Hakikat Sebenar F&B Hotel

Hi admin. Aku Aigner, bukan nama sebenar (nama ubat ketiak). Tujuan confess ni nak dedahkan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan tajuk di atas.

Aku merupakan bekas pelajar universiti tempatan di Pahang. Lumrah hidup pelajar macam aku yang tak berapa nak berkemampuan ni, akan ada episod2 di universiti yang memerlukan aku untuk bekerja bagi menampung kos sara hidup semasa belajar. So, ke luar lah aku mencari kerja part time.

Nak dijadikan cerita, aku terjumpa lah satu kerja part time ni di salah sebuah hotel berdekatan. Sebenarnya kalau ikutkan, ramai je dalam kalangan budak2 universiti aku yang bekerja kat situ, tapi disebabkan selama ni aku lebih selesa dalam bilik hostel, dan tak keluar berjumpa dengan orang, maka aku menjadi salah seorang manusia yang tertinggal bas. Orang lain dah sampai, aku baru nak gerak.

Aku rasa, F&B hotel ni punyai perangai yang tipikal di seluruh Malaysia. Maksud aku, dari segi kebersihan. Mungkin apa yang aku akan cerita ni bakal menutup periuk nasi bisnes F&B hotel dan bisnes hotel tersebut secara keseluruhannya. Atau pun mungkin diorang terjejas sikit je. Macam takde apa berlaku. But who knows kan? Here goes my story… Tadi tu semua intro je lebih amik feel menaip setelah sekian lama…

So, aku mula bekerja kurang lebih 4 bulan sebelum aku bergraduasi. Masa ni, aku dah final year, final sem. So banyak sangat masa plus aku selalu keluar gi interview. Nak gi memana perlukan duit, ye dak? So aku pun kerja. Aku didedahkan dengan dunia F&B hotel. Usually bila bercerita pasal F&B ni, dia sinonim dengan banquet. Jadi, aku didedahkan dengan kerja2 menyusun meja dan kerusi untuk event2 besar mahupun kecil. Lumrah jugak, bila ada event mesti lah ada makan2 ye dak? So kat sinilah masalahnya bermula…

Nak kongsi, tak semua barang2 yang korang guna kat café, restoran, banquet hall, ballroom, dan seangkatan dengannya tu bersih. Percaya atau tidak kalau aku cakap, semua perkakas macam pinggan mangkuk, sudu garpu, cawan, you name it, hanya dibasuh dengan air panas. Benda ni berlaku disebabkan oleh 2 perkara (ni andaian aku je); 1. Hotel tak cukup utensils, 2. Terlalu banyak event dan terlalu sedikit pekerja untuk setup dan uruskan semua utensils utk event2 seterusnya.

So, apa berlaku bila basuh dengan air panas je kawan2? Well, physically korang boleh nampak sisa2 makanan yang tak terbasuh dek kerana barang2 ni direndam sahaja dalam air panas. So, apa yang kitorang buat, kitorang guna napkin yang biasa kalau korang join event, bila sampai waktu nak makan, atas meja ada napkin kaler putih ke, kuning ke, merah ke, depending on tema kan? Yes, the same napkin kitorang guna untuk lap sisa makanan yg tak ternyah itu tadi (tak semua tapi ada lah 10/1000 yang kotor).

Makanya, sila lah berimaginasi betapa kotornya perkakas yang digunakan oleh hotel2 untuk melayan tetamu2 mereka. It goes against my standard actually, so waktu aku diberikan tanggungjawab untuk handle, aku handle lah sebaik mungkin. Sebenarnya ada je sabun, tapi diorang tak guna or tak sempat nak guna. So kitorang2 yang alert pasal kebersihan ni, kitorang buat lah yang terbaik. Sebab duk bayangkan nasib orang2 yang makan guna perkakas ni. Kot keracunan makanan ke, naya kan? Plus, it was common sense to keep everything clean. Yelah, sebab kat situ jugak tempat student2 macam aku ni mencari rezeki di kala memerlukan. Kalau orang taknak datang sebab tahu F&B department kotor, memang takde bisnes lah jawabnya.

Ironically, kitorang je yang ada this common sense. Pekerja2 hotel sendiri takde this sense. Diorang buat kerja tangkap muat je. Well… It is understandable. Sebab management hotel sendiri pun tak nak tambahkan kuantiti staf, so bila staf yang dah start kerja dari pagi ni penat, diorang pun buat kerja gaya orang penat lah. Benda simple pun tak boleh pikir. So called F&B Manager tapi noob bab staff welfare.

Aku rasa sampai sini je kot. Baru nak buat ayat bunga2 sikit dah berjela. Takut korang bosan baca. Sebenarnya ada banyak lagi benda kotor yang aku tak cerita. Yang buat air guna serbuk kopi/teh guna napkin tak berbasuh pun ada. Haa pandai korang la berimaginasi (gelak jahat). Aku harap, confession ni sedikit sebanyak dapat membuka mata korang. Jangan rakus dan galak sangat bila bercuti dan menginap kat hotel2 mewah/biasa. Because on the other side of the grandness that they want to show, they are also hiding a secret (kenyit mata*).

I leave the rest for your own judgement. I rest my case.

Yang membocorkan rahsia,

– Aigner

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *