Kenapa Saya Juga Belum Kahwin

Assalamualaikum. Terima kasih menyiarkan artikel saya. Terbaca Confession Cik Alma – Kenapa saya tak kahwin, (https://iiumc.com/kenapa-saya-tak-kahwin/). Saya rasa nk ketawa pun ada. 80% cerita adalah sama dengan saya. Tapi kisah sy sedikit berbeza. Mohon baca dengan tenang dan dengan mata hati ya..

Bismillahirrahmanirrahim..

1. Tak nak jadi perampas suami orang @ tak mau poligami.

Ini la perkara paling saya nak elak. Ramai suami orang nak try, tp sy block. Kalau kenalan sekampung tu gurau2 bersepah. Tapi sy sound direct akan report isteri diorang. Keluarga sy keluarga poligami. Mak sy isteri pertama. Dan sy tak rasa sy mampu sekuat mak sy bila dimadukan. Justeru saya MENOLAK poligami untuk diri saya. Tetapi tidak MEMBENCI kerana ia anjuran agama dan banyak kebaikannya. Atas sebab penolakan yg kuat dari dalam diri, entah kenapa muncul cerita2 poligami yang indah je depan mata saya.. well yang buruk pun banyak. Tapi sy tak amik port sangat.. bg saya elok baca cerita dari orang bpoligami yg bahagia. Sbb dari situ boleh nampak indahnya maksud redha, sabar, cinta dan hikmah poligami itu sendiri dalam Islam.

Kita kalau nak jadi baik, kena baca yang baik-baik je tau.. Antara pasangan poligami popular yg menyentuh hati saya ialah kaklong Datuk Nurul Zahid @ anak sulung DS Zahid Hamidi dan Asyraf Muslim. Juga pasangan Memey – Norman & Abby. Walaupun mereka tidak bpoligami, tp ibarat bpoligami bila kak Abby dah maafkan dan mereka boleh bbaik demi anak2. Baik bukan biasa2 pula tu. Pernah mengharap juga agar kak Abby mnjadi isteri kedua Norman, huhu.. tp tkpelah, kini kak Abby dh bahagia dgan insan lain. (Sorry terbawang)

2. Komitmen terlampau tinggi. Sekarang nak kawin semua kena grand.

Sedih kan.. ni hakikatnya kehendak majoriti dari kita.. termasuklah saya.. tapi sebenarnya ramai je orang kaya kahwin dgan bajet bawah 10k. 2k pun ada. Grand tu tak wajib, nikah tu yg wajib. Kehidupan selepas nikah lagi banyak nak pakai duit..jadi ada eloknya juga jika kita bersederhana.. Tengok sahaja pasangan Shuib & Sarah.. lepas anak 3 baru buat resepsi sbb dulu hanya menikah sahaja dan jamuan ringkas.. Mari contohi bab syukur dn redha dari kak Siti Sarah Raisuddin. Tengoklah kekayaan mereka sekarang kerana dia disisi suami membina kehidupan dn perniagaan bersama. Bukan tunggu dah kaya atau tunggu org kaya sahaja masuk meminang.

3. Calon yang sesuai tak ada.

Sis Alma mention bab lelaki baik, lelaki tak merokok.. Yep thats me. Menyampahkan jantan2 keparat ni.. yang kuat melucah, yang perangai ego merokok, solat tak jaga, tk abess ajak jd yg kedua n bla3.. Saya asyik tertanya sampai bila? Tapi akhirnya sy muhasabah…pernah tak minta dekat ALLAH nakkan sebaik2 lelaki ? yang menyempurnakan sy dan menampung kekurangan saya? Yg mampu terina sy seadanya?

Jom sis2 bujang sekalian, kita tanya diri.. pernah ke minta lelaki yang baik dari Allah.. Atau kalau memang dah minta tu serius tak? Sungguh2 tak? Dan dalam masa sama baiki diri tak? Kita nak yg baik.. tp kita sendiri ke laut.. adakah kita sendiri sudah sempurna solat 5 waktu, solat malam, jaga aurat, jaga tutur kata, jaga lintasan hati, jaga maruah lebih2 lagi di facebook/ insta/ media sosial lain ? Tasbih dan Quran bila last pegang? Kalau last puasa kirim salam jelah nak jodoh yang baik itu… Memang sy insaf bila muhasabah diri macam ni..

4. Ayah sis lagi sayang sis dari lelaki2 di luar sana.

Ayah mana tak sayang anak. Ayah ni cinta pertama seorang anak gadis. How protective he is, caring, loving etc. Kebanyakannya lah. Ada juga yg diuji dgan ayah kaki botol, kaki betina, kaki judi, kaki pukul , hilang terus pun ada..

Ayah sy telah meninggal lebih 10 tahun.. Sangat btanggungjawab, melindungi, ambil berat, kelakar.Ada masa dia akan bnyak diam dan serius.Dia juga ada angin kus2nya..sifat ini banyak sy warisi..huhuu. Tapi bab solat dia sangat2 jaga. Solat mesti awal waktu, berjemaah dn istiqamah solat malam. Walaupun sakit terlantar arwah masih mnjaga solatnya. Arwah juga tidak merokok.. mak cerita masa kecik pernahla.. sekadar nakal2. Puas sy mencari dan menanti, tp tk jumpa2 juga.. sy dah berusia 28 tahun tp susahnya nk jumpa lelaki yg miliki kualiti seperti arwah abah. Sampai sy dah betul2 serius berfikir nak kahwin umur 30 nanti atau tak kahwin langsung..

5. Entahlah tapi maybe sis rasa sis benci kebanyakan lelaki.

Yep. Pernah ada perasaan ni.. tapi smpai bila? Jadi apa yang sy buat ialah teruskan hidup tanpa bfikir bab cinta.. penat dah patah hati, penat dah cuba move on bila heart break. Kepada Dia lah saya mengadu segala rasa.. Jangan difikir fikir sgt bab lelaki tak guna tu.. memang kita akan benci dn marah semua lelaki jadinya.. Pernah terfikir tak jantina apakah Rasul kita Kekasih Allah swt tu? Jantina apa ayah kita?abg2 kita yg baik? Ustaz2, alim ulama, Habib yang kita follow semua lelaki.. jadi berpadalah membenci, kalau lihat yg buruk, yg buruk aja kita nampak.. tp jika mencari sisi kebaikan, kebaikan sahajalah yang ditunjuk Allah kepada kita..

Sekian ulasan sy berkaitan point2 cik Alma.. dan ini sedikit sambungan kisah saya..

======
Baru ni sy betul2 terasa diuji kerana bujang dn tidak minat pula tu mencari kekasih/suami.. Tiba2 hidup terasa sunyi, kosong, dn bnyak bfikir juga tentang perkahwinan. Tapi melihat pada diri yg masih kelaut, kewangan pun kelaut, buat sy bangkit di tengah malam mencari jawapan dan merintih kepada Allah bertanyakan jawapan.. Sebab Dia yg bkuasa mmberi.. Dia yg menentu jodoh.. Dia yang menentu masa depan kita.. Sy solat taubat, sy istighfar 1000 kali dn meminta semahu mahunya..

Tahu tak dalam seminggu lepas tu sahaja ALLAH hadiahkan jawapan iaitu jodoh kepada saya??

Tiba2 sy didekati seorang rakan FB -Encik M-yg pd mulanya sy anggap bgurau shj bab poligami. Kemudian sy sound cakap pergilah jaga hati isteri tu.. jangan kacau anak dara orang kalau dh berpunya. Dia cakap “wife yang suruh cari”. Terkejut, tersentak tp sy abaikan dia. Beberapa hari kemudian dia hubungi sy di telefon. Lupa pulak saya, cover fb saya ade nombor fon sebab buat bisnes.. dn sy mula tersentuh dengan keikhlasan dia. Katanya nk beri nombor sy kepada wifenya.. sbb wife dh carikan banyak calon sebelum ni tp nampaknya belum berjodoh.. jadi nk kami bertaaruf dulu.

Alhamdulillah dalam tak sampai sehari sahaja akk tu terima saya. Kata encik M, akak memang mudah sayang orang.. calon2 sebelum ni kawan2 dia juga.

Selepas istikharah (supaya ada jawapan menolak) sy masih tk jumpa point kukuh untuk menolak mereka. Sesungguhnya sy seorang yg keras hati, degil, ego tinggi, selalu nak menang je tapi kali ni saya kalah dengan hujah encik M tu. Perlahan lahan dia berjaya merendahkan ego sy dengan diplomasi dan kelembutan..

Akhirnya saya terima mereka. Keluarga pun tk ada masalah menerima mereka kerana akak dan abang ni pda mereka orang yang baik2. Antara buktinya pagi2 je akak dan abg akan kejut saya tahajjud

Encik M kini sudahpun menjadi encik Tunang sekitar hujung September lalu.. dalam dua minggu sahaja selepas mula mndekati sy.. dan kami sedang menghitung hari diijabkabulkan awal November ini.
Hantaran? Dia hanya mampu beri 5k kerana bisnes yang sedang merudum. Pihak keluarga saya pun tidaklah demand.. Walaupun pada saya tu tak cukup, tapi abang2 sy duk brainwash saya utk utamakan makanan tetamu dn akad nikah sahaja. Huhuuu. Takpelah.. yg penting yg wajib tu selesai.. mana lagi nak dapat calon sehebat ini…

Semoga pernikahan kerana Allah ini menjadi asbab segala pintu rahmat, rezeki, keberkatan dibuka seluasnya kepada kami..mana tahu dengan bersatu dn membina perniagaan bersama sama kami lebih berjaya.. Banyak yang ingin saya ceritakan tentang bidadari En. Tunang saya ni.. tapi di lain kesempatan insyaaAllah..

Jadi kepada yang bujang, janganlah terlalu menolak sesuatu, barangkali itulah yg terbaik diaturkan Allah kepada kita.. jika belum punya kekasih, peliharalah diri untuk calon yabg terbaik dari Allah.. jika sudah punya kekasih.. cepat2lah halalkan.. semoga hidup kita mnjadi lebih berkat dan sempurna.
Yang penting mula dari sekarang untuk solat malam, perbaiki solat yang wajib, insyaaAllah Dia akan perbaiki kehidupan kita menjadi lebih baik. Mudah mudahan..

Akhir kata mohon doakan kelancaran, kemudahan majlis kami ye… Ameen..

Jumpa lagi & salam hormat.

– AAI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *