Asalamualaikum. Pengalaman pertama menulis. Kisah hidup dan ujian hidup yang tak pernah aku lupakan. Aku dikenali dengan nama Hana, berumur 27 tahun berasal dari perak. Alhamdulillah, sudah berumahtangga selama 8 bulan. Kisah yang aku ingin ceritakan adalah tentang kehidupan aku sendiri, kisah silam yang mendatangkan kesan di kemudian hari.
Sebelum bergelar seorang isteri, aku mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki yang boleh aku gelarkan sebagai si A. A hadir hanya sebagai seorang sahabat pada aku. Dalam diam dia mempunyai perasaan terhadap aku, saban hari kami menjadi rapat. Aku masih belum mengenal siapa keluarga si A dan si A juga begitu. Dalam berkawan, usia perkenalan kami sudah mencecah 3 tahun. Pada tahun ke 3 aku sudah mula jatuh hati pada si A kerana sikap ambil berat nya dan dia sangat cintakan aku.
Sikit sebanyak aku tahu mengenai keluarga nya, si A juga begitu. Masuk tahun ke 4 aku lihat si A banyak berubah. Dari seorang yang mengambil berat jadi seorang yang baran, yang sentiasa dia saja nak betul. Si A sudah mula tunjuk sikap yang sebenar. Dia sudah pandai meminta-minta duit pada aku kerana dia malas berkerja. Perbelanjaan hariannya, perbelanjaan bila keluar bersama semua hanya duit dari aku.
Jika tidak beri dia sudah pandai memaksa. Dengan keluarganya juga, dia ada masalah, berhutang sana sini. Terlampau banyak peluang aku beri tapi jawapan tetap sama bagi masa untuk berubah. Keluarga nya bukan jenis keluarga yang berpegang teguh pada agama. Saban hari akan ada perkataan maki dan hina jika berlaku pergaduhan antara mereka termasuklah emak si A dan untuk pengetahuan, emak si A pernah maki dan hina aku ketika aku masih bercinta dengan anaknya. Selang berapa hari, emak nya meminta maaf kerana terlalu ikut perasaan. Dan perkara itu berulang-ulang sampai aku sudah jemu. Melihat sikap si A dan sikap keluarga nya begitu membuatkan hati aku sudah tawar.
Seorang anak lelaki tetapi malas , bangun nya tengahari dan meminta-minta duit dari perempuan. Aku memikirkan nasib aku jika aku kawen dengan si A. Bagaimana makan pakai aku dan anak-anak satu hari nanti. Setiap hari aku doakan supaya Allah berikan jodoh yang terbaik untuk aku. Dalam masa yang sama si A bukan lelaki pilihan keluarga aku terutamanya emak aku. Setiap hari dia doakan aku dapat jodoh yang terbaik kerana pada mata nya si A seorang yang panas baran.
Alhamdulillah, makin hari makin Allah jauhkan aku dengan si A. Mungkin tu la jawapan dari doa-doa aku. Sampai satu tahap aku beranikan diri untuk memutuskan hubungan dan saat tu si A merayu untuk merubah hingga keluarga nya datang seakan-akan menyerang rumahku tanpa memberi Salam. Saat tu lagi menguatkan keputusan aku untuk tinggalkan dia kerana melihat keluarga nya bagai tidak boleh menerima takdir dan menyalah aku 100% tanpa melihat salah anak nya sendiri.
Selepas beberapa bulan aku memutuskan hubungan dan si A masih dengan rayuan nya ada rakan pejabat aku mengenenkan rakannya kepada aku. Pada mulanya aku berat, aku takot untuk bercinta tetapi, tapi selepas aku berdoa hati aku makin tenang untuk berkenalan dengannya. Dia adalah suami aku, kami hanya berkenalan selama 6 bulan dan alhamdulillah, Allah sangat memudahkan perjalanan hubungan kami. Dia adalah dikalangan rakan-rakan aku dan anak kepada rakan emak aku.
Dia direkomenkan setiap orang kepada ku dengan sikap baik nya. Dia adalah lelaki pertama pilihan emak aku. Perkenalan yang singkat membawa kami ke ikatan perkahwinan. Kami sangat bahagia . Tetapi belum cukup sebulan kami berkahwin, kami di uji dengan suami ku tidak boleh tidur malam, bermula jam 12 malam hingga 5 pagi .
Pada mulanya kami anggap itu perkara biasa tetapi makin lama makin teruk, kami kerap bergaduh kerana perkara kecil, suami ku kerap ditindih apa bila tidur, suami ku melihat muka ku seolah-olah mayat dan paling teruk, nafsu untuk bersama langsung tidak ada. Melihat perkara itu, kami perasan ada yang tidak kena. Kami mencari perubatan islam untuk mengenalpasti punca penyakit kami. Akhirnya jawapan yang kami terima kami terkena SIHIR PEMISAH.
Pada mulanya kami tidak mengeshaki sesiapa. Kerana mungkin ada yang dengki dan iri hati dengan perkahwinan kami kerana perkenalan kami sangat singkat. Perkara ini berlarutan hingga dua bulan perkahwinan. Sampai satu tahap suami ku demam panas kerana tak cukup tidur, berak berdarah. Hati kami jadi berbolak balik dan hanya ada perkataan cerai dalam hati aku. Alhamdulillah setelah usaha berubat selama dua bulan kami sihat. Selang dua bulan SIHIR PEMISAH datang lagi kali ini lagi teruk.
Aku hanya mampu menangis seolah-olah hubungan kami sudah sampai ke hujung. Bayangkan belum cukup setahun tapi sudah nak cerai tanpa ada alasan yang kukuh. Kami berubat dan cuba mengorek tentang siapa yang buat SIHIR ini kepada kami. Sangat-sangat mengejut kan kerana , orang yang melakukan kerja terkutuk ini adalah emak Si A. Pada mulanya aku tak percaya tetapi hingga 4 5 orang yang bercakap benda yang sama baru aku percaya. Motif utama emak si A adalah untuk bagi aku bercerai. Mungkin balas demdam sebab putuskan hubungan dengan anak nya.
Paling aku kesian pada suami aku. Sebab dia yang menanggung sakit. Hingga kini kami masih terkena SIHIR PEMISAH. Hanya orang yang merasai saja yang tau bagaimana seksa nya sakit ni. Kami duduk sebilik tapi jarang-jarang bersembang, nafsu kami sudah terkunci, hati kami berbolak balik. Tiap solat berdoa moga Allah sembuhkan penyakit kami. Beribu-ribu duit habis untuk berubat. Baiknya hanya dua bulan pastu datang balik. Bila sihat bahagia nya Tuhan sahaja yang tahu. Bila sakit , pandang muka pon rasa benci.
Tapi suami ku adalah suami terbaik. Sanggup menangung sakit, sanggup tidak berpisah tempat tidur, sanggup mempertahankan hubungan ini. Moral yang aku nak ceritakan, sebelum bercinta dan berkawan rapat dengan seseorang, kenal lah siapa keluarganya, asal usul nya. Pilihlah yang berpegang pada agama kerana orang yang berpegang pada agama adalah orang yang boleh terima takdir Allah. Bila keluarga tidak berpegang pada Agama, hati pon jadi hitam hingga sanggup menduakan Allah untuk meruntuhkan masjid orang lain. Ingat lah! Sebelum bercinta dan berkawan rapat dengan seseorang kenali lah sedalam-dalamnya keluarga dan asal usul nya.
Aku mohon berikan aku pendapat, idea, cara, dan tempat-tempat berubat sekitar perak untuk aku pergi berubat. Selagi diberikan kekuatan akan aku pertahankan rumahtangga ku. Tak selamanya aku biarkan syaitan itu menang. Doakan rumahtangga aku dan suami ku sembuh dari SIHIR PEMISAH dan doakan kami jodoh berkekalan hingga ke syurga.
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit