Ada satu perkara yang sangat mengganggu pemikiran aku. Seolah terngiang-ngiang di telingaku bahawasanya zaman moden telah berlalu. Sekarang ini merupakan zaman dimana manusia inginkan kebebasan. Segalanya ingin bebas. Terdetik di fikiran ku, dimana zaman ‘bebas’ itu adalah zaman di mana anakku akan membesar.
Aku mula khuatir. Aku bimbang jika anak-anakku dan juga generasi yang akan datang jiwanya kosong dari kepercayaan pada Tuhan, akhlak mereka rosak dan mula hilang jati diri kerana kurangnya pemahaman agama. Disini, aku mula perhatikan. Peranan ibu dan bapa perlu diutamakan. Contoh melalui tauladan, kerana anak-anak kecil adalah peniru yang hebat.
Di dalam realiti, apabila berdiskusi tentang perkembangan anak. Rata-rata sahabatku para ibu berasa bangga. Anak seawal tiga empat tahun sudah pandai membaca, sudah fasih berbahasa Inggeris, sudah bijak mengira. Aku tidak melihat itu sebagai satu kesalahan tetapi adakah baiknya jika anak seawal usia itu mengajar kenal Tuhan? Tepuk dada tanya selera, berapa kerap kita bertanyakkan pada anak seawal usia itu tentang adakah mereka mengingati Tuhan pada hari itu? Ada?
Ada diantara sahabatku berasa bangga, bilamana anak seawal tujuh sudah khatam Al-Quran, sudah berpuasa penuh sebulan tetapi pada masa yang sama, solat selalu diabaikan. Adakah mereka lupa pertanyaan pertama bilamana di dalam kubur kelak adalah mengenai solatmu?
Adakalanya kita lebih berasakan perlu untuk anak, perlu khatam Al-Quran, perlu anak bijak membaca, perlu anak bijak mengira, perlu untuk anak fasih berbahasa Inggeris seawal usia tiga hingga tujuh tahun. Asalkan mereka berjaya menjadi ‘pandai’ segalanya tentang di atas, kita mula jalan mendabik dada.
Jika ada yang berkatakan betapa mundur pemikiran aku, zaman sekarang kita perlu berdaya saing. Perlu dan wajib untuk anak-anak kecil bijak itu ini. Aku ingin menegaskan mari sama ajar anak kenal Tuhan dahulu baru berikutnya. Supaya jiwa anak-anak kita terpelihara dunia dan akhirat.
Sebagaimana firman Allah berikut ini:
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di akhirat.” (QS. Asy-Syura: 20)
– Adelia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit