Hi readers, moga tulisan aku admin dapat approve. Sebelom aku taip confession ni aku dah banyak kali fikir sampai sakit kepala otak aku, betul ke apa yg aku buat ni sbb aku takut terbuka aib dekat sini, tapi wallahi tu bukan purpose aku, aku cuma sesak dada sangat dengan apa yg jadi & harap dapat baca komen positif dari korang. Nama aku Nana pertengahan 20an, aku lepasan ijazah universiti tempatan awal tahun ni, habis degree aku berpeluang join kerja dgn ahli politik tempat aku & disebabkan result PRU kerajaan BN guling so aku pun jobless sementara.
Cerita aku bermula disini, before raya aku berkenalan dengan seorang lelaki tanpa sengaja and lets call him as Yim. First, aku ni mmg jenis seorang yg sangat malu dgn lelaki and aku taktau kenapa tapi aku menggigil kalau kena face to face comunicate dgn lelaki yg aku tak kenal, cut the long stories short ,akhirnya aku fall dgn si Yim sbb the way dia approach aku mmg ciri2 yg aku suka, aku suka lelaki yg sayangkan haiwan especially kucing sbb aku rasa depa ni jenis yg ‘hati lembut’ & yes Yim sangat2 obsess dgn kucing.
So kami pun menjalinkan hubungan seperti couple biasa, memandangkan kami tinggal dalam satu kejiranan and aku yg sentiasa free sebab tak bekerja tetap ini menjadi satu asbab kami kerap berjumpa, kami selalu jumpa after maghrib keluar makan & pusing bandar sahaja, itu rutin kami almost 3 months and boleh di katakan setiap hari atau selang 2,3 hari mesti kami berjumpa. Everytime dia always keep in touch dengan aku.
Dua tiga kali pertemuan si Yim ni dia normal sahaja mcm org lain walaupun aku yg rasa awkward setengah mati, dia suka bercerita tentang life dia and memandangkan aku ni jenis pendiam so aku menjadi pendengar yang setia kepada dia, lama kelamaan aku curious sbb si Yim ni banyak tahu tentang perihal perempuan yg kadang aku sendiri pun tak pernah tahu contoh certain2 ubat untuk perempuan dia siap boleh mention brand ubat tu so aku malas nak fikir aku husnuzon sahaja maybe dia mmg jenis alert memandangkan dia pernah cakap yang dia mmg ramai adik beradik perempuan.
Bila dah kerap berjumpa si Yim dah berani mintak pegang tangan aku, mula2 aku mengelak tapi lama2 aku redha sbb aku rasa secured je bila dengan dia and aku rasa benda tu normal je & aku time ni mungkin dah makan hasutan syaiton nirojjim, end up dia dah tak segan silu peluk kiss and etc. Tapi syukur kepada Allah aku tak penah sampai serahkan kesucianku kepadanya even ada je kadang2 hint yang dia bagi yg aku buat2 tak faham. Tapi masa tu aku betul2 faham dia memang senang sangat horny, dan memandangkan aku tak ramai kawan lelaki aku anggap benda ni normal la kot and Yim pulak dia tak pernah paksa aku. Btw lupa nak mention si Yim sama umur dengan aku.
Bila dah lama2 keluar aku sedar yang aku makin hanyut aku dah tak jaga ikhtilat aku dengan Yim, benda yang buat aku tersedar masa aku menonton wayang dengan family aku cerita munafik 2, dalam panggung aku menangis gila sebab kenangkan dosa aku dengan Yim and aku langsung tak jaga aurat dengan dia semua tu. Itu semua salah aku. Lama lepas tu aku perasan Yim mcm lain dengan aku, dia jarang whatsapp and call aku tapi kitorang still jumpa keluar makan macam biasa.
One day aku desak2 Yim why berubah dia still taknak cakap tapi masa ni aku syak dia dah ada perempuan lain, aku cakap dengan dia kalau ada yang lain terus terang je aku tak kisah aku boleh pergi janji jangan tipu aku, dia still takcakap apa, lepas kejadian tu dia terus tak contact aku langsung and sampai one day kitorang keluar malam birthday aku dia cakap dia dah tak ada hati dekat aku and nak kawan biasa ja,aku nangis sampai dia hantar aku balik.Aku cakap dekat dia hebat hadiah birthday yang dia bagi dekat aku.Dia minta aku percaya pada takdir & jodoh.
Dua tiga hari aku cari kekuatan, aku still tak puas hati sebab aku rasa ada benda yang dia sembunyi dengan aku so aku desak nak jumpa dia, kebetulan aku ada jumpa 3 potong ayat mcm zikir dari Ustaz Kazim Elias untuk dibacakan apabila kita berhajat sesuatu maafkan aku jika ejaan salah:
Lailahaillah Al-lazi Mul’halim,
Lailahaillah Rabul Arsyil Azim,
Lailahaillah Rabus Sama Wath, Warabbul Ar,
Warabbul Arsyil Karim,
Aku baca ni sambil menangis and niat dalam hati aku nak tahu apa yang jadi, At last dia confess dekat aku sambil nangis2 yang dia sebenarnya dah ada sorang anak dan isteri tapi dorang tiggal berjauhan faktor kerja dia n umur Yim yang sebenar tua 3 tahun dari aku so dia tipu aku selama ni, aku tanya kenapa dia cari aku selama ni 24/h dia cakap dia stress isteri dia tak boleh layan dia after miscarriage , dan sekarang dia dah bahagia dengan isteri anak dia ,Allahu aku rasa terhina sangat masa ni aku meraung depan dia. Aku ni cuma tempat lepas bosan dia sahaja, dalam masa yang sama aku rasa bersalah keluar dengan suami org selama ni apa yang aku dah buat Allahuakhbar moga tuhan ampun dosaku.
Kalau korang tanya kenapa aku down sangat? Sebab aku memang berharap dengan dia since family aku semua dah kenal dengan dengan Yim. Aku cuba redha apa yang jadi aku cuba paksa diri aku bangun tahajjud buat solat hajat setiap hari minta kekuatan untuk redha apa yang jadi, sampai sekarang setiap pagi aku akan sesak dada yang sangat2 jantung aku berdegup kencang sambil flashback balik dosa aku dengan Yim . Aku percaya tuhan tengah jentik hatiku dengan ujian untuk tegur aku dengan dosa yang dah aku buat. Aku cari kekuatan dengan banyakkan istighfar sambil menangis dan menggigil setiap kali aku sesak dada.
Berat badan aku drop teruk dan aku tiada selera langsung untuk makan sampaikan aku kena heartburn and aku ambil keputusan untuk puasa sahaja dalam tempoh ni, aku ada terdetik untuk pergi berubat untuk keluar dari masaalah ni, tapi aku takut sebab aku selalu baca kalimah Hasbunallah Wani’mal Wakil Ni’mal Maula Wani’man Nasir. Aku takut aku jadi tak yakin dengan pertolongan Allah, Biarlah aku berdoa merayu sendiri dengan Allah SWT. Wallahi apa yang jadi sangat effect diri aku sekarang ni. Setiap kali aku dengar lagu Bahagia by Eza Edmond aku rasa lagu ni betul2 voice out hati aku .
Kepada Yim, hina sangat kah saya ni di mata kamu? hanya untuk di jadikan cinta nafsu temporary awak, dan tidak terdetik sedikit kah rasa bersalah awak kepada anak dan isteri awak waktu awak hanyut dengan saya. Tapi sampai saat ni saya langsung tak bencikan awak tapi saya mohon doakan saya untuk betul – betul redha apa yang jadi, saya harap apa yang jadi akan buat awak lebih menghargai isteri anak awak sebab saya boleh rasa air mata awak air mata kekesalan.
Saya doakan baik baik untuk awak. Doakan juga plan mengerjakan umrah saya berjalan dengan lancar, saya betul2 ingin ke rumah allah mencari ketenangan. Untuk saya cukup lah Allahumma ajirni fi musibati wakh lufli khairan minha (Oh Allah, reward me in my claminity and grant me better than it).
Sekian…
– NANA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit