanggup teman aku pergi pejabat pos, aku pun nak belanja dia mee rebus. Kawan aku eksited sebab pertama kali aku nak belanja dia sepanjang setahun kenal, muka dia berseri-seri. Masa aku nak bayar rupanya duit aku kering dan aku tak ingat langsung. Lepastu dia terpaksa bayar. Malu sgt.

Cukuplah setakat tu, hakikatnya, bila fikir2 semula troll tu semua satu takdir atau jalan cerita yg ditetapkan walaupun kita rasa sedih, marah, suka, malu, lawak dgn troll kehidupan. Semua orang nak jalan cerita hidup yg sempurna. Tapi takdir tak mampu dikalahkan dgn kehendak kita.

– Kakak Bobo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *