Dosa Abah

“I tak mati lah you tak ada, i boleh hidup tanpa you.”
“You tak ada lagi baiklah. Pergi lah, menyebok je!”

Ayat dari seorang suami kepada seorang isteri, depan anak2 perempuan dia yg dah berumur 30 dan 40 lebih. Kali ni memang betul2 aku triggered, that’s it, dah sampai limit, aku dah hilang saki baki respect sebesar kuman aku kat bapak aku sejak haritu. Selama ni aku cuba tolerate perangai dia, macam mana dia treat mak and kitorang adik beradik teruk. Lepas je dia cakap macam tu, aku bukan level ‘tak berapa rapat dgn abah aku’ dah, tapi terus upgrade terus sampai level aku declare from that moment on ‘AKU BENCI BAPAK AKU’.

Aku nak bet mesti ada yg akan komen, “Buruk2 dia pun, dia tetap bapak kau”, “sebab dia lah kau ada kat dunia ni”, “tak baik derhaka dgn org tua”, “untung lah at least masih ada bapak lagi”. Wei kalau aku pendam marah aku dgn tak buat or cakap apa2 bila dia treat mak aku poorly itu derhaka, well aku lah anak yg paling derhaka!

Aku perempuan, umur 30 lebih, belum berkahwin. Susunan adik beradik: Akak, abang 1, abang 2, aku bongsu (untuk senang faham cerita). Well kalau ketepikan kejap soal jodoh itu ketentuan Tuhan, sebab bapak aku lah aku takut nak settle down dgn siapa2. Sebab aku membesar dgn menyaksikan sebuah perhubungan suami isteri itu penuh dgn caci maki, tengking, buli, berkira duit dan tenaga, ungkit mengungkit, lepas tangan dari tanggungjawab dan perselisihan setiap hari.

Semuanya sebab bapak aku yg start. Orang cakap aku ada rupa not bad lah, pandai, kerja engineer beb, peminat memang tak putus, apasal lak masih single? Sebab bila relationship2 aku sebelum ni start nak jadi serius sampai ke tahap ex2 aku nak meet the parents, aku jadi cold feet, aku buat perangai, aku mengada nak mampus dan jadi moody sampai diorg tak tahan dan tinggalkan aku eventually. Bila baru berkenal2, once aku discover je diorang ada perangai buruk sama macam bapak aku, aku blah. Hahahahah. Mesti tertanya2 kan apalah sangat perangai2 buruk bapak aku ittew? Apa lah sangat dosa seorang abah? Meh sini come baca dan judge freely:

1. Porn addict.

Bapak aku agaknya boleh mati kalau 1 hari tak tengok porn. Kadang2 aku harap dia mati masa tengah tengok porn. Kasar kan aku cakap? Haa.. baru lah korang aware betapa bencinya aku dgn orang tua tu. Dari aku kecik lagi dia punya habit ni, aku suspect dari masa dia bujang lagi. Dulu tengok senyap2, sekarang selamba badak je weih dia bukan sound kuat (baru lah feel ye dok) kat bilik tapi dalam rumah tu memang boleh dengar lah. Aku rasa jiran pon boleh dengar. Tak kira subuh ka, maghrib ka, bulan puasa ka, org tua tu bantai je weih.

Dah tak peduli anak2 dengar ka, masa tetamu ada ka. Malu sia. Masa zaman belum ada internet dulu, duit dia habis sewa video yg kotak tu, lepas tu zaman cd, bersepah2 material2 biru kat rumah tu. Satu video/cd sewa masa tu rm5 kot, sebab mak aku pernah pergi tanya kat kedai tu. Seminggu kurang2 2x pergi, ambik dalam 3-4 keping. Peh berapa ribu zakat bapak aku dah invest dalam industri perfileman biru. Sekarang dah senang, kat hujung jari aje kan pakai phone je. Umur bapak aku sekarang nak dekat 70 (surprise!!), you do the maths. Yesss gegirls and boboys semua, tanjat ke?

Aku memang ngelak salam dgn dia. Sebab aku tahu laki bukan tengok porn gitu je, you guys do something with your hands. Sampai sekarang memang aku ngelak bersalam dgn dia. Aku jijik nak mampus. Kalau time terpaksa salam memang lepas salam terus aku sabun, kalau kulit aku tak alergik clorox memang aku clorox kan jugak.

2. Tak solat.

Dah tengok benda tu almost 24 hours, kau ingat ada masa ke nak mandi wajib dan solat 5 waktu? Hoh. Bapak aku ni bukannya takat solat on off je, off terus! Solat jumaat pun dia langgar langsung. Dah umur senja gini langsung tak bermasyarakat di masjid/surau. Kitorang pernah borak adik beradik, satu hari nanti bila abah pergi, agak2 orang surau nak datang ke tolong uruskan? Abah tak solat, mak, aku dan adik beradik punya solat kau bayangkan ah macam mana? Tapi mesti ada yg komen, “kau dah dewasa, solat wajib jaga sendiri.” Aku gitu2 ah, masih on off, dapat parents tak straight pasal agama ni bukan satu nikmat bai. Hargai lah mak pak korang yg cerewet pasal solat korang. At least ada orang QC, aku? Pandai2 lah jaga sendiri haha. Aku macam selalu fikir, lepas solat kan biasa kita baca template doa lepas solat ada sebut utk ibubapa, at least aku doakan diorang. Tapi aku, siapa pulak yg doakan? Since parents aku tak solat, tak ada doa untuk aku lah kan?

3. Kedekut.

Zero nafkah untuk isteri, lagi kan anak2. Mak aku kerja, jadi masa mula2 kahwin mak kesian jadi mak tolong2 bayar itu ini (sekolah anak2, pakaian, belanja dapur, bil letrik, air), sebab gaji abah dah potong bayar rumah dan kereta, niat mak nak tolong ringankan beban suami lah kan. Tapi tulah lelaki kan, bila dapat perempuan tak berkira sanggup bersusah payah untuk kau, kau ambil kesempatan. Dah lemak2 hidup kena sponsor, terus lepas tanggungjawab. Lagi nak cakap dia boleh hidup tanpa mak aku? Lupa terus halal haram tak bagi keluarga nafkah. Ingat ni women, jgn rasa obliged nak bagi fair share dlm rumahtangga kalau lelaki korang tu tak guna. Itu tanggungjawab dia. Lelaki akan ambil kesempatan gila2 ke atas generosity korang tu.

Baju, seluar, even pakaian dalam kalau mak aku tak beli kan memang dia tak beli. Lebih sanggup selekeh daripada keluarkan duit untuk beli semua tu. Untuk diri sendiri pun kedekut, lagi kan utk anak bini? Birthday mak aku tak pernah dia celebrate, hadiah dan wishes jauh sekali. Bapak aku tak pernah belikan mak aku barang kemas. Kalau mak aku nak pakai dia yg beli sendiri. Dah kerja ni aku try lah beli kan mak barang kemas 2 tahun sekali. Yg bapak aku ni hadiah pun tak pernah bagi okay lah mungkin pada dia not necessary. Tapi basic keperluan mak aku, baju dia, mekap dia, penjagaan diri dia?

Sampai sekarang even masa aku taip ni aku dendam dan tak akan halalkan atas semua pakaian dan basic needs yg bapak aku tak pernah sediakan, belanja makan minum yg dia buat bodoh, perbelanjaan pendidikan yg tak pernah dia ambil tau dan rumah yg macam reban. Aku duduk asrama masa form 4-5, sekolah jauh 7 hours drive. Tak ada peruntukan perbelanjaan untuk aku beli keperluan diri. Aku mandi, berus gigi, syampu semua curi pakai barang2 yg budak tinggalkan dalam bilik air. Ingat bapak2 kat luar sana, you brought us to this world, korang bertanggungjawab atas anak2 sampai diorang boleh berdikari. Kalau rasa tak nak bela anak, kedekut nak spend duit, please dont or stop breeding. To my technically biologically ‘father’, aren’t you proud of this monster that you created? Hehe.

Pasal rumah ni kalu tak explain nanti ada pulak yg cakap untung kau duduk dalam rumah. Bukan aku harap membesar dalam rumah mewah guys, rumah parents aku tu rumah teres 1 tingkat, corner lot kot. Tapi bapak aku ni ada sejenis perangai suka renovate tambah sana pecah sana tambah sini sendiri. Jadi rumah tu tak rupa rumah dah, buruk mcm projek yg terbengkalai. Bila buat sendiri tak ada kepakaran, buat tiles pecah2, habis berabuk je sepanjang masa rumah tu. Bumbung bocor, simen dinding menggerutu2, tembok pelik2 tengah2 rumah. Aku memang mengelak kalau kawan2 nak datang beraya haha. Belum kira condition dalam dia lagi, dengan perangai dia yg kat bawah ni lagi.

4. Pengotor.

Aku ingat lagi aku masa kecik tengah main2 kat ruang tamu, bapak aku ni ada resdung so selalu bersin. Masa tu dia berdiri kat pintu rumah terbersin2, sekali dia lap tangan dia yg berlendir tu kat langsir tingkap sebelah pintu bai! Aku tengok ehhhhh. Aku sejak haritu aku jadi geli dgn semua benda kat rumah. Tah mana2 lagi lah dia kesat air lendir2 dari badan dia. Membesar dengan orang macam ni tak pasal2 aku ada OCD pasal kebersihan dan physical contact.

Masa aku bawak parents aku pergi Bangkok, konon2 nak bonding lah kan. End up menguatkan lagi benci aku kat dia. Pergi 4 hari 3 malam. Dia mandi time nak fly balik je! Masa baru sampai pun terus baring tidur. Gosok gigi pun masa mandi sekali tu je lah. Korang rasa?

5. Tak tepati masa.

Bapak aku masuk kerja pukul 8, kan sekolah start pukul 7:20 or 7:30. Tapi dia akan hanya hantar kitorang paling awal 7:30 gerak dari rumah, sebab nanti lepas hantar kitorang dia boleh terus pergi kerja dan sampai ON TIME. Hehe. Jarak dari rumah ke sekolah 5km je, so lebih kurang 15 mins lah gitu termasuk traffic light. Just nice lah untuk dia. Setiap hari. Thanks eh abah, sebab aku akan ingat sampai mati hari2 aku menahan malu jalan gopoh2 along corridor sedangkan budak lain dah duduk dalam class dah start belajar, dengan cikgu memerli2, tak payah fikir ah lesson2 yg aku miss sebab lambat. Macih ah. =‘)

6. Panas baran.

Dia ni tak boleh kalau orang tak bersetuju dengan pendapat dia. Lagi kalau pasal politik. Langsung tak ada diplomasi. Dia terjerit2 kalau nak cakap sesuatu, tak ada nya cakap lembut2. Walau pun kat public. Paling pantang kalau budak2 panggil dia ‘pakcik’. Pernah staff perempuan muda kat office buat insurans menangis2 kena tengking dgn bapak aku dia pun tanya “Apa salah saya?” Sebab dia panggil bapak aku ‘pakcik’. Standard ah kan kita panggil orang2 yg baya bapak2 kita pakcik. Dia harap orang panggil dia ‘tuan/sir’ kot? Layak ke kau?

Mak aku ni banyak peminat masa dia muda, aku pun tak paham apasal dia end up dgn bapak aku, walau pun atok dan nenek aku tak berapa berkenan. Jodoh? Mak aku buat syarat sebelum kahwin dgn bapak aku, syaratnya bapak aku tak boleh naik tangan kat dia, once bapak aku ‘sentuh’ (pukul) mak aku, jatuh talak. So walau pun bapak aku panas baran, dia tak pernah pukul mak aku. Sebab tu lah kuasa talak ni letak kat laki kot? Sebab bapak aku masih boleh fikir kalau dia pukul mak aku, jatuh talak, susah lah hidup dia nanti haha. Tapi tulah silapnya, mak aku tak buat syarat2 lain seperti bagi nafkah semua tu haha. Kadang bila mak bapak aku gaduh, aku berharap sangat for once supaya bapak aku terlupa pasal the pact and eventually pukul mak aku so that diorang bercerai and kitorang punya suffering pun berakhir. Tapi benda tu tak pernah berlaku.

Since bapak aku tak dapat lepaskan baran dia kat mak aku, dia lepaskan dekat barang2 dalam rumah. Kerusi, meja, barang2 letrik semua dia hempas. Kalau tak hempas dia hempuk, baling kat dinding. Pintu2 rumah semua diterajang. Barang2 yg mak aku beli. Akak dan abang2 aku kena jugak. Tak ada pact pasal tak boleh pukul anak2 kan? Tali pinggang, batang penyapu/mop, tuala, dahan pokok. Umur aku jauh dari akak dgn abang2 aku, seingat aku, aku tak pernah kena bantai dgn dia. Atau mungkin aku decide utk tak ingat benda2 tu. Entah lah. Selective amnesia mungkin. Untung kan aku jadi yg paling kecik? Mesti bapak aku rasa kalau semua anak2 benci dia, mesti aku yg paling tak benci dia. Wrong dude. I had witnessed way too many of your wrongdoings. Akak and abang2 aku boleh share sesama diorang. Tapi aku lahir lambat so by the time aku paham apa yg jadi kat keluarga kitorang diorang dah malas nak bincang dan move on serta dah accept kot? And i was left to suffer alone in silence. So I’m the most dangerous one.

Ada seorang ex aku panas baran, short-tempered, narcissist. Pernah kitorang gaduh besar, aku dah nangis2. Dia boleh cakap, “Nasib aku ni bukan jenis yg pukul perempuan kau tau!” Aku yg tengah nangis terdiam, macam ada orang baru slap aku dan aku tersedar. Bf aku memang a jerk pun selama ni. Girls, women, once pasangan korang cakap macam ni, walk away please. This is the biggest red flag ever. Once a person shows their true self, believe them immediately. Jangan kau buat excuse utk dia sebab kau sayang, oh dia macam ni sebab stress whatsoever. Walk away, leave!

Check hashtag #MaybeHeDoesntHitYou , tak semestinya buli tu kena ada physical contact.

7. Selekeh.

Penampilan bapak aku sangat selekeh, busuk. Malas mandi kan. Pasal penampilan dia bukan aku harap dia pakai coat ke kemeja ke apa, nak cakap sebab dia asal orang kampung tak boleh jugak. Sebab orang kampung pun aku tengok pun pakai kemas je elok2, wangi. Bapak aku dah pencen ni kerja kebun, kadang2 ada kerja dgn simen. Teringat akak aku cerita masa dia bawak bapak aku pergi pejabat agama masa akak aku nak kahwin, pegawai tu tengok je tangan bapak aku ada simen2 lepas tu hujung kuku hitam2 kotor. Kalau laki tak jaga kebersihan ni senang je judge confirm2 tak jaga solat.

8. Treat perempuan macam maid.

Yg ni aku rasa korang pun dah tau perangai most lelaki melayu macam mana kat rumah. Dah banyak kan confession macam ni. Aku cakap most, bukan semua. Kalau kau yg makan cili banyak sangat kau lah yg cirit. Makan nak disediakan, lepas makan pinggan tinggal je atas meja, baju tau2 dah bersih dah siap lipat tinggal pakai, anak2 kecik pandai2 lah korang nak hidup. Rumah bersepah bising tapi kau tak ada contribution pun nak kemas. Senang cakap semua benda lah nak dihidang. Princess sangat. Abah aku ni tak pernah gosok baju sendiri. So setiap malam selepas seharian jadi kerja pastu balik rumah jadi maid, tengah2 malam mak aku iron baju kerja abah dan juga baju kerja dia sendiri pulak. Aku ingat mak sambil duduk ngadap tv sambil iron baju, sesekali mata mak aku terpejam sambil tangan masih pegang iron. Korang pernah sampai macam tu?

Masa kecik aku tengok je mak aku hari2 macam tu, mana lah aku tau masa tu kalau sampai tertidur buat sesuatu tu maksudnya bateri badan kau dah memang low gila. Bila rasa cam lama sangat je mak pejam mata aku panggil mak and mak tersedar pastu kelam kabut cek baju terbakar tak. Aku masa tu fikir mungkin mak suka sangat tidur sampai tengah gosok baju pun nak tidur.Ada beberapa pagi, biasalah kitorang adik beradik dah lama siap tinggal tunggu princess je siap nak gerak dari rumah 7.30 pagi kan. Dia PMS apa tah pagi tu dia pakai baju yg mak aku dah iron tak kena dia bebel terjerit2 sambil bukak balik baju tu dah hempas ke lantai, “Baju ni tak sedap lah pakai!” Mak aku pergi amik baju lain tanya nak pakai yg mana dan kelam kabut mak aku iron kan. $)&@

Ingat perempuan, bertimbangrasa tu perlu, tapi jangan sampai dia treat kau macam maid. Ada satu phrase dari satu novel yg aku pernah baca pasal domestic abuse;

“There are pieces of yourself, once you gave away, you cannot get back again.”

Maksud dia, once you let him treat you like rubbish and you are okay with it, he’ll treat you like rubbish for the rest of your life. Sebab tu as a girlfriend ex2 aku cakap aku difficult. Sebab aku tak tolerate shitty behaviours.

—————
Aku dah tak boleh nak type lagi screen aku pun dah basah ni kang meletop pulak hp aku. Nanti mungkin aku sambung lagi next part. Bye.

– Poppy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalam. Story awk sama 90% mcm ape sy lalui skrg.ingt kan sy je lalui bnde mcm ni. Boleh bertanya? Skrg ayah tu masih sihat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *