Assalamualaikum. Saya Mawar, so tahun ni merupakan tahun terakhir saya di sekolah menengah. Jadi saya nak cerita sikit mengenai perihal kawan saya yang saya baru rapat dalam 5 bulan lepas sedangkan dah 2 tahun kami sekelas.
Yat, namanya. Dia yang aku kenal merupakan seorang yang sangat cuai selalu tertinggal buku, kunci motor, hmm stokin pun tak pakai. Dalam kelas pantang waktu free mesti dia tidur dan kalau sehari dia tak tidur memang tak sah! Dan jenis tak kisah dengan apa yang dia ada, pakai dan orang fikir fasal dia. Aku selalu marah sebab dia selalu keluar makan sorang2 dan selalu bagi alasan taknak ganggu orang sedangkan aku ok je kalau nak temankan dia. Dia pernah luah dekat aku yang sebelum ni dia memang suka bersendiri dan lebih suka pergi mana2 seorang diri.
Tapi bagi aku, yat sangat sempurna, dimana sejak aku satu group dengan yat, dia banyak tolong aku dalam pelajaran matematik dan dia sangat baik. Tak pernah berkira. Yat ni, dalam banyak2 kawan yang pernah aku kenal tak pernah lagi aku jumpa orang yang tak pernah berkata buruk mengenai orang lain. Nak dengar dia mengumpat fasal orang lain pun payah. Kalau sedih pun suka berahsia. Selalu ajak aku buat baik.
Tapi dah 5 bulan kami kenal, baru sekarang aku tahu yang rupanya dia tak tahu baca quran. So aku tanya bagaimana dia jawab exam Pendidikan islam yang section tulis jawi, rumi dan lain2 yang ada tulisan jawi. Yat cakap selama ni dia tinggal kosong ja. Nasib exam pendidikan islam sekarang ni dalam tulisan rumi jadi memudahkan yat untuk jawab soalan. Aku tanya lagi dalam solat macamana? Dia cakap dia hafal je kalau baca through buku memang tak tahu.
Yat cakap dia malu sebab dah umur 17 tahun tapi still tak tahu baca quran dan adik beradiknya semua dah pernah khatam quran dia sorang ja tak boleh lagi. Jadi perancangan dia selepas habis SPM , dia nak pergi mengaji dan tinggal di mana2 pusat yang boleh ajar dia mengaji dari zero sampai dia boleh baca quran dan betulkan tajwid dalam solat. Tapi tempohnya lebih kurang sebulan lebih ja sebab yat punya perancangan lain pula pada tahun hadapan.
Jadi saya nak mintak tolong jika anda tahu tempat2 yang ajar orang mengaji dan betulkan tajwid dalam solat kalau boleh sekitar utara Malaysia tak kisah berapa yurannya sila nyatakan di ruang komen ya. Bantulah orang yang memerlukan moga Allah membalas kebaikkan kamu.
Terima kasih.
– Mawar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit