Asslamualaikum. Perempuan yang belum berkahwin atau bakal berkahwin, anda wajib baca ni.
Before kahwin, anda wajib demand dan letak syarat dari suami / bakal suami supaya beri nafkah bulanan kepada anda sebanyak minimum 1/4 dari jumlah gaji mereka kepada anda selepas kahwin. Jika belum kahwin suami dah bising dan tak setuju, so anda layak angkat kaki. Cari lelaki lain. Sebelum anda menderita tidak dibayar nafkah selepas kahwin dan mengadu di page krt, lebih baik anda berambus dari relationship yang tidak ada masa depan.
Anda berhak memilih ya girls. Jangan tangkap muat je mana-mana lelaki. Mentang-mentang la kau forever alone, muka pun tak berapa lawa, lepas tu bila ada lelaki ngorat sikit terus dah cair dan setuju jadi isteri dia. Research la sikit ekonomi bakal pasangan kau. Jangan REDHA je dan ASAL BOLEH je.
Girls. Sebelum kahwin, tolong sangat check kriteria ni pada lelaki yang anda bakal nikahi tersebut :
1) Gaji dia. Bukan nak galakkan korang jadi materialistik, but in this life we need to. Nak survive kena ada duit ye gais. Berapa banyak kes cerai kerana masalah kewangan suami selepas kahwin? Sebelum kahwin memang la terima kekurangan suami bab kewangan. Memang la sanggup susah senang bersama. But you never know the real hardship lepas kahwin camne. Lagi lagi after dah dapat ramai anak. Masetu baru kau tahu langit tu tinggi ke cerah. Masa ni rupa paras suami kau dah tak penting, ayat cair menggoda dia dah bukan prioriti, yang penting poket dia tebal dan hidup kau terjamin. Tak perlu lagi kau nak mengemis pinjam duit dari kawan-kawan dan adik beradik.
Kau kena soal siasat bakal pasangan kau tentang gaji dia. Awas ya. Ramai lelaki menipu bakal isteri tentang gaji dia. Kononnya dia mampu tanggung kau. Kalau kau nak confirm, kau mintak dia tunjuk payslip dia. Pastu tanya dia ada hutang banyak mana. Komitmen bulanan berapa. Gaji bersih berapa. Saving ada ke tak. Mampu ke dia nak sara hidup kau lepas kahwin nanti? Semua ni kau kena tanya ya girls. It’s for your future jugak., untuk anak-anak kau jugak nanti.
Tak semestinya lelaki tu gaji dia kena besar. Aku tak nak sentuh tentang gaji. Tapi aku nak kau tahu adakah lelaki tersebut pandai urus kewangan dan ada saving untuk masa depan? Jika gaji dia 10k sebulan sekalipun tapi boros dan gila nak modify kereta selalu pun hidup kau boleh merana jugak. So pastikan bakal suami kau ada halatuju masa depan dan jika dia belum ada saving pun, pastikan dia ada niat dan usaha untuk menyimpan walaupun sedikit. Tengok juga cara dia berbelanja. Boros kah? Lifestyle dia pula bagaimana? Jenis suka makan mewah ke? Kaki hispter ke? Kalau dia mampu no problem tapi yang jadi masalahnya bila tak reti nak ukur baju di badan sendiri.
Girls, jangan pantang tengok lelaki pakai Honda je kau dah cair. Honda ke Toyota ke itu tak menjamin pun yang lelaki tu berduit. Kalau gaji dia 2k je sebulan tapi pakai honda beli barang branded je kau rasa gaji bersih dia berapa? Berapa dia simpan gaji sebulan? Dia ada simpanan tak untuk masa kecemasan lepas kahwin nanti? Kalau lelaki tu takde kereta tapi just ada motor je, kau takleh pandang rendah kat dia jugak. Entah2 dia jenis berjimat cermat . Walaupun gaji rendah tak sampai 2k tapi mungkin dia mampu simpan 1 k sebulan. So sebab tu aku pesan, siasat tahap kewangan bakal suami kau ya girls.
2) Soal siasat bakal suami kau. Lelaki zaman sekarang pun dah banyak yang hilang teruna. Ingat lelaki je berhak demand dara? Perempuan pun berhak demand teruna lelaki. Jika kau jaga diri kau baik-baik, tak pernah bersosial dan bertepuk tampar dengan lelaki, pastu tetiba kau dapat suami yang dah banyak kali tebuk anak dara orang? Omg. Sebab tu kau kena siasat bakal suami kau.
Check juga sama ada dia betul-betul straight atau bisexual. Well, part bisexual ni susah nak detect. Yang mengerikan memang ramai lelaki bisexual zaman sekarang. Even dah kahwin pun masih ramai makan luar dengan pondan atau dengan gay. So siasat betul2 kawan2 dia, sexual life dia.
Kau berhak untuk dapat yang teruna jika kau masih dara. Kalau lelaki tu dah pernah buntingkan anak dara orang, dan dia pernah hasilkan anak luar nikah, kau boleh ke terima anak luar nikah tu sebab adik beradik untuk anak kau nanti?
Jika lelaki tersebut pernah meniduri banyak wanita, kau yakin ke lelaki tersebut tiada STD?
Girls, kau berhak dapat lelaki yang CLEAN okey. Takkan nak biarkan miss v kau ditebuk oleh tupai yang dah celup banyak lubang. Eww ! Soo eww !
Tetapi kau kena ingat satulah. Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Kalau lelaki tu menipu dia CLEAN, tapi sebenarnya pernah main pelacur tapi dah bertaubat. Kau tak boleh la nak judge kisah silam dia kan. Tapi kadang2 kisah silam ni kita kena ambil tahu jugak sebab kisah silam boleh buat kita berhati-hati dengan masa depan. Lagipun manusia ni insan lemah. Walaupun dia dah bertaubat, takut dia senang nak jatuh ke lembah tu balik.. contoh dulu dia dah biasa langgan pelacur. Lepas kahwin tiba2 dia dinodai dan terpengaruh dengan kawan maybe dia ada tendency untuk langgan pelacur lagi jika iman dia lemah masa tu. Ini contoh saja. Btw setiap orang tak sama. Tapi kau berhak ambil langkah berjaga-jaga
Sebab tu kadang2 orang suka check sejarah hidup seseorang. Memang lah itu kisah silam, tapi ada kisah silam boleh beri kesan untuk masa depan. So anda berhak tahu kisah silam dia.
3) Elakkan kahwin dengan perokok
Lelaki perokok ni memang bermasalah biasanya. Tak semua tapi ramai. Bermasalah dari sudut sikap, amalan (solat culas) dan boleh ganggu tahap kesuburan dia. Kalau kau tetap nak kahwin dengan perokok, kau kena bersedia untuk risiko susah dapat anak disebabkan oleh suami anda perokok dan anda kena bersedia untuk dapat pesakit kanser dalam family kau . Kalau betul suami kau sayang kau, dia akan berhenti rokok untuk kau. Unless dia tu selfish. Tak sayang bini, tak sayang anak. Sanggup jadikan family sendiri sebagai passive smokers.
4) Last but not least, kahwinlah dengan lelaki yang betul-betul sayang dan cintakan kau.
Kau kena banyak uji lelaki sebelum kahwin untuk test adakah dia betul2 sayang kau. Pastikan dia betul2 ada effort untuk dapatkan kau dan jadikan kau yang halal untuk dia.
Biarlah cinta dia kepada kau melebihi cinta kau kepada dia. Sebab bila dia betul2 sayang kau. Dia sebolehnya takkan sakiti hati kau atau cuba untuk curang lepas kahwin.
Btw aku tak berapa setuju dengan konsep perigi cari timba (perempuan kejar lelaki) . sebab apa? Sebab kalau dia terima kau pun, dia akan terima kau sebab dia terharu / serba salah / kesian / memang sebab dia takde calon dah so terima jelah (asal boleh) sedangkan hakikatnya dia takde lah cinta kau sangat pun.
So girls, biarlah lelaki yang kejar kau. Bukan kau yang kejar lelaki. Sebab kalau tak, nanti kau yang sakit di kemudian hari. Kalau dia curang esok lusa tak ke kau yang sakit sendiri?
Biarlah dia suka kau sebab kau memang gadis idaman dia. Bukan sebab dia rasa okey je atau sebab kasihan. Biarlah kau menjadi gadis paling cantik di mata dia.
Ok sekian. Semoga bermanfaat. Lelaki jangan gelabah okay.
– Kay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit