Assalamualaikum. Terima kasih sudi publish luahan hati yang tak seberapa ini. Saya baru berkahwin dan belum masuk setahun lagi. Saya dan Mr F memang dah lama berkawan sejak dari sekolah menengah dan macam – macam halangan yang kami tempuh sebelum nak berkawin.
Cerita nya macam ni. Sejak saya berkawin dengan Mr F, kami duduk di rumah sewa sebab Mr F nak lebih privacy dan bebas buat apa yang dia nak sebab dia business online. Jadi dia akan buat kerja ikut masa yang dia suka dan alhamdulillah kami hidup dengan bahagia. Makan minum tempat tinggal semua cukup walaupun kadang – kadang duit tinggal nyawa – nyawa ikan je .
Mr F ada bela seekor kucing yang sangat bijak. Ini kucing pertama yang dia bela sepanjang hidup dia. Macam mana dia boleh bela kucing tu? Cerita nya macam ni.
Satu hari masa ni sebelum kami berkahwin lagi, kucing (Putih bukan nama sebenar) ni datang ke rumah yang Mr F tinggal seorang. Putih dengan selamba masuk tanpa rasa takut dan buat macam rumah sendiri. Putih panjat, main tikar, tidur, garu badan dengan selamba depan Mr F dalam rumah tu. Mr F tak marah sebab memang family dia ada yang bela kucing. Kalau family saya, memang dah kena halau keluar sebab ada yang alahan dengan kucing.
Masa ni Mr F tak rasa apa – apa lagi. Dia terus kan buat kerja macam biasa dan Putih buat rumah tu macam rumah sendiri. Putih tak mintak makanan pun masa tu. Cuma dia berlindung dalam rumah yang Mr F tinggal tu. Mr F memang rasa sunyi sebab dia tinggal sorang dan hanya laptop peneman dia di rumah tu. Mr F cuba bermain dengan Putih, tidur dengan Putih, dan Mr F rasa sangat selesa dengan Putih. Mr F bagi Putih makan, ajar Putih nak kencing n berak dekat mana, borak – borak dengan Putih. Putih sangat pandai dan dengar cakap Mr F. Apa yang Mr F ajar, dia akan ikut especially kencing n berak kat mana.
Mr F rasa sangat selesa dengan Putih. Excited dia cerita tentang Putih dekat saya masa tu.
Saya happy sebab ada yang meneman Mr F sebab kami long distance relationship.
Nak jumpa sebulan sekali pun susah.
Sebelum kawin, Mr F ada bagi tahu saya yang kami akan bela n jaga Putih sama – sama macam anak sendiri. Mulanya saya merungut. Yela. Sebab family saya tak bela kucing. Saya pernah cakap dekat Mr F, kalau kita kawin, Putih tu bagi pada family dia sebab family dia memang bela kucing. Tapi Mr F tetap nak bela jugak.
I is redha.
Tiba masa nya kami kawin dan saya jejak masuk ke rumah yang Mr F dan Putih tinggal. Masa tu saya rasa takut – takut lagi dengan Putih sebab muka Putih garang sikit.
Tapi saya kagum dengan Mr F sebab selalu yang bela kucing, akan ada bau kucing kat rumah tu. Tapi rumah Mr F, tak ada bau kucing langsung.
Saya mula belajar rapat dengan Putih. Manja dengan Putih walaupun kadang – kadang marah Putih sebab dia selalu berkepit dengan Mr F.
Hari demi hari. Saya da mula sayang Putih. Putih pandai ambil hati saya. Dia teman saya masak dekat dapur. Teman saya buat kek malam – malam sebab Mr F sibuk dengan business online nya.
Lipat baju pun kadang – kadang Putih teman. Rasa macam ada anak sendiri plak.
Sayang pada Putih makin bertambah. Sampai kan satu hari tu, Mr F marah Putih sebab kencing dalam bakul baju kotor kami. Putih kencing sebab dia tak jumpa jalan keluar masa tu. Teruk dia kena marah sampaikan saya yang menangis.
Satu hari, saya terpaksa duduk asing dengan Mr F sebab ada urusan keluarga. Mr F duduk dirumah kami bersama Putih dan saya duduk dirumah keluarga saya. Masa tu Putih sangat manja dengan Mr F. Hari – hari Mr F hantar gambar dia dengan Putih. Jeles plak kita.
Putih makin aktif bermain. Mr F ajar dia main kejar – kejar, nyorok – nyorok. Lega saya bila Mr F kata dia tak sunyi walaupun kami berjauhan sebab ada Putih. Terima kasih Putih.
Hampir sebulan jugak kami berjauhan. Saya da mula rindu Putih sampai kan kalau kat tempat shopping, saya cari barang Putih dulu. Mangkuk makanan Putih, karpet untuk Putih tidur dan survey harga makanan kegemaraan Putih. Rasa seronok bila dapat belikan barang – barang untuk Putih dan tak sabar nak balik jumpa Putih.
Akhirnya saya pulang dan Putih sambut kat depan Pintu. Dia ikut je mana kami kulu kilir angkut barang dari kereta. Saya terus keluarkan barang – barang Putih. Terus bagi Putih makan kat atas bekas makanan Putih yang saya baru beli tu. Seronok Putih makan sampai licin. Tak tinggal sisa langsung macam selalu.
Tiba – tiba satu malam tu Putih baring atas kami punya katil. Lena dia tidur. Saya mintak Mr F alihkan sebab takut terhempap Putih nanti.
Mr F alihkan Putih kat tempat tidur Putih tapi Putih tetap nak tidur bersama kami.
Masa tu marah jugak la. Haha. Tapi tak pelah. Sayang punya pasal. Sampai ke subuh dia tetap tidur bersama kami. Putih sandarkan badan dia pada Mr F. Kesejukkan agaknya. Bila kami bangun subuh, dia ikut kami bangun. Subuh tu Putih mintak makanan tapi Mr F tak bagi sebab awal sangat. Lepas subuh, kami rehat2 sambil tengok hp. Masa ni tak nampak Putih kemana. Kami agak Putih keluar buat hal sendiri. Ini memang habit dia. Putih akan keluar bermain dengan burung, tupai, rama – rama. (kami duduk rumah kampung).
Kami dengar bunyi motor di halaman rumah. Siapa plak yang datang pagi – pagi ni. Ketuk pintu beriye macam nak roboh pun ada. Oh jiran depan rupanya.
“Ada kucing kena langgar kat jalan besar tu. Aku rasa macam kucing kau”
Masa ni Mr F tak percaya sebab Putih tak pernah main sampai ke jalan besar. Putih cuma main di halaman rumah kami sahaja. Mr F tenang lagi masa ni sebab yakin yang bukan Putih. Dengan tenang Mr F pergi tengok kucing yang kena langgar tu.
Masa tu Mr F da rasa lain sebab nampak dari jauh macam badan Putih. Bila datang dekat kucing tu, rupanya betul Putih.
Mr F cepat – cepat angkat dan dukung Putih. Masa ni Putih menggeletar mungkin baru kena langgar. Bahagian mulut Putih berdarah. Mr F tunjuk kat saya sambil menangis. “Sayang, Putih kena langgar “.
Masa ni kami berlinangan air mata. Putih masih hidup masa ni tapi sangat lemah. Tiba – tiba hidung Putih berbuih keluar darah dan kami anggap dia masih kuat lagi. Bergegas kami ke veterinar walaupun jauh dekat 40 minit.
Kami usaha kan jgk demi Putih. Masa ni saya yang drive. Mr F dukung Putih sambil bagi semangat dekat Putih.
“Putih tahan sikit ae. Kenapa la Putih main dekat jalan. Putih cari makan ke. Tunggu la kejap. Kenapa tak tunggu Along (bukan panggilan sebenar) bagi makan”.
Ayat ni yang Mr F ulang banyak kali sehingga kami sampai di veterinar.
Sampai je di veterinar, kami bergegas turun. Mr F suruh doktor cek Putih bernyawa lagi atau tak. Ternyata Allah lebih sayang kan Putih.
“Sayang, Putih dah tak de”.
Sehingga hari ni, kami masih bersedih sebab masih teringat kan Putih. Mr F cakap yang Putih tu memang betul – betul Allah bagi pinjam sebab Mr F betul – betul sunyi sebelum kami kawin. Kini, saya ada disamping Mr F dan Allah ambil Putih semula.
Terima kasih Putih untuk segalanya. Kami akan ingat Putih sampai bila – bila.
Saya akan sentiasa berada disisi Mr F sampai akhir hayat saya.
Harap kami mati pun bersama sebab Mr F cakap Putih takde pun dia nangis beriye apatah lagi kalau saya yang takde. Sekian. Maaf kalau panjang.
– Manusia Bertuah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit