Lelaki Anugerah Tuhan

Assalamualaikum & salam sejahtera. Jika confession aku ni disiarkan, alhamdulillah terima kasih admin.

Kenapa aku tulis tajuk, lelaki anugerah tuhan? Kat sini aku nak ceritakan tentang suami aku. Aku tak tahu nak share kat siapa. Selain aku sentiasa bersyukur dekat tuhan, so aku nak luahkan. Di sini jugak ye. Ye, dialah suami aku anugerah tuhan. Aku sangat kagum dengan akhlak dia. Ini yang aku nampak so aku akan ceritakan.

PERTAMA: Sepanjang aku jadi isteri dia, dia tidak pernah sama sekali menengking aku, buat muka, atau naikkan suara. Kalau semua tu tak pernah, apetah lagi nak naik tangan kan? Setiap kali aku suruh, dia buat. Kemas rumah, masak, jaga anak, pergi beli barang dapur. Benda simple aku suruh pun dia akan buat. Contohnya basuh berak anak, kemas katil, lipat baju. Ya allah, semua laki aku buat bila aku sebut je. Aku bukanlah QUEEN CONTROL. Tapi bila aku suruh laki aku lipat kain, aku akan iron baju. Kalau laki aku sapu mop rumah, aku kemas dapur. Kiranya sama-sama turun padang. Haa giteww..

KEDUA: Suami aku tak pernah tunjuk dia sedih atau kecewa atau menangis depan aku. Sedih mana pun dia, terasa hati macam mana pun dia, dia masih boleh buat lawak & cuba gembirakan orang-orang sekeliling dia. Aku tak tahu la suami aku ni. Dia memang jaga hati orang sungguh terutama aku la isteri dia. Kalau nak tegur aku, dia tegur sopan-sopan atau berqias. Lembut je cara dia. Tak tahu la nak cakap, aku suka akhlak dan adab suami aku.

KETIGA: bila dah kahwin, sudah tentulah suami jadi ketua keluarga & ketua kewangan. Bab duit suami aku tak pernah berkira. Duit tinggal rm5 dalam tangan pun, dia masih senyum & sedeqahkan kat masjid rm2. Sesetengah lelaki, kalau takde duit, memang akan rungsing. Nak bayar itu ini, dengan anak lagi. Oh ye, kami ada seorang anak lelaki. Alhamdulillah.. Suami aku cara dia memang dia pandai sembunyi kerisauan dia depan aku. Bila aku tanya, “abg… Ada duit tak?”…suami aku jawab, “kenapa? Ayg ada nak beli apa-apa ke? Nanti abg belikan”.. Bila dengan ayat cm tu, aku tahu dah suami aku xde duit.. So better aku diamkan diri dulu.. Tahan nafsu membeli haha. Aku tak kerja lagi sebab baru nak grad hujung tahun ni. Pastu aku nak sambung belajar lagi in shaa allah. Suami aku memang jenis macam tu. Sampaikan mak suami sendiri cakap, “ikmal tu kalau takde duit pun dia akan cakap ada duit…dia memang anak yang menyenangkan hati mak..”. Kata-kata ni memang aku dengar sendiri dari mulut mak mentua aku. Baik sangat ke laki aku ni? Haha.

KEEMPAT: Kesabaran. Suami aku tahap sabar dia aku tak tahu la banyak mana. Sungguh, sabar dia memang luar batasan aku. Kuat sungguh kesabaran dia. Bab anak merengek, anak demam, anak buat perangai… Dia layan elok. Suara tak pernah tinggi. Tak pernah pukul anak. Sebab anak kami kecik lagi. 2tahun.. Kalau aku plak buat perangai taknak masak (merajuk) kononnya. Dia sendiri masak. Kami makan berhidang. Pernah 1 hari, aku merajuk sangat dengan suami aku. Aku memang tak masak, tak bertegur. Suami aku lah yg masak, suap anak makan. Sampaikan hidangkan makanan, tapi aku tetap buat tak tahu. Bila suami aku asar di masjid, aku tengok nasi & lauk suami aki tak sentuh. Maksudnya suami aku tak makan lagi sebabnya nak tunggu aku makan… Hmm sedih.. Terus elok rajuk aku. Tak merajuk dah.. Suami balik, terus makan.

KELIMA: Aku kagum dengan suami aku cara dia layan mak abah dia dari kecil sampai sekarang. Bila anak kami dah tidur kan, mulalah kami bersembang zaman-zaman kami waktu kecil dulu. Macam-macam lah suami aku citer tentang dia & family dia.

KEENAM, KETUJUH KELAPAN & seterusnya… Aku tak dapat nak cerita semua..

Apa yang aku nak tulis ni, Allah anugerahkan lelaki (suami) buat aku dengan sangat baik & soleh. Kalau ikutkan, perangai aku semua bertentangan dengan perangai suami. Aku ni dari kecik lagi selalu kena maki hamun mak ayah, kena pukul kena hina je. So aku dah terbiasa naik tangan. Anak aku ni, banyak kali dah aku TERnaik tangan. Mudahkan aku naik tangan? Sdagkan anak aku baru nak msuk 2tahun. Bila aku pukul anak, aku akan nanges sambil call suami aku untuk aku bagitahu yang aku dah pukul anak. Walaupun bekas-bekas merah je kat peha sebab aku tepuk, suami aku terus balik dari tempat keje nak tengok anak dia.

Tu aku cakap, sikap kesabaran aku & kasih sayang aku sangat bertentangan dengan sikap suami.. Jauh beza perangai kami, ibarat jauh langit & bumi. Tapi suami aku tak pernah marah. Aku buatlah ape pun perangai, last2 suami aku datang & peluk aku rapat2 sambil usap kepala aku. Lepastu dia akan bagi air untuk aku minum..

Aku selalu munasabah diri aku. Kenapa aku perangai macam ni? Kenapa suami aku baik sangat2 ni? Setiap hari aku selalu doa untuk suamiku, allah panjangkan umur dia, limpahkan rezeki dia & jangan ubah perangai dia yg sekarang ni sampai bila2. Aamiin..

Aku selalu pikir, sikap aku & suami aku yang sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi dari family sendiri. Betul tak? Sikap mak ayah kita yg ajar kita dari kecil secara langsung atau tidak langsung.. Situasi didikan suami aku & aku dari kecil berbeza. Aku dididik dengan hinaan, pukulan & makian. Mak ayah aku pun gaduh2 depan aku,maki hina makanan deoranh gaduh. Suami aku plak dididik dengan kasih sayang, ciuman ibu bapa & belas kasihan.

Bab aurat memang aku jaga sepertimana islam syariatkan. Tapi bab perangai aku, aku masih dalam proses nak berubah. Aku dah 4 tahun kawen, suami aku banyak bagi kata2 semangat & nasihat.. Baiknya suami aku. Doakan aku jadi bini & ibu yg solehah ye.. Aamiin

Aku selalu doa kat Allah, jangan amik lagi suami aku yg baik & soleh ni. Kalau nak amik, amik aku dulu. Aku ni jahat.. Entah lah.. Aku sayang suami aku. Baiknya suami aku..

Bila pikir-pikir balik & aku mula teringat.. Zaman muda-mudi aku dulu-dulu. Rupa-rupanya, Allah anugerahkan aku seorang suami yg baik ni sebab Allah dah makbulkan doa-doa aku mase STPM (2011). Mase tu aku 18 tahun. Di samping aku nak kejar 4 rata untuk setiap subjek STPM, aku selit jugak doa specific & special untuk bakal jodoh aku..hehe. Memang aku doa secara details macam yang aku dapat suami sekarang ni. Setiap hari doa mase solat 5 fardhu, sunat taubat, hajad, dhuha, tahajjud.. Semua aku selitkan pasal jodoh haha. Agaknya Allah dah makbulkan doa-doa aku kot. Sebab masa aku kecil, aku terseksa kot duduk rumah mak ayah kandung. Haha. Memang doa nak kawen awal & dapat suami soleh macam ini.

Alhamdulillah. Aku sekadar share. Aku seronok selepas aku dah melepasi duri, api, sekam & lain-lain.. Walau macam mana pun mak ayah aku didik aku, deorang tetap mak ayah aku jugak. Aku tetap nak jaga deorang. Cuma apa yg dh berlaku zaman aku kecik tu, aku taknak zaman anak aku pun sama nasib dengan aku. Lepasni, aku nak sambung belajar lagi. Pastu tahun 2020, cadang nak tambah anak plak hahha. Doakan aku ye!

Alhamdulillah. Aku pun dah kurang marah2 anak aku. Anak ini anugerah & amanah. Abak ibarat kain putih. Kita ni ibu bapa dia, jadi kitalah yang berhak mencorakkan dia dengan penuh rasa tanggungjawab.

Apa-apa pun, yang belum bertemu jodoh, aku doakan korang jumpa jodoh korang soleh/solehah.
Yang belum dikurniakan zuriat, aku doakan korang akan ada zuriat dari darah daging sendiri.
Kepada yang mempunyai masalah family, aku doakan korang dipermudahkan urusan.

Terima kasih baca confession aku ni. Bukan laki aku je baik. Laki korang pun sama. So, marilah kita jaga diri kita & family kita baik2. Moga Allah pelihara mereka semua. Aamiin

Mintak maaf kalau tulisan terabur. Kalau dapat pengajaran dari tulisan ni, alhamdulillah.. Kalau rasa macam serabut, mintak maaf ye.

– Isteri “ikmal”

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *