Rezeki di negara orang… Yelah, tak kan negara kucing pulak? Kehkeh. Hai, hari tu ada confession pasal confessor nak bekerja di Singapore tapi abah dia tak bagi. Sorry aku janji nak share tapi macam dah berbulan. Aku busy sikit kerja pastu jalan2, hahaha.
Pasal abah dia bagi ke tak tu, pada aku agak selfish jugak lah abah kau. Sampai hati eh biarkan anak tu ada degree tapi bekerja gaji bawah RM1k. Pada pendapat aku jugak, tak semua orang tua tu berfikiran rasional, nanti bila diorang dah tak ada kau jugak yang kena tanggung hidup kau sendiri.
Nak harapkan suami, jangan kejam atau rendahkan diri, ingat lelaki masih ada tanggungjawab ke atas parents, adik beradik perempuan dia walaupun dia dah berkahwin.
Kadang2 terpaksa melawan, melawan bukannya maksud aku kurang ajar. Mungkin cuba slow talk dengan abah kau, bagi kau cuba merasa kerja Singapore 1 tahun. Lepas 1 tahun tengok hasil dia macam mana.
Hari tu aku komen supaya confessor PM aku, sebab confessor punya background sama – degree, engineering. Kalau engineering memang aku tau selok belok dia macam mana. Tapi ramai yang PM mintak tips dan guide macam mana nak dapat kerja di SG dari pelbagai background.
Gelabah jap sebab aku tak tau perjalanan karier dalam bidang lain macam mana. Sorry tak dapat reply sorang2, dan juga tak approve friend requests. Sebab FB aku untuk orang yang aku kenal je. So sini aku cuba bagi in general, harap2 bermanfaat dan banyak yang dapat peluang bekerja kat sini ok.
Actually bukan untuk SG je, mungkin rezeki kau kat negara lain. Qatar ke, Canada ke kan? Btw untuk pengenalan aku perempuan melayu, umur awal 30an, belum kahwin, anak bongsu yang independent, engineer kat kilang manufacturing di SG, duduk di JB, kerja SG dah 3 tahun lebih.
Siapa tanya kenapa aku tak kahwin lagi nanti aku block haha. Asal Johor jugak tapi daerah lain. Ada yang tanya company tempat aku kerja, sorry tak boleh disclose atas sebab2 keselamatan dan privacy. Eh dah macam bagi profile kat kelab cari jodoh pulak.
Ok camni, in general pekerjaan itu terbahagi kepada 2 bahagian: 1) professional (white-collared professions) and 2) bukan professional (blue-collared). Terms ni boleh google untuk cari contoh.
And btw tau kan SG first language dia english, yang orang SG malays baya aku pun ada je yang tak fasih atau langsung tak tau malay, lagi lah bangsa2 lain. So jangan expect communication style kat sini sama macam kat MY.
Aku tau malays banyak yang insecure dengan english sebab tu tak ramai malays yang kerja sini kot, yang banyak chinese and indians. Rugi wei. Diorang tak harap pun english berapi macam omputih. Asalkan boleh dipahami dan kau jua memahami. So dah boleh terus start improve korang punya english lepas ni.
Dulu aku belajar english dengar lagu, tengok lirik, study mcm mana arrangement, penggunaan perkataan, grammar semua. Lagi satu tengok movie or series denagn subtitle english, lepas tu tengok lagi tapi off subtitle pulak. Lama2 nanti korang biasa dgn english conversation.
Berbalik kepada 2 jenis pekerjaan, buat masa ni aku cerita pasal bidang professionals dulu ok. Sebab untuk bidang tak professional aku masih tengah buat research jap.
Pastu kalau ada enough vote yang berminat nak tau, lain kali aku cerita pasal mcm mana nak survive dan enjoy dengan jayanya sebagai seorang daily traveller merentasi lautan setiap hari, dan juga pengalaman menjadi seorang minoriti menetap selama 2 tahun di seberang.
Okay cukup dgn introduction meleret, ada Part A dan Part B. Part A ialah preparations, Part B pula ialah step by step guide.
Part A, Preparations:
1. Expectation
Ada yang PM aku cakap dia background engineering, aku punya lah list kan steps satu persatu. Last2 dia bagi tau aku apa? Dia ‘taknition’, nak cuba mintak jadi engineer kat SG. Eh abang, unless kau someone in top level management baru ada such thing as upgrade like that.
Senior2 engineers MY yang datang kerja kat SG pun dapat title engineer biasa je bila datang sini. Sebab SG punya career path cerewet sikit, tak senang2 nak up camtu je.
So, offer dapat nanti sama ada kau akan sama position, or downgrade sikit. Tapi tengok jugak lah downgrade yang tolerable lah jangan pulak main accept je sebab nanti career history tak hensem.
2. Pengalaman bekerja
Fresh grads setakat ni memang diorang tak ambik. Rakyat diorang pun banyak fresh grads yang menganggur. Macam bidang engineering at least 5 tahun pengalaman baru diorang akan consider.
So bila dia nak import foreign talents diorg akan amik yang dah established, so dapat bagi sumbangan kepada negara diorang instead diorang pulak nak train kita. Logic ah kan?
Engineering sini diorang memang tersangat2 kekurangan talents, sebab diorang banyak grads in business, so engineers memang banyak import dari luar belaka. Office aku pun dah macam United Nations.
Siapa ada pengalaman dalam engineering, peluang korang agak cerah. Yang fresh grads tu ada exception, jika korang grad universiti SG, ada kuota untuk gomen SG hire korang kerja direct lepas grad kat negara dia.
Jadi memandangkan fresh grads tak dipandang, kerja lah kat MY dulu beberapa tahun berbakti pada negara, kumpul pengalaman.
Buat kerja elok2, networking, berbaik2 sesama colleagues dan cuba tonjolkan diri participate dalam company events, especially denagn orang2 level management. Bukan mengampu/ mengipas, tapi make yourself seen.
At least they know your face and name and your role in the company. Sebab nak kerja mana pun nanti, recommendation tu main peranan bila hiring manager nak buat decision. Ni bukan cerita pakai cable ke apa tau.
Sebab once manager dapat korang punya resume, diorang akan bertanya2 sekeliling kalau kebetulan ada colleagues diorang tu datang dari company yang korang kerja jugak. Macam borak2 merisik, automatic akan tanya budak ni mcm mana, kerja bagus tak, selalu mengular ke, banyak masalah ke, attendance ok ke.
So kalau kau dah keep your record clean and sparkling and make yourself known, bagus kan? Eh sorry lah kalau bahasa aku bercampur malay english. Aku fikir nak taip laju je ni.
3. Savings
Nak berhijrah tempat baru, kena sediakan duit oi. Gaji kau nanti lagi sebulan baru tiba. Dah lah tukaran matawang 3x ganda. So start saving untuk bakal kerja sekarang! Kalau tak dapat kerja pun nanti boleh buat duit kahwin hahah.
Dulu aku simpan RM3k untuk sebulan survive kat sana. Convert baru dapat $1k lebih. Nak deposit dan sewa bilik lagi, makan, telephone, transportation lagi. Kau belum masukkan commitment kat MY lagi kan? Haaa.
Monitor duit dan tanggungan. Jangan sampai menyusahkan mak bapak pulak nak kena bergadai untuk kau. Owh 3 tahun lepas SGD1 = MYR2.70, sekarang SGD1 = MYR3.03. Ngapain tunggu lagi?
Part B, Steps: Part B ni lebih spesifik untuk pekerjaan professionals. Untuk pekerjaan bukan professionals nanti eh next revision.
1. LinkedIn
Macam mana aku dapat job sekarang? Dari LinkedIn! Dulu memang puas hantar resume, drive pergi interview jauh sana sini. Lebih kurang 5 company jugak aku pergi seluruh lembah klang.
Btw aku dah kerja di KL dulu dah 5 tahun aku rasa progress aku dalam company tu slow sebab tu aku cari kerja lain.
Tapi Allah hold rezeki aku masa tu, semua interview tak ada kabar berita gembira, rupanya dia nak buat aku berusaha dan sabar dulu sebabnya dia nak bagi aku kerja lagi best dan baru aku hargai dapat benda yang aku bersungguh usahakan. Bersangka baik dengan aturan dia ok.
Yg tak ada acc LinkedIn, kau pergi register sekarang. LinkedIn ni mcm FB lah tp untuk dunia professional. Upload gambar profile yang smart nampak presentable. Selfie ke duck face le is big no no, dan juga muka flirty/ sexy/ try so hard. Tak payah nak filter sangat. Look real.
People will judge your professionalism based on your profile. Update semua detail pengalaman kerja, jobscope, projects, jangan menipu pengalaman sebab nanti makan diri sendiri.
Make sure terms2 penting yang relevant dgn kerja dimasukkan sbb apa yang korang list kan ni crucial, sbb headhunter akan search gunakan keywords.
Note: Melalui LinkedIn jugak aku baru je dapat new offer kat bandar besar di sebuah negara lain, insyaAllah hujung tahun aku migrate ke tempat baru pulak. Power beb LinkedIn ni.
2. Resume
Siap2 update resume so bila recruiter mintak dah ready. Actually masa update profile kat LinkedIn tu sekaligus dah ada isi untuk resume. Masuk kan yang relevan je, result PMR ke SPM tu tak payah lah oi.
Kalau ada degree/ diploma dah tak oenting yang sebelum2 tu. Make sure korang pdf kan, jangan hantar msword format, sangat tak professional. Tak perlu letak pics kat resume, supaya screening tak based on your looks. Macam The Voice gitu. Benda2 lain yang tak payah letak – race, hobby.
Ingat, bukan nak apply kelab cari jodoh. Yang penting diorang cari ialah experience, sebab tu aku cakap siapa yang baru kerja tu mungkin susah sikit.
3. Networking
Kat atas aku ada cakap sikit pasal networking, itu offline. Online networking pun penting. Yg best nya LinkedIn kau boleh add sesiapa sahaja yang relevan dalam bidang yang kau nak pursue. Lagi ramai connections, lagi tinggi peluang kau untuk di ‘discovered’ oleh recruiters.
Contoh kalau kau dalam bidang perkapalan, dalam setiap bidang tu dia ada otai masing2, dan juga mostly bila orang tukar2 kerja diorang akan jumpa orang2 yang sama balik. Sebab tu kena maintain good relationship dgn semua level. Jangan sebok berscandal haha.
Contoh macam mana aku nak sangka yang aku punya boss sekarang ni, dulu dia ialah supplier/ sub-contractor dekat tempat lama aku kerja. Masa tu aku tak bekerja direct dengan dia, tapi ada lah aku tolong2 sikit untuk dia settlekan job. Sebab dia foreigner kat bumi foreign so obvious bila time dia lost dengan confuse.
So bila aku apply tempat kerja aku sekarang kat SG, Head of Engineering yang review application aku tu dia tanya2 kat orang bawahan ada yang kenal aku tak. And boss aku sekarang ni yang bagi good review pasal aku. See, dunia ni kecik je kan. So jangan gaduh2 kat tempat kerja tu, membawang lah cari pasal lah. Tak ada faedah. Ingat, anda diperhatikan.
4. Networking, part 2.
Dah siap profile kau hensem2, dah boleh start serangan. Kenapa aku cakap kena siap2 kan profile dulu, sebab once kau add orang pastu dia approve kau dia baca profile sekali je lepas tu dia tak tengok2 lagi. Jadi bayangkan kau tapi bila dia view profile kau macam budak PMR yang setup? Turn off kan?
i. Follow company2 besar yang related dgn bidang. Yang ni confirm korang dah tau who is who.
ii. Add staff2 yang bekerja dlm company tersebut. DO NOT, jangan sekali2 kau message staff dlm company tu mintak recommend or tanya ada job tak melainkan obviously diorang tu HR atau recruiter. Kau tau tak berapa ramai kawan2 dia pun mintak recommend tapi tak lepas?
Kawan2 pun belum tentu nak tolong. Kalau yang HR dan recruiter tu nak tanya boleh tapi jangan lah guna bahasa pasar dik. “Kak, kat company akak ade keje kosong tak?” Dah lah tulis mcm send kat kawan2 wicet. Ehhh, siku kang.
iii. Search dan add recruiters2 (company dan staff) yang khusus untuk bidang korang tu. Contoh kau dalam bidang perkapalan, memang ada a few recruiting companies yang job dia memang spesifik cari orang dalam bidang perkapalan sahaja.
Jadi diaorang lebih tau apa yang diorang cari dan apa yang company nak. Diaorang ni memang korang boleh PM dan buat lah karangan sikit pasal background, pastu cakap kau looking for opportunities dalam bidang apa, sebagai apa gitu.
Step ni paling penting sbb step ni lah headhunter discover aku. Lagi bagus kalau kau buat homework sikit tengok jobs apa yang diorang post and bagitau spesifik kau interested dgn job tu. Mostly diorang akan gi kat profile kau, sebab tu aku cakap jangan skip step setup profile tu okay?
5. Usaha, doa dan tawakkal.
In that order. Kalau tak nak berusaha jangan pernah berani bermimpi. Kalau tak berdoa, korang egois. Doa ni boleh juga mintak orang doakan, paling mujarab of course mintak parents doakan. Atau masa bagi kucing makan or masa bagi sedekah? Cakap niat nak have better life.
Bila dah dapat jangan lupa berbakti pada keluarga. Kalau dulu bagi RM100 sebulan, dah dapat kerja best up lah sikit tak kan masih bagi sama. Sedekah ni investment yang korang tak kan terbayangkan return dia tu punya nikmat macam mana.
Last is tawakkal, what is meant for you will always be yours. Trust the process, trust His plan.
All the best! Aku harap ramai bangsa kita dapat peluang kerja overseas. Sebagai balasan sebab dah share experience aku, korang kalau boring2 tu tolong lah doakan aku dapat jodoh yang baik, tau agama, sepadan, sama minat, dan juga kacak. Macih.
– Panda
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit