Assalamuaalaikum dan terima kasih kepada IIUM CONFESSIONS jika entry ini disiarkan. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika terdapat menggunakan ‘perkataan’ dan susunan ayat yang kurang sesuai untuk dibaca. First of all, saya merupakan seorang pelajar IPT dan berumur awal 20-an. Tujuan entry ini ditulis oleh kerana saya terlalu buntu untuk meluahkan kepada siapa (?). Ya, mungkin confessions ini tidak lah sesuai untuk diluahkan di sini. Namun, saya percaya dan yakin bahawa pembaca di IIUM CONFESSIONS ini dapat memberi pendapat & komen bernas berbanding di medium lain.
Sebenaranya, agak susah untuk saya meluahkan dan menceritakan titik permulaan terjadinya semua ini. Saya terlalu kecewa. Kecewa terhadap ayah sendiri. Ya ayah kandung sendiri. Ayah saya merupakan seorang pengurus cawangan di sebuah syarikat dan telah bekerja selama lebih 20 tahun. Ayah merupakan seorang yang sangat dan terlalu baik sebelum sehingga saya telah menyedari sesuatu. Ayah seorang yang baik oleh kerana setiap apa yang kami nak ataupun tujuan destinasi yang kami ingin tuju kebanyakkan nya sentiasa dipenuhi.
Mungkin pada sesetengah bapa dalam kalangan rakan rakan sebaya saya, bapanya tidak terlalu mengikut hajat anak anak untuk pergi ke situ pergi ke sini dalam mencari barang atau pun mencari keperluan harian yang lain. Saya sangat sangat bersyukur dikurniakan seorang ayah yang mampu menyenangkan hati kami sekeluarga. Ayah juga jarang melepaskan waktu lapangnya untuk berada di surau @ masjid untuk solat berjemaah. Pada malam harinya pula saya selalu terdengar dan melihat ayah saya yang sedang bertahajud kerana bilik di rumah kami yang bersebelahan.
Untuk saya terangkan kelebihan ayah saya terlalu panjang kerana tujuan utama saya adalah untuk menceritakan kejadian yang telah membuatkan saya tawar hati dan kecewa dengannya. Saya tidak menafikan bahawa sepanjang perkahwinan kedua ibu bapa saya mereka melalui perjalanan yang agak ‘smooth’ walaupun kami hidup dalam keadaan yang sederhana. Kami lima beradik dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat pendidikan yang sewajarnya sehingga telah membentuk dua insan yang kini berjaya menempuh alam pekerjaan masing-masing. Doakan saya juga akan menjadi seperti kakak serta abang yang kini berjihad dalam alam perkerjaan mereka.
Ummi seorang wanita yang boleh saya katakan sebagai ‘asian parents’ yang akan sentiasa menegur dan membebel jika terdapat ada yang kami buat silap dan sebagainya. Walaupun mulut ummi dalam sehari tu akan membebel kepada kami, ( ya bebel sebab tak buat apa yang di suruhnya hahahaha ) ummi juga la tempat kami 5 beradik mengadu apa apa hal yang terjadi. Dari sekolah rendah ke menengah ke IPT semuanya ada dalam genggaman ummi. Walaupun adik beradik perempuan saya ( 3 perempuan 2 lelaki ) rapat lebih dengan ayah, namun bila sampai masa untuk meluahkan apa apa perkara yang kami cari terlebih dahulu ialah ummi. Ummi, terlalu banyak jasamu dalam mendidik serta membesarkan kami. Semoga syurga buatmu ummi.
Berbalik kepada entry, kehidupan kami sekeluarga sangat indah sebelum saya mengetahui bahawa ayah saya bermain kayu tiga atau bahasa kita ‘curang’. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Beberapa tahun yang lepas, ketika masih bersekolah, saya terdengar ‘notification’ yang menandakan mesej masuk ke dalam telefon bimbit ayah saya. Ya saya ambil untuk melihat siapakah yang menghantar mesej tersebut kerana ayah saya sedang mandi. Ketika saya membaca mesej tersebut, jantung saya seakan berhenti dan darah menyerbu naik ke dalam badan saya. Isi mesej nya secara keseluruhannya saya tidak berapa ingat tetapi berbunyi seperti memaklumkan bahawa si perempuan tersebut telah sampai ke rumah dari tempat kerja. Ya ayah saya berlaku curang bersama staffnya.
Allahu. Betapa perit saya menerima hakikat ini. Mesej yang menggunakan perkataan ‘sayang,abang’ tersebut sangat perit untuk saya membaca dengan kerap. Selepas dari saya membaca mesej tersebut, saya terus menyimpan telefon tersebut supaya ayah tidak mensyaki apa apa. Tetapi, mood saya terus berubah menjadi pendiam dan menjadi begitu untuk 3 hari berturut turut. Seperti biasa, jika saya atau adik beradik yang lain menjadi pendiam secara tiba tiba ayah menjadi tonggak utama yang akan masuk ke dalam bilik kami untuk kami menceritakan masalah.
Ayah masuk ke dalam bilik saya pada satu malam setelah pulang dari solat isyak dan bertanyakan kenapa saya menjadi sangat pendiam dan tidak bercakap dengannya. ‘ Kakak, kakak ada masalah ke ? Kakak marah ayah ke ? Kenapa kakak diam je ni? ‘ dan pelbagai soalan yang akan keluar dari mulutnya seakan akan untuk memujuk anaknya ini. Tetapi, mungkin disebabkan saya yang tidak terlalu matang ketika itu hanya bersangka baik dengan berfikir mungkin orang tersebut silap menghantar mesej kepada ayah dan mendiamkan perkara tersebut sehingga hari ini.
Perkara ini terjadi lagi apabila saya mendapat kiriman gambar dari seorang rakan saya yang telah bekerja berhampiran dengan tempat ayah bekerja. Setelah meneliti gambar tersebut, ya saya kenal figura perempuan tersebut yang menjadi kerani di tempat bekerja ayah saya. Mereka berdua berada di tempat pembayaran sebuah syarikat dan sedang bercakap sesama sendiri di atas kerusi. Saya tanpa mensyaki apa apa, telah mengirimkan gambar tersebut kepada ayah saya melalui ‘whatsapp’. Lalu ayah saya membalas ‘chat’ saya tersebut dengan menanyakan siapa yang hantar gambar itu ?
Saya hanya menjawab bahawa kawan saya telah menghantar gambar tersebut. Tidak lama kemudian, ayah menyuruh saya untuk ‘delete gambar tersebut kerana bimbang ummi akan mendapat tahu hal itu’. Dan saya dengan ‘cerdiknya’ telah membuat perkara tersebut untuk ‘delete for everyone’. Selepas kejadian itu berlaku, pada malamnya saya telah meminjam telefon bimbit ayah saya sebentar oleh kerana telefon saya berada di tingkat atas.
Saya hanya ingin melihat dan seakan akan ‘cek’ telefon ayah saya tersebut. Namun, mood baik saya pada hari itu musnah sekelip mata apabila membaca whatsapp dari perempuan yang sama yang menghantar chat kepada ayah saya ‘ sekejap ya sayang hujan lebat ni’. Allahuuuu perasaan saya masa ini terlalu luruh dan kecewa. Tidak tergambar perasaan saya yang sedang membaca ‘bukti’ kecurangan ayah saya ini. Terlalu perit dah sangat susah untuk saya percaya bahawa perkara ini telah berlaku ke dalam kelurga saya. Sebelum ini hanya mendengar kisah orang ketiga dalam drama dan sebagainya. Namun, apabila terjadi dalam keluarga sendiri, ianya sangat perit dan pedih.
Setelah saya membaca mesej tersebut, semakin kukuh syak wasangka saya selama ini. Patutlah ayah beria ria tidak mahu untuk bertugas ke negeri lain pada tahun lepas apabila dimaklumkan perlu bertugas ke negeri lain. Patutlah selama ini jika saya singgah ke pejabat ayah saya, terlihat mereka berdua menaiki kereta yang sama mungkin baru pulang dari makan tengah hari bersama. Ya perempuan tersebut saya kenal dan yang paling kecewa adalah ummi kenal dengan perempuan tersebut. Allahu, tidak tergambar dengan permikiran saya memikirkan perasaan ummi sekarang ini jika dia tahu kebenaran yang sangat pahit ini.
Kini, sudah tiga hari saya mengelak dari bertentang mata dengan ayah saya kerana saya sangat marah dengan tindakannya itu. Apa lagi yang tidak cukup dengan apa ummi telah korbankan ? Apa lagi yang tidak cukup sehingga ummi perlu diduakan seperti ini ? Apa lagi yang tidak cukup dengan apa yang ummi telah buat selama ini ? Ayah, ayah seorang hero pada kakak sebelum ini. Namun sekarang tidak lagi. Ayah sudah menjadi suami dan mampu berfikir sebaiknya. Ayah sudah terlalu tua untuk melakukan perkara ini. Ayah sudah mempunyai seorang isteri, anak-anak yang telah besar, sudah mempunyai menantu dan akan mempunyai seorang cucu yang bakal lahir tidak kurang sebulan dari sekarang.
Di mana salah silap dan kekurangan ummi sampai ayah sanggup melukakan hati ummi ? Tidakkah ayah ingat bahawa ummi bertarung nyawa untuk melahirkan lima orang permata untuk ayah ? Cukup dengan itu sudah mampu melihat betapa besarnya pengorbanan ummi terhadap ayah. Walaupun itu tanggungjawb nya , tidak kah terselit di dalam hati ayah untuk berfikir tentang ummi ? Ayah tidak malu ke kalau keluarga tahu, menantu tahu, biras biras akan tahu hal ini ? Dimana letak nya semua tu ayah ? Allahu. Kakak betul betul kecewa dengan ayah.
Ayah, jika ayah merasakan bahawa ayah telah mampu dari segi kewangan untuk ‘menanggung’ seorang lagi ‘perempuan’ dalam hidup ayah, ayah silap. Dengan berbekalkan jumlah nafkah yang ayah berikan kepada ummi setiap bulan dan berdasarkan gaji ayah yang tidak lebih dari 5k sebulan sudah cukup membuktikan bahawasanya ayah tidak mampu untuk ‘menanggung’ orang lain.
Sekian luahan hati saya yang terlalu kecewa dengan ayah kandung sendiri. Saya mohon bantuan rakan rakan sekalian apakah tindakan yang saya perlu lakukan sekarang ini ? Semoga Allah membalas budi baik kalian semua. Aamiinnn.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit