Salam readers. Ni mader nak share tips kepada mommies/ bakal mommy diluar sana cara-cara nak kurangkan anak dari melekat je dengan kita 24 jam. Sebelum tu mader nk kenalkan diri dulu. Nama Nufza. Umur 34 tahun. Mader kepada 3 orang anak. Anak 1st lelaki umur 6 tahun. 2nd perempuan umur 4 tahun dan 3rd lelaki baru umur 5 bulan.
Anak-anak mader ni iaitu anak pertama dan kedua jenis yang nak ‘melekat’ aje dengan mader, tak boleh berenggang langsung masa dorg baby. Macam high needs baby la gitu. Untuk pengetahuan korang semua anak sis fully breasfeed (bf). Jadi kebiasaannya baby yg bf ni memang agak manja. Yang sulung jenis tak tidur malam, kalau dia tak mengamuk sepanjang malam memang tak sah. Tak tahu la pasal apa. Dah macam-macam cara tradisional atau moden dah mader cuba tp tak berjaya. Mader pun pernah bawak dia jumpa paed sebab mader tengok dia umur 4 bulan tak mau senyum lagi bila orang agah-agah. Mana taknye asik nangis aje kejenya..sampai setahun lebih baru dia nak main-main.
Yang kedua pulak jenis nak berdukung 24 jam. Kalau kat luar rumah atau rumah orang dia minta dukung mader boleh terima lagi sb mungkin dia rasa insecure kot. Tapi kalau dah dalam rumah pun nak berdukung apa hal. Penat kot, sakit bahu-bahu nk dukung dia. Perangai suka berdukung dia ni membawak sampai ke umur 2 tahun setengah. Iyer.. Budak dua tahun setengah memang dah berat ya amat! Tapi yang kedua ni bab tido malam memang senang tak macam yang sulung.
Jadi bila mader mengandung anak ketiga. Mader dah pikir masak-masak apa cara terbaik supaya anak mader yang no 3 ni tak high needs sangat macam abang dengan kakak dia. Sebab penat kot jaga baby yang macam ni. Mader pun bukan muda lagi. Mader pun nak jugak ada masa untuk diri mader. Mandi lama-lama. Solat khusyuk. Setiap hari baca Quran. Keluar pakai tudung shawl ke bawal ke, takde la asik-asik pakai tudung sarung aje.
So lepas bersalin anak mader yang no tiga ni, mader dah mulakan strategi mader:
1. Menyusu baby sambil duduk.
Masa anak sulung lahir tepat jam 1.20 pagi, mader memang mengantuk giler. Yela time tido kot, lemah sebab bersalin lagi. So mader menyusu baby sambil baring. Dalam pantang pun sama sebab sambil nyusu mader pun dapat la jugak tidur-tidur ayam. Tak boleh la tidur mati, kang tak nafas budak tu naya kang. So baby ni dah terbiasa. Bila lepas pantang mader nk bagi puting tiruan dia dah tak mau. Tu yg penyebab dia mengamuk time nak tidur tu (melalui pengamatan mader). Jadi baby no 3 mader dah tak apply cara tu lagi , mader akan pastikan mader bangun dan menyusu sambil duduk bersila (masa pantang bersimpuh). Memang kalau dah ngantuk tu tersengguk-sengguk jugak la mader. Kadang-kadang baby dah tidur dah tapi mader tak perasan sebab mader pun tertidur (sambil duduk)..hahah. Sampai pader yg kejut cakap baby dah tidur, boleh letak dah laa..hehe.
2. Gunakan car seat.
Car seat baby ni pader beli 2nd hand masa anak no 2 tapi mader cuma guna time mader nak drive dan bawak dua-dua anak mader tu aje. Kalau pader drive maknanya mader akan pangku je anak mader yang baby tu (bahaya ye jangan ikut). Sekarang mader tak buat perangai macam tu lagi. Mader dah insof. So car seat ni memang la banyak bagusnya. Bila mader nk gerak aje mader memang akan letak baby dalam benda alah ni. Takde pangku-pangku lagi walaupun yang drive tu pader. Senang betul. Mader nak main hp ke apa dalam kereta pun senang. Anak-anak mader nak mintak air ke, bukak cekelat ke pantas je mader buatkan.
Kalau baby mader tengah tidur bila dah sampai ke destinasi, mader akan angkut je terus car seat tu, jadi tidur baby tu pun tak terganggu. Maklum la baby-baby ni kene cukup tidur kalau tak cukup mula la nak ngamuk. Tapi mak mader tak berapa kasi bagi baby terlalu kerap duduk dalam car seat sebab katanya takut tulang belakang baby bongkok sebab macam terperosok aje dalam car seat tu..mader sengih aje tapi mader jaga jugak posture baby tu (letak bantal, tilam buat alas belakang baby semua). Bukan apa pandangan orang tua kita kene ambil kira sebab dorang lagi berpengalaman dari kita kan. Jadi baby mader pun macam dah faham dan redha aje bila mader letak dia dalam tu.
3. Alih perhatian baby.
Mader ni jenis tak boleh dengar baby menangis. Mader akan pantas aje pergi pujuk. Sebab kalau dengar baby nangis mader akan cepat rimas. So kalau dulu mader cepat-cepat dukung baby untuk tenangkan dia. Tapi sekarang tak lagi, bila dengar baby nangis, mader tak terus angkat dia. 1st mader akan pastikan yang baby ni nangis bukan sebab lapar atau berak. Kalau takde dua sebab di atas maknanya baby nak perhatian. Mader akan agah-agah dia dulu. Kalau tak jalan mader ambil mainan tunjuk-tunjuk depan dia. Sumbat puting. Kalau tak jalan jugak mader akan ajak anak-anak mader lagi dua orang tu berzikir depan baby secara berjemaah (selalunya cara ni berkesan) sebab dia akan terpinga-pinga kenapa semua orang macam nyanyi nak sambut besday aku ke apa.haha. So perkara paling last baru la mader dukung kalau semua cara di atas tak boleh pakai.
4. Doa mudahkan urusan.
Selalunya masa menyusu baby akan terlelap. Tapi bila time kita nak letak dia kat tilam, time tu la mata dia celik balik pastu nangis.. Geram betul rasa!. Heheh.. Benda yang sama jugak terjadi dekat mader. Letih betul. Tapi kali ni mader betul-betul berhati-hati time nak baringkan baby dan mader akan baca doa mudah urusan time tu. Most of the time berjaya. Kalau tak berjaya mader cepat-cepat sumbat puting supaya baby rasa macam tengah menyusu lagi. Kena buat time dia baru nak cebik, jangan tunggu sampai dia dah mengamuk pulak. Memang dia tahu la korang cuba nak perdayakan dia.
So hasil trick yang mader gunakan kat atas ni betul-betul jadikan hidup mader senang. Kalau tak dulu mader dah macam mak lampir menguruskan anak-anak. Anak mader no 3 ni memang tak banyak ragam. Alhamdulillah Allah swt mudahkan urusan mader kali ni. Time tidur dia akan tidur. Bangun malam pun tak kerap. Kalau siang lepas mader dah kasi settle keperluan dia mandi menyusu semua, dia akan main aje (mader longgokkan mainan depan dia). Kadang-kadang main sampai tertidur sendiri, macam budak besar pulak. Syukur alhamdulillah.
So tu lah tips dari mader. Lain orang mungkin pengalamannya lain. Lain baby lain pulak ragamnya. Mader bukan pakar bayi. Cuma nak kongsi pengalaman yang secubit ni aje. So kepada mommies yg baru nak dapat 1st baby mungkin boleh cuba cara kat atas insyaaAllah. Latih sejak lahir lagi. Baru lah journey membesarkan anak tu lagi terasa nikmatnya.
Thanks pada admin siarkan karangan mader ni ye.
– Nufza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit