Ahh Rindunya!

Sejujurnya aku rindu kat dia. Aku rindu semua tentang diri dia. Saat ini pon masih bergenang air mata ingatkan dia. Aku nak luahkan di sini memandangkan hanya aku yang tahu apa aku luahkan.

Sakinah, asal nya dia tiada nama cuma ku panggilnya dengan bunyinya saja. Dia sangat aktif dan aku suka akan tingkah lakunya walau pun kadang-kadang agresif. Dia gemar bermain tak kira masa tempat dan keadaan sekeliling. Itu yang membuat aku semakin tertarik dengannya.

Aku ada kenal beberapa sepertinya dan ku melayan mereka seadil yang mungkin. Namun makin lama ku tertarik dan mula menyukainya. Ku cuba mendekatinya. Cubaan pertama ku lakukan adalah mengajak dia ke bilik. Nampaknya dia selesa dan dapat menyesuaikan diri.

Sebelum ini ada juga ku ajak yang lain namun tidak sepertinya. Aku lebih suka bermain dengan dia di dalam bilik, lebih privasi. Dia begitu manja dengan aku. Sampaikan ke mana ada aku di situ ada dia.Kami seakan serasi bersama. Peneman duka dan lara.

Pernah satu hari aku pergi ke kedai dan terlihat sesuatu yang menarik diriku untuk membelinya. Aku pulang ke rumah dan seperti biasa dia menunggu ku di luar. Aku tersentuh dan rasa tak sabar mahu menunjuk sesuatu kepada dia. Dia suka dan hanya dia je yang tahu menghargainya.

Seingat aku, kami tidur makan sama walau makanan lain-lain, kalau masa solat suka datang gesel-gesel. Masa tengok tv suka mendekat. Masa lipat baju acah-acah gaduh dengan yang lain di depan aku, konon tunjuk aksi. Tak pun bila bosan duduk atas baju yang aku sudah lipat seolah-olah jadi peneman.

Kadang masa aku syok main telefon dia duduk menyempit padahal kerusi itu muat-muat untuk seorang duduk, tak pun nanti dia panjat duduk di riba. Manja nya dia. Bahagian yang paling aku rindu bila main sorok-sorok. Dia pandai cari dan sembunyi. Dan dia tak sama dengan yang lain bila aku main dengan mereka.

Dan sedihnya bila dia tiada bukan mati tapi sudah dibuang akibat perbuatan yang lain. Tak semena- mena dia terlibat dalam pembuangan tersebut. Aku terkejut dan rasa hari itu adalah hari yang menyedihkan. Tak sangka itu adalah hari terakhir aku berjumpa dengan dia. Perasaan aku bercampur baur marah sedih geram menjadi satu. Pertama kalinya aku menangis tak henti-henti.

Aku cuba mencari namun tak berhasil. Aku cuba melupakan dia. Buat seperti tiada apa yang berlaku. Ia bertahan tidak lama dan hari ini aku luahkan kesedihan ku melalui tulisan ini. Aku tak tahu adakah perasaan ini normal atau tidak. Tapi aku sedih dan terlalu rindu kan dia.

Agak-agak dia rindu tak kat aku? Ahhh, rindunya kat sakinah! Aku pun tak tahu kenapa aku bagi nama itu mungkin sebab makna nya baik. Moga dia baik-baik saja.

Aku yang merinduimu.

– Jay

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *