Hai semua. Sekadar pengkosian yang mungkin akan buka mata pasangan kat luar sana, lagi lagi yang dah bekahwin. Cerita ni bedasarkan pengalaman aku sendiri, which is aku mengharapkan penulisan ni dapat kurangkan rasa tertekan aku.
Aku and suami baru 3 tahun kawen, dikurniakan seorang anak perempuan. Dari tunang, aku yang banyak bekorban, aku yang banyak berusaha, aku yang banyak uruskan segala benda dari segi pesediaan kawen, duit hantaran, barang hantaran, rumah sewa, barang rumah, kereta. Senang cerita semua and aku mengaku, aku takkan dapat semua ni kalau takde bantuan dari mak ayah aku. Malu? Entahlahh, agaknya 10 Kali Ganda tebal dari tembok.
Okay ogos tahun lepas, kami selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah, semua bejalan lancar dan bermula lah episod rumahtangga yang kian mencabar.
Utk pengetahuan semua, suami aku takpandai drive and takde lesen. And aku yang akan drive kalau nak ke mana2. Alhamdulillah, sebulan kawen aku mengandung. Happy, both of us was happy. Everytime checkup, everytime nak beli barang dapur, everytime nak balik kg, aku yang akan bawak kete sendiri, alone dalam keadaan loya. Aku mmg alami alahan yang teruk utk first trimester tu. Bayangkan, rasa nak menangis, bila semua benda aku kena uruskan. Lastly, aku amik keputusan utk balik kg sampai usia kandungan 4 bulan, which is waktu tu loya segala alahan dah hilang, hehe.
So, aku pun pulanglah aku ke pangkuan suami, hehe. Then berulang lagi lah episod yang bagi aku, kenapa aku yg kena uruskan semua ni sedangkan aku ada suami. Dia mmg rajin kerja, setia, penyabar. Tu mmg aku puji gila tapi aku taktau kenapa dia takpenah sebut kesian aku kena uruskan semua, takpenah sebut nak buat lesen or beljar bawak kete. Smpai aku sarat nak bersalin pun aku yang kehulur kehilir seorang diri uruskan semua benda. Pernah, aku menangis, aku jeles kenapa aku tengok isteri lain suami boleh bantu, sedangkan aku? Tapi aku sentiasa besangka baik dengan ketentuanNya and tahu aku mampu buat semua ni seorang diri.
Apa yang aku perhati suami aku ni jenis lebihkan kawan dari keluarga. Sehari kalau tak keluar melepak, mmg taksah. Aku takpernah halang dia melepak, takpenah halang dia nak buat apa. Mungkin sebab ni dia anggap aku tak kisah. Cuma aku terkilan, kenapa kalau aku ajak luangkan masa sama2 mcm becuti ke, mesti dia mengeluh taknak pergi. Kalau kawan yang ajak, laju je. Entahlah, aku banyak makan hati, kadang aku nangis dalam diam, aku banyak memendam.
Dari mengandung, sampai dah bersalin, aku uruskan diri aku, anak aku sendiri. Mungkin bagi sesetengah org anggap benda ni benda tak perlu dibesarkan pun kan? Tapi tanyalah setiap isteri kat muka bumi ni, sapa je kuat kalau macamni? Aku selalu kena perli, kena sound dengan org sekeliling, kenapa aku yang uruskan semua, mana2 mesti sorg diri tanpa suami. Lagi lagi kalau balik kg, ayah aku mesti akan cakap dia sedih tengok anak perempuan dia macamni. Ada suami tapi suami tak amik kisah. Skrg, anak peneman aku, anak kekuatan aku, mana2 aku pergi aku akan bawak anak aku naik car seat baby sebab aku tahu kalau aku lembik, hidup aku takkan sekuat setenang skrg ni. Dia? Takpernah pun sebut dia kesian tengok aku macamni. Dengan anak kecil nya, dengan nak uruskan rumahtangga nya, segalanya lah sendiri. Jauh sudut hati ni, aku sedih, aku kecewa kenapa suami aku takpernah amik berat pasal semua ni.
Setiap kali birthday dia, anniversary kami, or even bila ada rezeki lebih aku mesti akan beli barang utk dia. Demi Allah, aku takpernah merungut bab ni, aku ikhlas tapi aku sedih. Aku tak pernah dapat apa2. Aku tahu, semua tu tak penting but at least benda ni boleh menunjukkan dia hargai aku. Sapa tak sedih, betul tak? Aku perempuan, aku isteri, alangkah indahnya kalau aku dpt. Kadang2 aku tedetik sendiri, beruntungnya isteri lain, aku tengok mcm2 suami dia belikan. Alhamdulillah, tu rezeki kalian, mungkin rezeki aku bahagian lain pulak. Aku besangka baik, aku patut bersyukur suami aku setia dengan aku, suami aku sabar layan kerenah aku, suami aku seorang suami and ayah yang penyayang, suami aku seorang yang rajin bekerja.
Cuma, Aku sedih kenapa dia takpernah nak tunaikan tanggungjawab dia yang lain. Dalam pantang, suami aku mmg akan balik tiap minggu tapi dengan bantuan kawan, bukan atas usaha sendiri. Pernah, anak aku sakit, and warded seminggu. Dia dah gelabah nak pergi hospital camana sedangkan dia takde lesen, takboleh drive pulak tu. Terpaksa mintak bantuan kawan dia hantarkan, everyday. Aku waktu tu mengharapkan dengan kejadian emergency macamtu, dia akan tebukak hati utk buat lesen segera tapi aku silap. Masih sama mcm dulu. Sedihnya, kenapa ya Allah.
Aku pernah luah kat dia pasal semua ni tapi at last Akan jadi bahan gaduh je. So aku amik keputusan utk diam diam diri and teruskan macam biasa. Kdg2 aku rasa mcm ibu tunggal, semua benda buat tanpa bantuan suami. Allah, smpai macamtu sekali aku rasa. Aku mengaku, dia mmg tak berkira kalau bab kewangan tapi aku tak mintak semua ni, cukup sekadar yang ada je. Aku cuma nak dia tunaikan tanggungjawab dia yang selebihnya. Pernah aku terfikir, kalau aku dah takde nanti, sapa nak uruskan anak aku. Kalau aku sakit nanti, sapa Yang nak uruskan semua ni. Aku paham, benda ni tak sebesar masalah rumahtangga yang lain, tapi kan bagus kalau masing masing saling membantu, sama sama saling menghargai. Bukan Aku takpernah usaha nak betulkan keadaan , tapi sia sia, cuma menimbulkan pegaduhan je.
Bukan nak cerita buruk suami tapi aku cuma mengharapkan suami kat luar sana lebih menghargai isteri lagi lagi isteri yang berdikari. Tak semua suami macamni aku tahu, ada jugak yang bagus. Alhamdulillah keep it up. Doakan aku, semoga aku terus kuat, semoga suami aku terbukak hati utk lebih amik berat.
Salah ke kalau aku merungut untuk semua ni?
– A wife and a mommy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit