Assalamualaikum. Aku mulakan cerita ni dengan kenalkan diri. Aku pelajar kolej duduk di tengah bandar yang sedang membangun. Mall tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi tidak untuk masjid.
Aku ada room mate yang tak solat. Aku buntu. Aku pelik. Aku tak faham. Sebab aku belajar di kolej Tinggi Islam. Dan kenapa dia masuk kolej Islam tapi langsung tak solat sedangkan dia datang dari ceruk kampung. Walau kampung, kehidupannya mewah. Kereta banyak sampai tak muat nak parking even tempat parking dah disediakan di rumah.
Maka benarlah, harta itu kadang kala buat kau lupa. Lupa siapa yang memberi harta. Tidak berkurangan harta yang kau miliki jika kau sujud bukan mendabik dada.
Berbalik pada tajuk, aku bincang dengan room mate kerana alhamdulillah room mate yang lain tiada masalah solat. Lalu mereka serahkan masalah itu dekat aku sebab aku yang paling rapat dengannya.
Aku tak senang duduk. Tak tenang. Hari hari aku solat. Hari hari aku spread simple dakwah sebab aku belajar Islamic Studies and i just want to do Sunnah Nabi. Bukan nak jadi malaikat. Di samping ubah diri sendiri.
Bila kau cuba suruh orang lain jadi baik tapi kawan baik kau sendiri tak solat kau akan rasa wasted. Useless. No point.
Aku pergi kaunseling. Sebab aku boleh tahan rapat dengan kakY so aku okay je nak share cerita. KakY kata ada hikmah Allah uji aku. Allah jadikan aku kawan baik dia mungkin untuk aku ubah dia.
Aku stress. Aku rasa terbeban. Tapi aku cuba. Aku tahu ini waktu ujian aku. Dan aku berkata beriman tapi takkanlah aku tidak diuji. Takkan semudah itu aku nak masuk syurga sedangkan syurga bukan percuma?
Aku whatsapp dia. Panjang lebar aku ws. Aku cakap dekat dia apa aku nak cakap. Aku slow talk. Aku offer ajarkan dia ambil wudhu kalau dia dah lupa caranya. Aku mohon dia start solat. Slowly. Good things take time.
Bila aku datang rumah dia, memang keluarga jenis tak solat. Tapi baik suka bersedekah. Mungkin Allah tidak uji mereka dengan harta tapi Allah uji dengan iman. Keluar jalan pun memang langgar je waktu azan. Tapi solat jumaat ayah dia pergi.
Mak dia suruh anak anak dia solat tapi mak dia sendiri tak solat. Takkan banyak kali aku datang rumah dia, banyak kali juga mak, kakak, dan dia tidak boleh solat sebab cuti?
Akhirnya, dia mula solat. Room mate yang tak pernah/jarang nampak dia solat pun rasa dia dah ada perubahan. Every time dia solat dia akan solat dengan aku. dia yang selalu ajak aku solat jemaah. Aku nak ajak dia tapi aku takut sebab aku tak nak dia rasa aku kongkong dia dengan harapan yang dia akan berubah menjadi malaikat.
Sampai satu tahap, bila aku lambat solat dia yang akan ajak. Dari sem satu dia tak solat. Sem dua dia start solat. Lepas maghrib kami baca dan tadabur (baca terjemahan) sama sama. Aku betulkan bacaan dia dengan penuh rasa hormat. Sem tiga dia masih solat. Alhamdulillah, aku tiga sem berturut turut satu bilik dengan dia. Bila di rumah aku harap sangat dia solat.
Hidayah itu milik Allah. Tapi aku cuba untuk berada di syurga dengan dia. Aku sayang dia bukan sebab harta. Aku sayang dia sebab Allah.
– Cik Cermin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit